Skip to content

Apakah wahabi & kaitan wahabi dengan kejatuhan Khilafah Utsmaniyah

September 25, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Apa itu wahabi, adakah wahabi sesat, ekstrim, menyesatkan orang, mengkafirkan orang, membid’ahkan orang?

Jawapan:

Fathul Majid, Syarah Kitab Tauhid karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab

Istilah Wahabi disandarkan kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sandaran yang diberikan itu sudah salah kerana nama Syaikh tersebut adalah Muhammad, sandaran yang sepatutnya adalah Muhammadi. ‘Abdul Wahhab itu bapanya. Kalau hendak disandarkan kepada bapanya, sandaran yang betul adalah ‘Abdawi kerana nama bapanya adalah ‘Abdul Wahhab. Tetapi mereka (musuh Islam) memberikan gelaran wahabi.

Kenapa mereka memberi gelaran wahabi adalah kerana mereka takut dengan bayang mereka sendiri. Muhammad bin Abdul Wahab terkenal sebagai orang yang sangat tegas dalam membasmi syirik; yakni akidah-akidah yang rosak. Buku-buku karangannya lebih kurang 90 peratus membahaskan isu akidah. 10 peratus sahaja penulisannya berkaitan sirah, itu pun beliau meringkaskan kitab Zaadul Ma’ad karangan Imam Ibnul Qayyim. Berkenaan perkara lain cuma sedikit sahaja yang disentuh, 90 peratus semuanya berkenaan isu akidah.

Kitab Tauhid karangannya membahaskan bab syirik; tangkal, sihir, keramat para wali, pemujaan kubur, dan lain-lain melibatkan pegangan yang merosakkan tauhid dan membawa kepada syirik. Jadi manusia yang takut dakwah akidah ini ditegakkan di atas muka bumi sangat memusuhi beliau.

Ini adalah kerana akidah merupakan dakwah bermanhaj. Apabila orang menyeru kepada akidah bererti dia menyeru manusia kepada manhaj, yakni prinsip. Akidah tidak akan boleh dipelajari melainkan dengan dalil. Mengikat manusia dengan akidah dan tauhid yang benar akan mengikat manusia dengan dalil dan nas.

Sebut sahaja beriman kepada Allah, dalilnya ini. Beriman kepada Nabi, dalilnya ini. Beriman kepada Al Kitab, dalilnya ini. Beriman kepada para malaikat, dalilnya ini. Nama-nama malaikat, dalilnya ini. Ciri-ciri malaikat, dalilnya ini. Al-Kitab ada berapa, dalilnya ini. Para Nabi dan Rasul ada berapa, dalilnya ini. Kelebihan dan sifat para rasul, qadha dan qadar, kiamat kecil, kiamat besar dan kiamat pertengahan, Dajjal, Al Masih Isa bin Maryam, Mahdi, semuanya terikat kepada dalil.

Tiada ilmu akidah melainkan mengikat manusia kepada dalil. Jadi orang yang memberi fokus kepada akidah, automatik dia mengikat manusia dengan dalil.

Orang yang memisahkan pengajian akidah daripada pengajian-pengajian yang lain, dia akan menjauhkan manusia daripada dalil. Akidah memberikan kepada kita manhaj dan prinsip asas dalam mempelajari agama. Itulah pentingnya akidah, kerana itu ketika Nabi SAW menyuruh Muadz bin Jabal ke Yaman, baginda mengatakan kepadanya,

إنك تأتي قوما من أهل الكتاب فليكن أول ما تدعوهم إليه شهادة أن لا إله إلا الله

Maksudnya: “Kamu akan berhadapan dengan Ahli Kitab, maka hendaklah kamu jadikan perkara pertama untuk kamu seru manusia kepadanya adalah persaksian Laa-ilaaha-illallaah.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apabila diseru untuk mengikat persaksian kepada Allah bererti mengikat manusia kepada dalil. Inilah manhaj. Muhammad bin Abdul Wahab kerjanya menyeru kepada tauhid, menghapuskan syirik kerana menginginkan manusia kepada tauhid.

Pada masa itu juga, golongan taksub mazhab masing-masing solat dalam jemaah yang berasingan di empat penjuru ka’bah. Muhammad bin Abdul Wahab tidak menyetujui tindakan itu dan menetapkan satu mazhab agar umat disatukan dan tidak berpecah ketika ibadat berjamaah seperti solat.

British, golongan taksub mazhab, golongan khurafat, dan lain-lain tidak puas hati dengan dakwah beliau. Cuma sikap orang arab sesuai dengan ketegasan mereka. Jika dibanding dengan dulu, kedatangan Nabi telah berjaya mengubah sikap masyarakat arab yang jauh lebih teruk berbanding apa yang kita lihat sekarang.

Tauhid ataupun akidah yang disampaikan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab ini disampaikan kepada satu bangsa dan makhluk yang keras dan garang, maka pendekatan beliau juga perlu tegas. Beliau meletakkan mazhab Hanbali bukan kerana taksub tapi kerana ingin menyatukan manusia yang berpecah pada ketika itu. Seperti juga Malaysia menetapkan mazhab syafi’i tetapi bukan bertujuan taksub dan menolak mazhab lain.

Wahabi, Saudi, dan Kejatuhan Khilafah Utsmaniyah

Wujud tokoh-tokoh seperti Zaini Dahlan yang mengkritik Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab dan tidak bersetuju dengannya. Muhammad bin Abdul Wahab bekerjasama dengan Su’ud untuk membentuk negara Saudi. Ada orang menafikannya dan menuduh mereka ingin membebaskan daripada Khilafah Utsmaniyah, melanggar dan melawan pemerintah. Ada dua jawapannya;

  1. Sekiranya benar beliau melawan pemerintah dan menang, maka dia adalah pemerintah yang sah. Soal berdosa itu antara dia dengan Allah SWT. Dia tetap adalah pemerintah yang sah. Perkara ini dibahaskan oleh Imam Asy-Syathibi rahimahullah dalam Al-Muwafaqat tentang ciri-ciri orang yang naik memegang tampuk pemerintahan. Dia naik bagaimana pun caranya tetapi dia adalah pemimpin yang sah maka dia adalah pemimpin yang wajib ditaati dalam hal yang makruf.
  2. Tetapi sebenarnya Hijaz (Saudi) pada ketika itu bukan berada di bawah jajahan takluk khalifah utsmaniyah. Bukalah peta negara-negara yang dijajah oleh Utsmaniyah Turki pada ketika itu. Perkara ini telah dibuktikan oleh pengkaji-pengkaji. Dr Hazman Hassan (Ibnu Hassan Al-Alawi) ada menulis buku yang bagus berkenaan kejatuhan Khilafah Utsmaniyah dan peranan Muhammad bin Abdul Wahab. Telah dibuktikan dalam analisa beliau dan di muzium telah ditunjukkan peta negara-negara yang dijajah oleh Khalifah Utsmaniyah pada zaman itu. Terbukti Saudi tidak termasuk di dalamnya.

Saudi adalah negeri-negeri berkabilah. Muhammad bin Abdul Wahab pergi untuk menyatukan semuanya. Sebab itu sebelum datang beliau mengutus surat terlebih dahulu, mengajak untuk bergabung bersama. Beliau menghantar dengan dakwah tauhid dan akidah, buku akidah disebarkan.

Beliau bermazhab Hanbali, tidak ada apa-apa masalah dengan mazhab Hanbali, mazhab yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullahu Ta’ala (antara gurunya adalah Imam Syafi’i).

Malah Muhammad bin Abdul Wahab tidak pernah bercakap bab membaca Yasin pada malam Jumaat. Datangkan bukti perkataan beliau yang menyebut tentangnya sekiranya ada. Beliau lebih berminat dengan fiqh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, banyak beliau membaca buku-buku Syaikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah.

Maka bandingkanlah penghujahan-penghujahan mereka. Anehnya mereka yang menolak wahabi hanya membangkitkan isu-isu emosi antaranya isu solat, isu bacaan qunut, isu membaca yasin pada malam Jumaat sedangkan semuanya itu mempunyai perbahasan ilmiah berserta dalil dan sumber rujukan daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Tetapi golongan ini cuba membangkitkan emosi dengan menuduh orang yang berbeza dengan mereka sebagai wahabi. Mereka tidak membawa kepada penjelasan ilmu tetapi membangkitkan sentimen emosi. Oleh kerana mereka tiada hujah dan tidak dapat menjawab, maka mereka menanamkan kebencian ke dalam minda masyarakat untuk menutup pintu menganalisa, mengkaji dan mendengar, kerana sudah ditanam kebencian dalam hati dan fikiran mereka. Masyarakat awam yang tidak tahu mudah mempercayainya.

Ini masalahnya apabila kita berhadapan dengan golongan seperti ini yang tidak membuka ruang untuk menganalisa dan meneliti. Wahabi ini tidak ada apa yang perlu digeruni, Muhammad bin Abdul Wahab terkenal dengan dakwah tauhid dan dakwah akidah. Hanya kerana itu beliau dibenci.

Menjadi lumrah, pendakwah yang menyeru kepada akidah dan Tauhid dibenci dan mempunyai banyak musuh. Ibnu Taimiyah juga dibenci kerana membawa dakwah tauhid, begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal dipukul dan disiksa oleh Khalifah Al Makmun kerana mempertahankan akidah yang sahih. Beliau digelar Nashirus Sunnah (Penyelamat As Sunnah) kerana menyelamatkan akidah Islam. Imam Al Barbahari dalam kitabnya Syarhus Sunnah menyatakan Islam itu adalah sunnah, dan sunnah itu adalah Islam. Dan ramai lagi Imam-imam seperti Imam Al Bukhari dan lain-lain.

Orang dahulu cerdik, untuk mengubah persepsi masyarakat, mereka menangkap ulama dan memaksa ulama mengubah pendirian. Hal ini adalah kerana apabila ulama berubah masyarakat akan turut berubah disebabkan kepercayaan dan perhormatan masyarakat kepada ulama.

Tetapi pada masa ini ulama tidak lagi dihormati. Imam-imam ini sanggup mengorbankan diri mereka demi menyelamatkan akidah umat Islam dengan tetap memperkatakan kebenaran. Imam Ahmad tetap mengatakan Al Quran adalah Kalamullah walaupun Khalifah Al Makmun memaksanya mengatakan Al Quran adalah makhluk.

Orang ramai bertanya kepada Imam Ahmad mengapa tidak beliau mendoakan kehancuran bagi Khalifah Al Makmun, kata Imam Ahmad, “Tidak, sekiranya aku dikurniakan doa yang mustajab, aku akan mendoakan kebaikan bagi pemimpin.” Kerana apabila pemimpin baik, kesan kebaikannya akan dirasai oleh rakyat. Beginilah sikap seorang Imam, Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Wahabi Ekstrim?

Tuduhan ekstrim ini bertujuan untuk mengaitkan ahlus sunnah yang mereka gelar sebagai wahabi dengan terroris. Mereka mengatakan wahabi ada beberapa jenis; ada wahabi politik yang masuk UMNO, ada wahabi gerakan atau haraki, ada wahabi sederhana seperti ulama saudi, ada wahabi ekstrim seperti Osama bin Laden, Imam Samudera, Abu Bakar Ba’asyir, Hanbali dan seumpamanya. Mereka mendakwa wahabi ini dari arah mana pun akan menjadi ekstrim juga.

Sebenarnya yang menuduh inilah yang ekstrim. Kenapa mereka menuduh begitu adalah hanya kerana ada kesamaan dari sudut isu-isu konsep ketuhanan. Apabila berlaku perselisihan dalam konsep ketuhanan, mereka pakat berlawan antara Ahlus Sunnah (salaf) dan satu lagi pihak yang mempertahankan mazhab Al Asy’ariyah.

Dulu dalam sejarah telah berlaku pergaduhan besar antara mazhab Hanafi dan Syafi’iyyah sampai berbunuh-bunuh pada zaman pemerintahan Khilafah Utsmaniyah Turki. Begitu juga dalam isu akidah, Ibn Taimiyah ditangkap kerana membahaskan ilmu akidah. Ibnu Taimiyah terkenal sebagai penulis dan tokoh yang hebat dan juga pendebat yang hebat. Mereka tidak dapat membantah hujah-hujahnya lalu menangkapnya.

Tulisan-tulisan Ibn Taimiyah dahsyat, antaranya Fataawal Hamawiyah, Aqidah Wasithiyah, Risalah At Tadmuriyah yang dihantar ke Tadmur, dan banyak lagi tulisan-tulisan yang tidak mampu dijawab dan dibantah sehingga ke hari ini. Orang tidak mengkritik tulisan Ibnu Taimiyah, tetapi orang mengkritik tulisan Syaikh Al Utsaimin, Syaikh Ibn Bazz, Syaikh Al-Albani, Syaikh Shalih Alu Syaikh, Syaikh Shalih Fauzan. Adapun tulisan Ibn Taimiyah, Syiah pun tidak ada yang mampu menjawabnya. Minhaju As Sunnah Nabawiyah merupakan tulisan yang terawal dan terbesar menghentam syiah secara direct.

Oleh kerana kehebatan beliau ini dan musuh tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan dakwah beliau, mereka menangkapnya dan memasukkannya ke dalam penjara. Apabila isu akidah dakwah salaf mereka tidak dapat lawan, mereka menggunakan cara jahat seperti ini. Taktik mereka adalah dengan melabel dakwah ini sebagai dakwah yang ekstrim agar kelompok ini ditangkap, dihapus, dan dikaitkan dengan pengganas.

Orang-orang yang dilabel ini ada persamaan dalam beberapa isu-isu konsep. Osama bin Laden memang berasal dari Saudi. Di Malaysia contohnya, kelompok-kelompok sufi seperti Al Ma’unah pengasasnya adalah Amin yang asalnya pengikut ajaran sufi, tarikat yang membaca zikir-zikir dan kemudian memberontak. Abuya Al Asy’ari Al-Arqam juga berasal dari sufi dan tarikat, kemudian ingin merampas negara. Jadi bolehkah kita katakan semua tarikat ini akhirnya membawa kepada keganasan? Bolehkah kita katakan semua tarikat melahirkan pengganas? Buktinya lihatlah tarikat-tarikat yang dibawa Amin Al Ma’unah, Abuya Asy’ari, dan tarikat lain yang lain kerana tarikat ini mengajar taksub kepada guru, semua kehendak guru akan dituruti. Persoalannya adakah boleh kita menghukum semuanya sama seperti itu.

Jadi tidak adil juga untuk menghukum orang yang dikaitkan sebagai pengganas dan mengaitkannya dengan wahabi. Wahabi itu sendiri sudah merupakan satu tuduhan yang salah. Kemudian ditambah pula bahawasanya mereka itu ekstrimis.

Saudi adalah negara beraja, mustahil mereka  mengizinkan ulama-ulama terroris untuk tinggal dan menetap di negara mereka. Yang memanggil Saudi sebagai terroris hanya Amerika dan musuh-musuh Islam, yang menyenaraikan Universiti Islam Madinah sebagai universiti yang melahirkan pengganas. Adakah wajar kita mempercayai ulasan Amerika terhadap agama kita sendiri?

Lihatlah sumber kajian ilmu. Sedangkan yang banyak terroris adalah di Al Azhar. Berapa banyak terroris yang telah dikeluarkan oleh Universiti Al Azhar? Di Jordan pun ada berapa ramai terroris. Syiah adalah terroris. Hassan Saqqaf yang muridnya terkenal di Malaysia, dia sendiri cenderung kepada akidah syiah, mengkritik sahabat-sahabat Nabi seperti Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan sebagainya. Syiah adalah agama terroris, jadi kita boleh mengatakan orang yang cenderung kepada akidah Syiah ini akhirnya akan menjadi terroris. Semua syiah seharusnya ditangkap atau dihalau keluar daripada negara.

Jadi orang yang seperti ini apabila mereka tidak mampu berbahas dan berbincang tentang agama dan konsep ketuhanan, mereka menggunakan kaedah yang keji. Melabelkan orang sebagai terroris. Osama bin Laden bukan Ahlus sunnah, walaupun dalam beberapa bab beliau mengikut sunnah. Tapi beliau bukan ahlus sunnah dari sudut kefahaman tentang manhaj, kefahaman tentang jihad.

Abu Bakar Ba’asyir, Imam Samudera juga salah di dalam kefahaman tentang jihad. Perkataan seorang yang dihukum bunuh, “Nabi SAW melaksanakan ibadat haji satu kali, Nabi SAW melaksanakan ibadat umrah empat kali, tetapi Nabi SAW berjihad 72 kali.” Dia membangkitkan semangat orang ramai. Itu perkataannya sebelum dihukum bunuh. Dia hendak menyampaikan bahawasanya jihad itu tetap nombor satu. Dia salah faham tentang jihad. Bukan bererti berapa kali Nabi berjihad menunjukkan itu adalah yang paling penting dan yang lain tidak penting. Walaupun dia ada persamaan dengan ahlus sunnah dalam hal-hal yang lain, dia tidak boleh disamakan dengan ahlus sunnah dan seterusnya mengaitkan ahlus sunnah sebagai terroris.

Apabila orang tidak merayakan maulid Nabi dituduh wahabi, Raja Saudi juga tidak merayakan maulid Nabi, kenapa tidak berani menghentam Raja Saudi? Kerana takut tidak dapat melaksanakan haji. Itulah masalahnya. Sebelum kita hendak menghentam orang, berfikirlah dengan cara yang betul, jangan mengikut emosi dan hawa nafsu.

Wahabi menyesatkan orang?

Masalah menyesatkan orang, tidak adil diletakkan kepada wahabi sahaja. Semua kumpulan ada di dalamnya yang suka menyesatkan orang. Yang menentang wahabi juga kerjanya menyesatkan orang. Jika begitu bolehlah kita mengatakan golongan Asy’ari dan golongan sufi ekstrim, suka menyesatkan orang, mengkafirkan orang, membid’ahkan orang dan sebagainya. Kerana ramai juga di kalangan mereka yang melakukan demikian. Kalau hendak bercakap seperti ini, ceritanya tidak akan berkesudahan sampai bila-bila.

Jadi tindakan kita adalah menilai dan mengkaji maklumat yang diperoleh dengan nilaian Al Quran dan As Sunnah sesuai dengan petunjuk ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah.

Wallahua’lam.

Ustaz Fathul Bari: Pemikiran Imam As-Syafie (part 4/6)

http://www.youtube.com/watch?v=J8LKNqiEeoo&feature=plcp

sambungan

Ustaz Fathul Bari: Pemikiran Imam As-Syafie (part 5/6)

http://www.youtube.com/watch?v=uNMb8fpHaMc&feature=plcp

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: