Skip to content

Sokong Tun M: PAS harus sertai UMNO agar hudud dilaksanakan

Ogos 24, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Tun Mahathir mengatakan hendak laksanakan hudud jika PAS menyertai UMNO. Apa komen ustaz?

Jawapan:

Bismillah,

Ini satu cadangan dan idea yang sangat baik daripada Tun Dr. Mahathir, dan saya menyokong apa yang beliau nyatakan itu. Wallahua’lam, terdapat dua kemungkinan daripada kenyataan Tun M tersebut; Pertama, bukan Tun M bermaksud agar PAS membubarkan partinya, tetapi maksud beliau ialah UMNO dan PAS berkerjasama kalau benar-benar hendak melaksanakan hudud. Kemungkinan kedua, Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO agar negara Islam yang lengkap dan melaksanakan hudud dapat direalisasikan.

Saya kira hal tersebut jelas dan penting bagi menggambarkan perpaduan umat Islam. Apabila umat Islam bersatu padu, barulah Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Sekiranya umat Islam berpecah, mana mungkin kita dapat melaksanakan Islam secara menyeluruh.

Perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini juga perlu dilakukan secara berperingkat. Mungkin ada yang mengatakan sudah lama, 55 tahun Umno memerintah. Saya katakan ini bukan soal tempoh masa yang panjang ataupun singkat. Nabi Nuh A.S. berdakwah hampir seribu tahun, berapa orang sahaja pengikutnya sehingga Allah SWT tenggelamkan umatnya kerana tidak menerima dakwah baginda.

Begitu juga kita pada hari ini, berapa tahun baru kita mula berdakwah, berapa tahun kita mula berbicara tentang Islam secara menyeluruh, berapa tahun kita berbicara tentang hudud. Kalau Pas sudah berbicara tentang hudud sejak dulu, bagaimana pula dengan perkara-perkara lain? Bagaimana dengan perjuangan menegakkan akidah yang sahih, akidah tauhid kepada Allah SWT, penjelasan kalimah tauhid, membanteras kesyirikan, sudah berapa tahun kita berdakwah?

Usaha ini perlu kita lakukan dengan sabar dan berperingkat. Cadangan dan saranan Tun Dr. Mahathir ini juga sepatutnya membuka dan mencelikkan mata umat Islam dalam negara ini, dan lebih khusus lagi adalah orang Melayu kerana orang melayu di negara ini beragama Islam.

Apabila seluruh pemimpin dan umat Islam kembali bersatu padu, apabila kita memiliki haibah (kehebatan), apabila kita memiliki ‘uluwwul himmah (ketinggian semangat dan kredibiliti) –insyaAllah- kita akan dihormati dan menyebabkan golongan-golongan yang benci kepada Islam hormat dan patuh.

Islam tidak datang secara menekan dan memaksa. Golongan bukan Islam tidak perlu takut kerana tidak ada paksaan di dalam agama ini. Bukan muslim berhak mengamalkan agama mereka kerana kita ada perjanjian dan bukan muslim berhak menjadi rakyat di negara ini. Kita semua rakyat Malaysia dan kita hidup dalam keadaan masyarakat yang pelbagai agama. Tidak ada masalah, cuma Islam merupakan agama persekutuan yang perlu diletakkan di tempat yang teratas. Itu sebagai prinsip dan asasnya.

Jadi saya mengharapkan dan menyeru kepada perpaduan dan penyatuan umat Islam itu sendiri tidak kira sama ada dari mana-mana parti politik. Apabila kita semua bersatu, ia akan menampakkan kekuatan Islam dan ini merupakan perintah Allah SWT yang banyak disebut berulang kali di dalam Al Quran dan juga hadis-hadis Nabi SAW. Keseluruhannya menyeru kepada perpaduan sesama muslim.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (surah Al Hujurat, 49: 10)

Saya kira satu ayat ini pun sudah cukup untuk menampar orang-orang yang seringkali berusaha untuk memecah belahkan umat Islam dan kaum mukminin. Maka saudarakan dan hubungkan sesama kita, mengapa kita mencari persaudaraan dengan golongan yang benci dan anti kepada Islam.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=la0AdLItZcs&feature=g-user-u

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: