Skip to content

Penjelasan Isu Duit Raya (Menjawab Tuduhan Dr.MAZA)

Ogos 20, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Dr. MAZA mengatakan ulama muda umno mengharamkan duit raya melalui twitter beliau. Apa komen ustaz?

Jawapan:

Orang yang berkata sedemikian tidak melihat video atau kenyataan itu secara keseluruhan. Mungkin dia tengok video itu tetapi dia tidak faham. Mungkin dia terlalu literal atau terlalu lateral iaitu terlalu mendalami sangat sehingga membawa makna mengharamkan duit raya.

Sebenarnya soalan yang diajukan kepada saya sewaktu saya menjelaskan soalan tersebut (rakaman hudzaifah studio) kerana menghubungkait duit raya dengan ang pow. Jadi seingat saya, saya menjawab soalan tersebut melalui 3 sudut, dan saya mengatakan bahawasanya asas atau asal hukum memberi hadiah adalah harus dalam Islam. Saya membawakan sabda Nabi di dalam hadis,

تهادوا تحابوا

Ertinya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah nescaya kalian saling kasih mengasihi.” (riwayat Al-Bukhari dalam Al Adab al Mufrad, hasan)

Jadi saya mengatakan jika hendak memberi duit kepada sesiapa pun berilah dan tidak ada masalah. Isu yang kedua ialah mengkhususkan hari bersedekah. Mengkhususkan memberi duit hanya di pagi raya itu, saya tidak mengatakan langsung di dalam video itu hukumnya tidak boleh ataupun haram. Saya tidak mengatakan tidak boleh memberi duit raya pada pagi raya, saya cuma mengatakan di dalam bulan Ramadhan, jelas di dalam hadis menceritakan bagaimana sifat Nabi SAW paling pemurah, jadi mengapa di dalam bulan Ramadhan kita kurang bersedekah, kurang menonjolkan amalan memberi duit pada bulan Ramadhan. Itu sahaja yang saya bangkitkan.

Dan yang ketiga, hubungan amalan memberi ang pow dikaitkan dengan memberi duit raya pada hari perayaan. Saya mengatakan sebahagian ahli ilmu ada yang berpandangan perbuatan itu merupakan tasyabbuh (penyerupaan) kepada amalan perayaan agama lain.

Saya bercakap di atas asas hadis Nabi SAW,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Ertinya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan mereka.” (riwayat Imam Ahmad)

Jadi sesiapa yang hendak memberi duit raya, berilah duit raya, cuma isu yang dibangkitkan adalah isu sampul raya yang diberi pada hari perayaan itu adakah menyerupai amalan memberi ang pow atau pun tidak.

Saya tidak mengatakan memberi duit raya hukumnya haram. Jadi saya kira tuduhan tersebut sengaja dibuat untuk mengaibkan dan memalukan dengan menuduh ulama muda umno mengharamkan atau melarang. Kami tidak pernah mengatakan duit raya hukumnya haram. Ini secara jelas sengaja hendak melaga-lagakan kami dengan sensitiviti masyarakat setempat, sedangkan kami memperjuangkan dan mempertahankan prinsip dan dasar kerajaan dalam mempertahankan hal-hal yang makruf.

Apabila timbul isu-isu seperti ini akan memberikan juga impak negatif kepada kita dari sudut hubungan kita dengan pemimpin sedangkan selama ini kita berusaha membantu pemimpin dalam hal-hal yang makruf.

Apabila bangkit isu ini dan diketahui umum bahawasanya pemimpin kita sendiri termasuk perdana menteri sendiri banyak memberi duit raya, jadi tidakkah tuduhan fitnah seperti ini sengaja menimbulkan pertembungan di antara iLMU dan Perdana Menteri, sedangkan kita tidak bermaksud sedemikian.

Saya tidak pasti apa tujuan beliau sebenarnya. Mungkin beliau salah faham, mungkin beliau tidak meneliti video tersebut, mungkin beliau hanya mendengar khabar angin dari orang lain, wallahua’lam. Saya tidak minta beliau menarik balik tuduhan fitnah tersebut, terpulang kepada beliau untuk mengatakan pendapat dan pandangan beliau, cuma saya harap beliau orang yang bertindak secara rasional, mementingkan kesahihan fakta, dan selalu menekankan bukti, saya minta beliau cari bukti dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Adapun saya melihat ada orang menukilkan fatwa Syaikh Bin Bazz yang tidak melarang orang memberi duit raya. Siapa melarang orang berbuat demikian? Cuba fahamkan bahawa kita bercakap tentang mengaitkan amalan memberi duit raya dengan amalan memberi ang pow pada hari perayaan agama lain. Kalau Nabi SAW ketika masuk ke Madinah Al Munawwarah dan melihat orang yahudi menyikat rambut dengan gaya sekian sekian, Nabi mengubah gaya baginda menyikat rambut agar berbeza dan tidak menyerupai mereka. Pakaian mereka, kiblat mereka, sikap mereka terhadap isteri ketika isteri mereka uzur syar’i, Nabi suka untuk menyelisihi orang-orang yahudi dalam segala perkara. Itu contoh perbezaan dan anjuran untuk menyelisihi mereka yang Nabi bawa. Jadi kami juga bercakap tentang perkara yang sama.

Kami mencadangkan iklan perbanyakkan sedekah itu patut diperbanyakkan pada bulan Ramadhan, masuk sahaja bulan Ramadhan kita perlu banyak memberi sedekah makan, minum, duit atau harta kepada sesiapa sahaja, (tidak perlu sedekah itu disimpan dan ditahan pada bulan Ramadhan dan hanya dikeluarkan pada hari raya kerana bersedekah pada bulan ramadhan lebih besar ganjarannya). Itu sahaja yang saya kempenkan, saya tidak mengatakan haram bersedekah atau memberi duit pada bulan-bulan lain. Dan kita juga menghormati pendapat orang lain.

Jadi sekiranya bagi Dato atau Dr ini dia berpendapat bahawasanya duit raya itu bukan menyerupai ang pow maka terpulanglah kepada dia. Beliau katakan beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan pandangan, kita hairan mengapa dalam hal ini beliau tidak boleh menerima perbezaan pendapat dan pandangan.

Jadi sekiranya beliau menuduh kami mengatakan duit raya sebagai “haram” saya minta beliau membawakan video khusus atau tulisan khusus yang membuktikan kami berkata sedemikian.

WallahuA’lam.

Teks disalin dari rakaman berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=LbQ1TELEwjA&feature=plcp

From → Adab & Akhlak

2 Komen
  1. hayenadeblue permalink

    Assalamualaikum Ya Ustaz. Saya amat faham dgn isu melaga2kan ini. Tapi di sebaliknya, saya harap, memperbetulkan pihak lain akan menjadi tonggak ILMU. Syabas dari saya. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah. Jazakallah.

  2. Assalammualaikaum,

    I’ll just stopby here, like ur layout design and post about Islam.
    Iam a moslem too, keep up the good works!

    Selamat Hari Raya Idul Fitri 1433H
    regards
    fotopreneur
    fotopreneur.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: