Penjelasan Umno tolak hudud
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan: sesetengah pihak menekankan seolah-olah hukum Islam ini cuma hudud sahaja. Bolehkah ustaz huraikan sedikit?
Jawapan:
Bismillah,
Sebenarnya isu hudud ini adalah isu yang telah lama dibangkitkan oleh Pas. Ini usaha yang sangat baik yang perlu kita berikan pengiktirafan apabila ada di kalangan umat Islam berusaha untuk menjadikan hukum Islam itu tertegak di atas muka bumi.
Cuma kadangkala keterlampauan dan keterlanjuran yang berlaku apabila isu hudud ini dijadikan seolah-olah satu isu yang sangat-sangat diutamakan sehingga dijadikan satu syarat untuk menghukum seseorang itu mempraktikkan Islam ataupun tidak tanpa melihat Islam itu secara syumul.
Sahabat-sahabat dari kalangan Pas seringkali membaca firman-firman Allah SWT seperti,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara menyeluruh.” (Al-Baqarah, 2: 208)
Hudud adalah juzuk daripada Islam. Ya, saya setuju sesiapa yang menolak hudud dalam kenyataannya seperti “hudud tak boleh pakai”, “hudud undang-undang lekeh, tidak adil” ia boleh membawa kepada kekufuran atau kerosakan dan keruntuhan akidahnya.
Namun perlu dibezakan antara kelompok yang mengatakan “hudud tak boleh pakai” dengan hudud belum sesuai masanya untuk dilaksanakan pada hari ini kerana kita ada usaha-usaha lain yang sedang dilaksanakan.
Di samping kita berhadapan dengan keadaan dan realiti masyarakat yang majmu’, pelbagai latar belakangnya. Kefahaman masyarakat itu sendiri masih berada di tahap yang sangat-sangat lemah tentang hukum itu sendiri, maka kita terpaksa lewatkan sedikit.
Ini satu kenyataan yang berbeza dengan kenyataan menolak hudud. Jadi saya kira, kita perlu lebih adil dalam menghukum sesuai dengan firman Allah SWT,
وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (surah Al-Maaidah, 5: 8)
Untuk menghukum teman-teman kita dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno contohnya, sumbangan mereka yang sangat besar dari sudut perbankan Islam, ekonomi Islam, sosial, pembangunan, teknologi, adalah perlu untuk kita berikan pengiktirafan. Ia juga adalah cabang daripada hukum-hukum Islam.
Ini adalah kerana Islam itu tertegak daripada tiga elemen yang utama; akidah, syariah, dan akhlak. Jadi usaha-usaha pemurnian akidah; di sana ada jabatan-jabatan agama Islam, ada JAKIM yang mengepalai jabatan agama Islam untuk isu-isu yang berkaitan dengan keagamaan.
Di sana juga ada isu ibadah dan syariah yang luas merangkumi shalat, pembinaan masjid, mengadakan program-program pengajaran dan pendidikan tentang shalat, zakat, baitulmal, isu haji dan sebagainya. Ini adalah hal-hal utama yang telah disampaikan dan perlu kita berikan pengiktirafan.
Namun tidak kita nafikan, di dalam syariah ada satu cabang iaitu berkenaan hukum hakam berkenaan jenayah Islam, di mana di bawahnya ada qisas, ta’zir, hudud, dan diyah. Hudud ini belum lagi dilaksanakan disebabkan beberapa faktor. Bukan bererti menolak tetapi menangguhkan pelaksanaannya dalam keadaan sekarang kerana faktor-faktor tertentu seperti memahamkan masyarakat Islam tentang hudud. Hudud digambarkan ganas, potong tangan, bunuh, sebat, tetapi masyarakat tidak melihat dari sudut hikmah pelaksanaannya.
Masyarakat non-muslim pada hari ini takut dengan hukum ini, mengapa kita tidak bangkit memberikan penjelasan kepada mereka terlebih dahulu. Sebab itu seingat saya dinukilkan oleh Imam Abdurrazzaq Ash-Shan’aani dalam Al-Mushannaf yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab RA, kata beliau,
لا حد إلا لمن علم
“Tidak ada hukum hudud kecuali bagi orang yang mengetahui tentangnya.”
Tetapi bukan bererti boleh menolaknya, kita perlu mendidik masyarakat. Apa usaha-usaha untuk memahamkan masyarakat Islam dan masyarakat non-Muslim tentang hudud.
Alhamdulillah kita telah bermula pada hari ini selangkah demi selangkah memberi penjelasan tentang hukum ini, dan saya hendak tekankan sekali lagi, hudud adalah satu cabang daripada hukum Islam, yang lainnya marilah kita sama-sama usaha sempurnakan kekurangan yang ada.
Berikanlah pengiktirafan kepada apa yang telah dilaksanakan. Jangan sesekali kita ajukan tuduhan tidak melaksanakan hukum Allah, seolah-olah kerajaan tidak pernah melakukan hal-hal yang sesuai dengan kehendak agama.
Ekonomi Islam, perbankan Islam, pembinaan masjid, kempen penganjuran shalat, haji, zakat dan baitulmal semua itu adalah adalah kehendak agama. Di mana pengiktirafan kita terhadap kehendak-kehendak agama yang telah dilaksanakan dengan baiknya oleh pemerintah kita.
Wallahua’lam.
http://www.youtube.com/watch?v=xMb0gT8UaTQ&feature=player_embedded
Alhamdullilah. Jawapan ringkas yag saya kira agak lengkap mengenai persoalan Hudud di Malaysia. Walaubagaimana pun bagi pihak-pihak yang taksub dengan hukum Hudud ini bagi mereka Islam adalah Hudud, Hudud adalah Islam tanpa mengambil kira aspek lain dalam agama Islam itu sediri. Wallahua’lam
Puasa, sembahyang tak perlu tunggu faham baru nak dilaksanakan. Undang2 sivil sedia ada pun berapa kerat masyarakat MAJMUK kita yg faham? Ini bukan masalah politik, ini masalah hukum. Ramai org Islam yg FAHAM, berjudi itu HARAM, tapi tiap2 minggu depa tikam nombor juga. Tak kisah bab siapa nak jadi hero hudud, parti apa pun, sebagai muslim, kesatuan akidah itu jalan kita. Hukum ini sangat2 jelas, WAJIB. Dok nak goreng lagu mana lagi?
1) Benar, x perlu fhm br boleh solat n puasa. Tp, jgn lupa, kerana x faham hakikat puasa & solat la, masyarakat islam masih lemah, berpecah dan melawan perintah tuhan. Soal wajib dibuat, telah dituruti, namun hakikat perlaksanaannya, sudah tentu blum mncapai mtlamat sebenar pensyariatan solat n puasa itu. 2) Yg dimaksudkan faham itu, bukan faham pd prosedur syariah / undang2, tetapi, ia bermaksud faham pengajaran agama ini. Jgn buat2 x faham kat situ! Nik Aziz jg pernah timbulkan 1 persoalan bodoh, kalau demokrasi & komunis boleh wat undang2, knp Islam tidak? Soalan sy, Agama Islam itu itu setaraf dgn ideologi komunis @ demokrasi ker (undang2 ciptaan manusia?)? TGNA secara x langsung telah merendah2kan martabat agama itu sendiri. 3) Bezakan FAHAM & TAHU. Sy percaya, semua muslim tahu, Islam melarang judi, tetapi, adakah ia faham hakikat pengharaman itu? Jd, sebenarnya, mereka cuma tahu, tp belum faham lg.
orang macam hasnul ni la yang menyebabkan hukum hudud ni sukar nak dilaksanakan.. tidak faham dan enggan belajar untuk faham..
Setakat ini belum ada siapa yg berani jawab kenapa Hudud masih tidak dilaksanakan di Kelantan. Penyamun pantai timur punya la bersepah dekat taman aku ni.
saudara mat nor,kjaan klantan pnah mminta dluluskn usul utk djalankan hudud d klantan ,tp tidak pernah dlayan dan dtolak mentah2.bkenaan masa plaksanaan,sy stuju skiranya tunu masa yg ssuai,tetapi kjaan skrg tiada usaha langsung untuk memberi kefahaman dan penjelasan tentang hudud kepada rakyat,tidak kira muslim atau x.
betul…… ape nak tunggu…..laksanakan jer hudud…. kite bukan penjenayah nak takut hudud…. lahir dalam islam…dah besar panjang pun masih xfaham hudud… alasan mcm2..