Maksud Satu Per Tiga Malam
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan: Shalat malam dilakukan pada satu per tiga malam. Bagaimana kita hendak tahu satu per tiga malam itu pada pukul berapa?
Jawapan:
Bismillah,
Hitungan malam bermula pada waktu maghrib dan tamat malam apabila bermula subuh. Sepertiga dari tempoh masa itu bererti sepertiga akhir ketika menghampiri subuh. Hadis menyebutkan sepertiga akhir, anggaran antara lebih kurang pukul 3 pagi, kerana Nabi bangun pada waktu itu dan bangun shalat sehingga dekat dengan waktu subuh dan kemudian Nabi menuutupi dengan witir, dan kemudian Nabi berbaring sehingga azan subuh. Berbaring ini termasuk dalam sunnah dan bangun apabila masuk waktu subuh.
Ukuran waktu pada zaman Nabi SAW tidak diukur seperti pada zaman kita sekarang, mereka hanya melihat kepada bulan dan suasana cerah atau tidak. Ketentuannya seperti itu. Bukankah asalnya sunnah shalat isyak itu dilewatkan? Kata Nabi di dalam hadis,
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ أَنْ يُؤَخِّرُوا الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ أَوْ نِصْفِهِ
Ertinya: “Seandainya tidak memberati umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk mengakhirkan shalat isyak sampai sepertiga (pertama) atau pertengahan malam.” (riwayat At-Tirmidzi no. 167, dishahihkan Al-Imam Al-Albani t dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi)
Maksudnya sunnah shalat isyak ini dilewatkan sehingga sepertiga malam yang pertama dan sebelum pertengahan malam, walaupun waktu bermulanya adalah setelah tamat shalat maghrib.
Adapun satu per tiga malam yang Nabi bangkit setelah tidur itu perhitungannya dimula daripada akhir malam.
Wallahu-A’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=cFfybFVRK2I&feature=plcp