Lompat ke isi kandungan

Hukuman takzir di Malaysia

September 26, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Ta’zir adalah sebahagian daripada undang-undang Islam dan merujuk kepada hukum yang dilaksanakan oleh pemerintah, boleh ustaz jelaskan sedikit.

Jawapan:

Bismillah,

Tentang ta’zir di sana ada kaedah di dalam fiqh yang berkaitan dengan pemerintahan,

التصرف  الراعي على الرعية منوط بالمصلحة

“Tindakan seorang pemimpin ke atas rakyat yang di bawah pemerintahannya bergantung kepada kemaslahatan.”

Bergantung kepada kemaslahatan; yakni secara terjemahannya kita fahami daripada kaedah ini adalah hukum ta’zir yang Allah SWT berikan autoriti untuk pemimpin ataupun pemerintah melaksanakan sesuatu hukum yang tidak Allah SWT nyatakan di dalam Al Quran dan juga As-Sunnah.

Contohnya rasuah, tidak dinyatakan di dalam Al-Quran tentang hukuman  bagi pelaku rasuah. Tetapi dinyatakan di dalam hadis,

لَعَنَ اللَّهُ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ فِي الْحُكْمِ

Ertinya: “Allah melaknat orang yang merasuah dan penerima rasuah dalam hukum.” (riwayat Ahmad dan lainnya)

Namun hukumannya tidak dinyatakan. Maka kembali kepada ta’zir iaitu tindakan pemimpin itu sendiri. Kalau dia melihat rasuah itu sangat keterlaluan maka dia berhak meningkatkan atau memberatkan lagi hukuman tersebut.

Sebagai contoh, saya ingat di negara tertentu pernah dicadangkan pengamal rasuah dihukum bunuh. Bahkan dalam negara kita juga dalam isu sumbang mahram seperti bapa merogol anak pernah dicadangkan hukuman bunuh.

Isu peragut dalam negara kita juga pernah dicadangkan hukuman bunuh sekiranya orang yang diragut itu mati dan sebagainya.

Mungkin di sana ada pendetilan yang tidak perlu saya bahaskan di sini, itu lebih layak diulas oleh orang-orang yang menguasai perlembagaan dan undang-undang sivil dalam negara kita. Tetapi saya kira perkataan ta’zir sangat jelas. Ia adalah ruangan atau autoriti yang Allah SWT berikan dan izinkan kepada pemimpin untuk tentukan berdasarkan kesesuaian dan kemaslahatan di dalam negaranya.

Maka saya tegaskan di sini bahawasanya pemimpin dalam negara kita telah mengamalkan hukum ta’zir ini, iaitu sebahagian daripada perundangan Islam yang perlu kita semua iktiraf.

Apa yang saya bimbang adalah cara sebahagian pihak mengulas seolah-olah kerajaan tidak melaksanakan hukum Islam secara mutlak.  Di manakah pengiktirafan tentang pelaksanaan undang-undang ta’zir yang ada di dalam negara kita pada hari ini? Sama-sama kita muhasabah.

Wallahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=51vmizX8XYo&feature=youtube_gdata

From → Fiqh & Syariah

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: