Skip to content

Islam mengiktiraf kebudayaan dan kemodenan

September 3, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Islam merupakan agama yang tidak meninggalkan dan tidak membelakangkan teknologi. Islam adalah agama yang menuntut umatnya menjaga dan memelihara bahan-bahan sejarah seperti mana yang dapat kita lihat di dalam Al Quran, Allah SWT menyatakan,

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka (para Nabi dan umat terdahulu) mengandungi pengajaran bagi orang-orang yang cerdik pandai.” (Yusuf:111)

Pengajaran di sini umum merangkumi peninggalan-peninggalan yang ada dan yang kita temui. Bukan kita sekadar menjaga tempat tersebut untuk memuliakan dan memuja, hal seperti itu tidak dibolehkan kerana itu merupakan unsur-unsur syirik, tetapi yang saya katakan di sini adalah melawat, mengambil pengajaran atau ibrah daripada apa yang pernah berlaku.

Ini menunjukkan bahawasanya Islam memelihara dan menghormati kebudayaan selama mana ia tidak bercanggah dengan perkara-perkara syara’. Sebagai contoh, di bangunan Canselori ini (tempat yang sedang saya lawati) terdapat ukiran berbentuk patung-patung manusia dan haiwan bernyawa.

Di dalam Islam, hal ini tidak dibenarkan. Kita dibenarkan menjaga bangunan-bangunan lama seperti ini, namun patung-patung dilarang di dalam Islam, sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis,

عن أبي جحيفة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم لعن المصورين 

Dari Abu Juhaifah r.a: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat para pembuat patung atau gambar.” (riwayat Imam Al-Bukhari)

Hal ini dipandang serius di dalam agama kita, ia bukan satu hal yang ringan. Juga jika dilihat bagaimana Nabi SAW menjelaskan bahawasanya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada patung.

Bahkan Umar Al Khatthab RA apabila membuka bumi Palestin, beliau diajak oleh beberapa orang paderi untuk masuk ke dalam gereja. Lalu Umar Al Khatthab berkata,

إنا لا ندخل كنائسكم من أجل الصور التي فيها

Maksudnya: “Sesungguhnya kami tidak memasuki gereja kamu kerana terdapat gambar-gambar (patung-patung) di dalamnya.”

Maka ini adalah sikap sahabat Nabi RA. Kita bercakap atas asas agama, bukan kerana kita membenci atau asas emosi semata. Islam menggalakkan kita menjaga bangunan-bangunan lama yang merupakan tinggalan sejarah, seperti bangunan dalaman Masjidil Haram yang dibina oleh Khilafah Utsmaniyah terdahulu, dipelihara dan dijaga kedudukannya. Seperti mana juga Nabi SAW menjaga kedudukan dan binaan Ka’bah, Hijr Ismail, maqam Ibrahim dan juga binaan sekitarnya. Begitu juga kita pada hari ini dibenarkan menjaga kebudayaan tetapi biarlah bertepatan dengan syara’.

Adapun kemodenan untuk kemajuan, itu juga tidak memberi sebarang permasalahan kerana Islam juga menuntut kepada kemodenan dan teknologi. Islam bukan agama yang terkebelakang. Islam mengiktiraf teknologi selama mana ia juga tidak bercanggah dengan syara’.

Di dalam peristiwa di mana seorang sahabat Nabi RA mengahwinkan pokok kurma untuk mendapatkan hasil buah yang lebih baik, ketika itu Nabi SAW tidak mengetahui bahawasanya apabila pokok itu dikahwinkan ia akan menghasilkan buah yang baik, maka Nabi SAW berkata kepada sahabat tersebut bahawa tidak ada manfaatnya perbuatan sahabat tersebut.

Oleh kerana sahabat itu mempercayai dan taat dengan apa yang Nabi SAW ucapkan, beliau meninggalkan perbuatan tersebut. Akhirnya apabila Nabi SAW mengetahui bahawasanya terdapat manfaat dari perbuatan mengahwinkan pokok, maka Nabi SAW pergi semula ke kebun tadi dan menyuruh sahabat mengahwinkan pokok dan berkata,

أنتم أعلم بأمور دنياكم

Maksudnya: “Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian.” (riwayat Muslim)

Ini menunjukkan bahawasanya Nabi SAW membuka ruang kepada kita untuk memanfaatkan teknologi yang ada dan menggalakkan kita untuk terus mengkaji untuk mewujudkan satu masyarakat umat Islam yang maju dalam pemikiran, teknologi, ekonomi dan segala-galanya yang berkaitan dengan kehidupan dunia selama mana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam.

Wallaahua’lam.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=oOhLnet36mM&feature=plcp

2 Komen
  1. nufa permalink

    assalamualaikum..boleh tak saya nk share tulisan ustaz ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: