Skip to content
Tags

Menjawab persoalan tentang hudud

September 6, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan 1: Adakah hudud ini wajib atau tidak? Antara hujah yang selalu kita berdepan adalah hudud ini hukum Allah dan perlu dilaksanakan. Jadi kalau hukum Allah bererti kita perlu laksanakan dan segerakan pelaksanaannya. Jadi cuba jelaskan adakah hudud ini patut dilaksanakan atau tidak.

Soalan 2: Ustaz mengatakan hudud perlu dilaksanakan dalam keadaan yang kondusif. Apa yang dimaksudkan dengan kondusif? Kalau mencuri dikata potong tangannya, kalau rasuah bagaimana pula? Tidak semestinya hanya sekadar mengambil barang, bagaimana jika dia sekadar memberi maklumat dan mendapat untung untuk dirinya.

Soalan 3: Soalan ini saya pernah bertanya kepada orang PAS sewaktu saya di dalam PAS dahulu dan soalan ini tidak pernah dijawab. Adakah hudud ini termaktub dan merangkumi juga orang-orang bukan Islam. Jika tidak merangkumi bukan Islam, bagaimana kes orang bukan Islam merompak orang Islam. Adakah dia akan dihukum dengan hukuman sama atau dia akan dikenakan hukuman ta’zir sahaja. Kes kedua yang pernah saya bawa kepada seorang mufti, apakah hukumnya arak atau khamar. Adakah ia dibawah hukum hudud dan bagaimana keadilan hukum Islam untuk dihukumkan kepada orang bukan Islam yang menjual? Sedangkan semua orang yang minum, menyedia, menyedia hukumnya haram. Jadi bagaimana hukumnya.

Jawapan:

Jelas, hudud wajib dilaksanakan berasaskan perintah Allah SWT di dalam Al Quran,

تلك حدود الله فلا تعتدوها ومن يتعد حدود الله فأولئك هم الظالمون

Maksudnya: “Itulah batasan-batasan yang Allah tetapkan, maka janganlah kamu melampauinya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.” (surah Al Baqarah, 2: 229)

Hudud dalam ayat di atas bermaksud umum kerana ketika Allah menurunkan ayat tersebut, ia berkaitan dengan hukum hakam tentang ibadat puasa. Jadi apabila disebut tentang batasan-batasan, ia merangkumi semua batasan yang telah Allah SWT tetapkan termasuk hukum hudud. Jadi pelaksanaannya wajib.

Cuma suasana pelaksanaannyalah yang perlu kepada perbincangan. Sebagai contoh, apabila kita membicarakan tentang arak yang masih dijual, tempat-tempat maksiat masih mudah didapati, perjudian masih berleluasa, hal-hal yang membawa kepada kemaksiatan ini laluannya masih ada. Sedangkan Nabi berbicara tentang hukum had (hudud) ini apabila hukum dan fatwa menjelaskan arak itu diharamkan. Arak diharamkan secara berperingkat, permulaan pengharaman arak Allah menyatakan,

“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ‘Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya.’” (surah Al-Baqarah, 2: 219)

Maknanya pada masa itu arak masih lagi ada manfaat. Orang masih mengambil manfaat daripada arak. Kemudian turun ayat pada peringkat kedua,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu dekati solat sedang kamu berada dalam keadaan yang mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu perkatakan.” (surah an-Nisa’, ayat 43)

Bererti pada masa itu, ketika solat tidak boleh mabuk tetapi pada waktu lain boleh. Dan kemudian datang pula firman Allah ketika Nabi berada di Madinah,

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, patung, tilik nasib ialah merupakan perkara-perkara yang jijik lagi keji, dan merupakan perbuatan serta amalan syaitan, maka jauhilah ia.” (surah Al-Maidah, 5: 90)

Maka dari ayat ini arak diharamkan secara total dan para sahabat Nabi terus memecahkan bekas-bekas berisi arak, sehingga disebut dalam hadis, Madinah pada ketika itu dibanjiri dengan arak.

Ini yang dimaksudkan dengan suasana kondusif; bagaimana hendak mengawal arak, bagaimana hendak mengasingkannya dari umat Islam, bagaimana isu judi, isu orang bukan Islam, bagaimana hendak dilaksanakan ke atas mereka.

Sudah semestinya hukum ini perlu dilaksanakan juga kepada bukan muslim. Sebab itu kita perlu melihat kesesuaian dan pengalaman Negara-negara luar yang telah melaksanakan hukum ini. Bahkan di tanah Arab, bukan secara keseluruhan hukuman ini dilaksanakan.

Isu rasuah contohnya, kalau mencuri potong tangan, rasuah bagaimana pula. Kita ada hukum ta’zir, dan ta’zir inilah hukum Islam. Betapa dahsyatnya doktrin orang-orang di luar sana kepada minda-minda kita sehingga kita melihat seolah-olah ta’zir itu bukan hukum Allah.

Ta’zir adalah hukum Allah. Hukum rasuah memang tidak ada dalam hudud, tetapi di sana ada ta’zir. Kalau kerajaan hendak potong tangan sampai ke bahu sekalipun, maka hukumannya potong. Itu terpulang kepada kebijaksaan pemerintah dalam memastikan perkara keburukan ini dapat dihapuskan.

Wallahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=UnfTN4Jd7oI

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: