Skip to content

Zakat Bagi Orang Yang Banyak Bersedekah

Ogos 17, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Seseorang itu tidak mengeluarkan zakat harta dan zakat pendapatan dengan alasan telah banyak bersedekah. Sudahkah terangkat kewajipannya dalam mengeluarkan zakat?

Jawapan:

Sedekah ada dua jenis. Allah SWT sebutkan di dalam Al Quran,

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Ertinya: “Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk hamba, orang-orang yang terlilit hutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (surah At Taubah, 9: 60)

Ayat Allah di atas ini menceritakan tentang asnaf zakat yang lapan. Allah menggunakan perkataan “innama as-shadaqaat (sesungguhnya sedekah-sedekah itu)”. Sebab itu ahli ilmu apabila menyebut tentang zakat mereka meletakkan tentang sedekah di atas. Dan mereka membahagikan sedekah itu kepada dua; sedekah sunat dan sedekah wajib.

Sedekah sunat adalah infaq, tidak kira berapa banyak yang diinfaqkan, manakala satu lagi adalah sedekah wajib iaitu zakat. Kebanyakan orang fokus pada yang wajib dan meninggalkan yang sunat. Pun begitu, ada juga orang yang fokus pada yang sunat dan beranggapan terangkat yang wajib. Jika demikian itu betul maka cukup jugalah dengan solat sunat sahaja dan tidak perlu solat wajib, ataupun kurangkan sedikit solat wajib jika sudah banyak melakukan solat sunat.

Jadi zakat hukumnya wajib dan tetap perlu ditunaikan walaupun seseorang itu telah banyak bersedekah. Cuma mungkin ada perselisihan pendapat tentang sistem zakat pendapatan pada hari ini iaitu penetapan pusat-pusat zakat, baitulmal dan sebagainya dalam isu zakat pendapatan di mana mereka melihat kepada kemaslahatan; iaitu jika tidak dipotong setiap bulan, orang tidak membayar zakat.

Walaubagaimanapun di Timur Tengah para ahli ilmu berbeza pendapat dengan apa yang dipraktikkan di negara kita, mereka melihat bahawa syarat zakat ialah apabila cukup haul dan cukup nishab. Mereka mengkritik sistem zakat pendapatan yang dibuat di sesetengah negara termasuk negara kita sendiri dari sudut potongan wang bulanan. Sebab katakanlah seseorang itu gajinya RM4,000 sebulan, tolak belanja rumah bulanan RM2,000 bakinya tinggal RM2,000. Namun adakah kita pasti setiap bulan kadar yang diperolehi itu disimpan dengan jumlah yang sama. Perkara yang tidak dijangka mungkin berlaku yang menyebabkan belanja lebih terpaksa dikeluarkan pada bulan berikutnya dan potongan wang untuk zakat merupakan suatu paksaan. Ini adalah antara bantahan oleh para ilmuan apabila membahaskan tentang zakat pendapatan. Cuma apa yang dilakukan oleh pemerintah pada hari ini, mereka melihat dari sudut kemaslahatan.

Atas dasar itu juga mereka menawarkan pelbagai kelebihan kepada orang yang membayar zakat seperti pelepasan dari cukai pendapatan dan sebagainya, semua ini dilakukan untuk menggalakkan dan menarik minat masyarakat untuk mengeluarkan zakat.

WallahuA’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:
www.youtube.com/watch?v=pdsXDSFqzzI

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: