Skip to content

Pemimpin Rasuah & Pemimpin Syiah

Ogos 27, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Antara pemimpin rasuah dengan pemimpin syiah mana yang lebih dahsyat?

Jawapan:

Bismillah,

Sebelum menjawab soalan tersebut, ada persoalan yang perlu diteliti terlebih dahulu, iaitu adakah rasuah itu dilakukan secara terang-terangan, maksudnya ada bukti dan fakta ataupun ianya hanya sekadar lontaran persepsi. Ini perlu kita teliti agar lebih adil dalam menghukum.

Kalau kita mengatakan orang terlibat dengan rasuah, orang akan menuduh kita rasuah juga. Contohnya orang akan mengatakan banyak balak-balak yang ditebang di Kedah, Kelantan itu juga rasuah. Orang akan mengaitkan hal-hal seperti itu semua dengan rasuah.

Sebab itu saya mengatakan kita jangan tuduh menuduh. Ada bukti yang menunjukkan individu tersebut salah, dan terbukti dia bersalah, tangkap dan jatuhkan hukuman ke atasnya. Itu prinsip yang mudah dan boleh diterima oleh semua.

Adapun yang mana lebih teruk; pemimpin rasuah atau pemimpin syiah. Saya menekankan bahawa Islam meletakkan akidah di tempat yang tertinggi.

Akidah adalah tujuan diutuskan para Nabi dan Rasul iaitu untuk membentuk akidah, bukan isu rasuah. Isu rasuah adalah isu kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kesepuluh, atau mungkin lebih bawah daripada itu lagi.

Perkara yang terpenting ketika Nabi diutuskan dalam keadaan masyarakat bertawaf telanjang, meminum arak, berzina, Nabi SAW tidak membetulkan hal tersebut terlebih dahulu.

Nabi SAW membetulkan akidah mereka, menyeru mereka kepada Laa-ilaaha-illallah, Muhammadur-Rasulullah. Jadi apabila pemimpin membawa akidah yang tidak benar, ini yang wajib kita sanggah terlebih dahulu.

Sekiranya membawa akidah Syiah iaitu akidah yang bercanggah dengan manhaj dan prinsip Ahlus Sunnah wal Jamaah, akidah yang terkenal sebagai akidah pembohong, pendusta, mendustai penganut-penganutnya serta kaum muslimin, mendustai Ahlis sunnah wal jamaah, mendustai petunjuk Nabi dan para sahabat RA, mana mungkin kita boleh menerima mereka sebagai pemimpin bagi kita. Mustahil kita boleh menerima mereka sebagai pemimpin bagi kita.

Bagi orang yang beriman dan berpegang dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah, tidak kira dia berpegang dengan mazhab Syafi’i, Maliki, Hanafi, atau Hanbali, maka dia pasti orang yang terkedepan menolak dan mengenepikan golongan-golongan yang berakidah syiah.

Pemimpin-pemimpin akidah syiah adalah pemimpin yang paling buruk dan perlu kita tolak kerana kepercayaan akidah syiah jelas bertentangan dengan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, bahkan sebahagian besar daripada kepercayaan-kepercayaan syiah (syiah yang majoriti di dunia – Syiah Rafidhah) adalah mengkafirkan sahabat Nabi RA.

Memadai apabila mereka mengkafirkan sahabat Nabi, mereka ada kepercayaan yang lain terhadap Al Quran milik kita (menolak Al Quran kerana Al Quran dikumpulkan oleh para sahabat Nabi), mereka ada kepercayaan yang lain terhadap hadis-hadis milik kita (mereka menolak hadis-hadis kita kerana hadis diriwayatkan oleh para sahabat Nabi), mereka menolak keutamaan-keutamaan sahabat Nabi SAW sehingga menghina dan mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi, maka mana mungkin kita memilih mereka sebagai pemimpin-pemimpin kita.

Menolak mereka adalah satu kewajipan. Menolak mereka bererti kita mempertahankan akidah murni Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Wallahua’lam.

Sumber: Hudzaifah Studio

 

One Comment
  1. zairol permalink

    salam ustaz,

    saya ingin pernah terdengar satu hadis menyebut mengenai orang-orang kafir yang menyamar sebagai seorang islam menunaikan solat bersama nabi. kemudiannya mereka tertangkap kerana patung-patung berhala mereka yang dikepit di celah ketiak terjatuh kerana mengangkat takbir raturihram. saya ingin bertanya apakah hadis tersebut dririwayatkan oleh siapa dan bagaimanakah pernyataan lengkap hadis tersebut?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: