Skip to content

Isu Muhammad Ammar: Demonstrasi hukumnya HARAM, HARAM, HARAM.

September 10, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Apa komen, nasihat, taujihat ustaz kepada pemuda-pemudi di luar sana yang bersemangat bila berdepan dengan isu-isu ketidakpuasan hati terhadap pemerintah, berlaku insiden baru-baru ini yang menggemparkan negara dan memberi gambaran buruk terhadap politik negara di mata orang luar. Malaysia sebagai Negara Islam yang terkenal sepatutnya kita terkedepan dengan akhlak Islamiyah. Sayangnya mungkin terpengaruh dengan fatwa yang mengharuskan demonstrasi maka terjadilah insiden-insiden yang –wal iyyadzu billah- kita minta tidak berlaku lagi pada masa-masa yang akan datang. Muhammad Ammar kita tahu keluarganya telah memohon maaf, mungkin ustaz boleh komen tentang insiden tersebut. Jazaakallahukhair.

Jawapan:

Bismillah,

Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Sebab itulah saya katakan, saya telah mengeluarkan kenyataan tentang demonstrasi beberapa tempoh yang lalu, sesungguhnya demonstrasi adalah haram, haram, haram. Inilah akibatnya bagi golongan yang mengharuskan perkara yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan syariat Islam.

Kalau kita sudah berpegang dengan haramnya demonstrasi, maka kita tidak perlu lagi berbincang tentang peringkat yang seterusnya.

Oleh kerana ada pihak yang mengharuskan demonstrasi, bererti ianya membuka ruang dan peluang kepada orang untuk melakukan perkara-perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarak.

Bagi Muhammad Ammar, pertama sekali, saya mewakili Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau atas pengakuan berani dan permohonan maaf yang beliau nyatakan secara terbuka, sesuai dengan firman Allah SWT,

إِلا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Ertinya: “Kecuali mereka yang bertaubat dan memperbaiki (kesalahan) dan menjelaskan (kebenaran), maka terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (surah Al-Baqarah, 2: 160)

Allah SWT jelas penerima taubat. Apabila dia meminta maaf maka kita memberi kemaafan dan memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada beliau. Dengan itu kami memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Muhammad Ammar atas tindakan beliau, dan pujian juga diberikan kepada kedua ibu bapa beliau yang secara terang-terang memohon maaf dari seluruh rakyat Malaysia atas tindakan anak mereka.

Saya kira ini satu contoh yang terbaik yang boleh diikuti oleh ibubapa, pelajar-pelajar, pemuda dan pemudi yang lain; iaitu kita tidak malu untuk memohon pengampunan dan juga kemaafan sekiranya ada kesalahan atau kesilapan dilakukan.

Apa yang ingin saya katakan di sini dalam isu Muhammad Ammar dan nasihat untuk generasi seterusnya, sebelum kita bertindak, biarlah kita bertindak dengan fakta dan bukti, bukan dengan emosi.

Saya meminta juga kepada para ilmuan agar mengkaji semula kenyataan dan fatwa mereka yang memberikan impak dan kesan negatif kepada tindakan remaja dan muda-mudi pada hari ini.

Jika pada hari ini kita tutup ruang-ruang yang membawa kepada kemungkaran, seperti mana PAS yang selama ini matlamat dan target mereka berjuang hendak melaksanakan hukum hudud untuk mengurangkan kadar jenayah, begitu juga saya katakan haramkan demonstrasi bertujuan mengurangkan keruntuhan-keruntuhan moral dan akhlak remaja atau muda-mudi pada hari ini.

Ianya situasi yang sama, dan prinsip serta kaedahnya sangat jelas,

سد الذريعة

“Tutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kemungkaran.”

Maka saya kira itulah sekadar muhasabah kepada Ammar dan juga kepada pihak Ilmu, kami juga bermuhasabah. Kemungkinan kami juga ada kesilapan, kesalahan, kekasaran, keterlanjuran, kami juga memohon maaf dan keampunan, moga Allah SWT mengampuni dan memberikan kebaikan kepada kita semua.

Wallahua’lam.

http://www.youtube.com/watch?v=k1BPAVdkvdQ&feature=plcp

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: