Skip to content

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Antara salaf dan khalaf

September 2, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Komen tentang Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang mengatakan beliau salafi pertengahan.

Jawapan:

Bismillah.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa beliau berada di antara salaf dan khalaf berdasarkan keadaan, kadang-kadang beliau mengikut salaf dan kadang-kadang beliau mengikut khalaf. Saya pernah mendengar kenyataan beliau ketika beliau datang ke Malaysia, beliau mengatakan bahawa beliau ini adalah salafi pertengahan.

Kata beliau di sana ada salafi yang berjalur keras dan beliau menolaknya. Beliau mengatakan salafi berjalur keras menyesatkannya, membid’ahkannya dan sebagainya. Memang salafi yang teguh dengan manhaj ahlus sunnah wal jamaah tegas dalam melakukan kritikan kerana beliau (DYQ) telah menjadi tokoh yang menjadi rujukan dunia, perkataan-perkataan beliau didengari, ditulis dan disebarkan maka sesungguhnya beliau menjadi perhatian.

Apabila beliau menjadi perhatian, kenyataan-kenyataan beliau itu dinilai dan dikaji oleh para ahli ilmu kerana mereka melihat bahaya sekiranya ia tersebar dan dimanfaatkan. Kesalahan-kesalahan tersebut perlu diperbetulkan. Maka Dr Yusuf Al Qaradhawi merasakan kritikan itu satu kritikan yang sangat berat baginya. Itu mungkin pada pandangan dan pendapat beliau.

Adapun soal salaf dan khalaf, kita semua memang khalaf, khalaf jika merujuk kepada masa dan zaman. Khalaf adalah golongan yang datang kemudian, salaf adalah orang yang mendahului kita. Tetapi sudah semestinya manhaj dan jalan dalam kita beragama hendaklah mengikuti manhaj atau metodologi salaf, yakni jalan para sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’ut tabi’in. Ini adalah prinsip kita.

Mana mungkin kita mengatakan kita hendak memahami agama mengikut jalan orang sekarang. Tidak boleh sama sekali. Jalan, asas, prinsip serta garis panduannya mestilah mengikut salaf sebab salaf adalah generasi yang Allah muliakan.

Adakah kita berani mengatakan bahawasanya ada perkara yang mereka tidak tahu dan kita lebih tahu? Kita bukan bercakap tentang urusan dunia; ilmu perubatan, ekonomi, teknologi dan sebagainya. Kita bukan bercakap hal itu, kita sedang bercakap tentang asas agama. Untuk menjawab isu-isu berkaitan perubatan, ekonomi yang dihubungkan dengan Islam, asasnya juga adalah agama, hadis-hadis Nabi SAW dan ayat-ayat Al Quranul Karim. Mana boleh kita ketepikan.

Maka manhaj dalam memahami agama tidak lain dan tidak bukan asasnya adalah daripada salaf. Kita harus menjadikan salaf sebagai ikutan. Mana mungkin kita berkata, sekejap kita ingin mengikut salaf, kemudian kita ingin mengikut khalaf. Jadi saya tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan Dr. Yusuf Al Qaradhawi dalam hal dan isu yang seperti ini.

Wallahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=Y9kpKsienRM&feature=results_main&playnext=1&list=PL61D387BB37C82E80

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

One Comment
  1. yang sebenarnya dia tu IM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: