Skip to content

Imbangi Ibadah dan Urusan Dunia

Ogos 3, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Ini berkisarkan daripada segi pemahaman sebagai seorang insan yang bekerja dan berniaga, apakah kemampuan yang sepatutnya kita beri kepada agama Allah pada masa yang sama kita mengasihi Rasulullah SAW.

Jawapan:

Saya tidak katakan semua, tetapi sebahagian daripada masyarakat salah faham dengan konsep ibadat. Mereka melihat ibadat dalam skop yang kecil, hanya dengan Allah, sedangkan ibadat itu merangkumi hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah SWT. Kedua-duanya adalah ibadat. Sebab itu berkata Syaikh Hafidz Al Hakami apabila beliau memberikan takrif ibadat;

إسم جامع لكل ما يحبه الله ويرضاه من قول أو فعل ظاهرا أو باطنا

Maksudnya: “(Ibadah ialah) satu kata nama yang terhimpun padanya setiap sesuatu yang Allah SWT cintai dan ridhai sama ada daripada perkataan atau perbuatan yang zahir mahupun batin.”

Apa yang Allah cinta dan apa yang Allah ridha maka itulah ibadat. Untuk mengetahui apa yang Allah cinta dan apa yang Allah ridha memerlukan kepada ilmu.

Mungkin ada yang berkata, kami bekerja dan kami tidak sempat beribadah, tidak sempat berdoa dan sebagainya. Pernahkah kita mendengar satu hadis Nabi SAW,

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

Maksudnya: “Doa adalah ibadah.” (riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, dan Ibnu Majah)

Doa terbahagi kepada dua bentuk. Pertama adalah doa permintaan, dan satu lagi adalah doa dalam bentuk tindakan; seperti kita melakukan perbuatan baik, bekerja secara amanah, jujur, menepati masa, menunaikan dan melaksanakan seluruh tanggungjawab, maka itu adalah ibadat. Apabila kita melakukannya semata-mata kerana takutkan azab Allah SWT, kerana inginkan syurga Allah SWT maka amal perbuatan itu menjadi ibadah.

Jadi mereka yang bekerja pada bulan Ramadhan Al Mubarak perluangnya sangat banyak kerana dia menguruskan dunianya dan pada masa yang sama di malam hari contohnya dia menguruskan akhiratnya. Kedua-duanya perlu diseimbangkan dan urusan dunia merupakan jambatan ke akhirat.

وَابْتَغِ فِيمَآ ءَاتَاكَ اللهُ الدَّارَ اْلأَخِرَةَ ولاَتَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا

Ertinya: “Dan carilah pada apa yang telah disediakan oleh Allah kepadamu untuk negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia.” (surah Al Qashash, 28: 77)

Orang yang berniaga dan bekerja, alhamdulillah Allah mengurniakan wang ringgit dan kekayaan kepadanya, maka banyakkanlah bersedekah pada bulan puasa. Kalau kita pergi ke Makkah dan Madinah, kita akan melihat tauke ayam Taza bersedekah ayam Taza beribu-ribu kilogram setiap hari untuk orang berbuka puasa.

Memberi orang makan untuk berbuka adalah amalan yang terbaik untuk dicontohi lebih-lebih lagi bagi kita yang sibuk dengan urusan kita, pada masa yang sama kita membina jambatan untuk ke akhirat.

Wallahu-A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

UFB – Imbangi Puasa dan Kerja
http://www.youtube.com/watch?v=72f07c9_ob0&feature=plcp

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: