Skip to content

Larangan mengambil berkat & mempercayai tuah

Oktober 4, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Ada dibuat jamuan makan malam dan dilelong beberapa barang seperti gambar, surat, tongkat, dan sebagainya kononnya untuk mengutip dana untuk PRU. Cuba ustaz komen sedikit.

Jawapan:

Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah, amma ba’d.

Saya sebenarnya tidak kisah dengan semua itu, orang hendak menjual apa-apa pun; sama ada tongkat, gambar, surat-surat, untuk tujuan mengutip dana dan sebagainya, dengan harga berapa pun terpulang kepada mereka dan tidak ada masalah.

Cuma saya tertarik apabila disebut tongkat tadi, untuk menjual tongkat yang merupakan milik seorang tokoh agamawan, saya tidak kisah menjualnya dengan harga berapa sekalipun dan untuk tujuan membantu PRU dan sebagainya.

Cuma satu benda penting yang perlu dipesan kepada orang yang membelinya adalah agar tidak ada di sana kepercayaan-kepercayaan dan unsur-unsur tabarruk (mengambil berkat). Ini yang perlu kita berhati-hati kerana kita bimbang kepercayaan-kepercayaan seperti ini  boleh menggugat akidah.

Kita perlu ingat, percaya kepada tuah, benda-benda berkat adalah tidak dibolehkan kecuali datang nas-nas yakni dalil-dalil daripada Al-Quran mahupun As-Sunnah tentang hal tersebut.

Pada zaman Nabi SAW, ada sahabat-sahabat ketika berperang, mereka melihat golongan musyrikin Makkah menggantungkan pedang-pedang mereka di pokok untuk mengambil berkat dan kepercayaan mereka pokok tersebut.

Para sahabat Nabi bertanya kepada Nabi SAW, bolehkah mereka turut melakukan hal yang sama? Nabi SAW memarahi mereka. Baginda SAW meminta mereka bertawakkal iaitu berserah diri kepada Allah SWT.

Dan jika lihat di dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda,

الطيرة شرك، الطيرة شرك، الطيرة شرك

Maksudnya: “Percaya kepada thiyarah (tuah/sial) itu syirik, percaya kepada tuah/sial itu syirik, percaya kepada tuah/sial itu syirik.” (riwayat Abu Daud)

Perkataan thiyarah dipetik daripada perkataan at-thair yang bererti burung. Orang arab jahiliyah dahulu sebelum keluar daripada rumah mereka akan melepaskan burung. Mereka mempercayai sekiranya burung itu terbang ke arah kanan bererti nasib pada hari itu baik dan jika burung terbang ke sebelah kiri bererti sial dan tidak boleh keluar rumah.

Kepercayaan seperti ini dikatakan syirik oleh Nabi SAW. Jadi kita bimbang sekiranya orang yang membeli tongkat itu beri’tiqad atau mempunyai kepercayaan bahawa tongkat tersebut mempunyai berkat kerana ia pernah digunakan oleh agamawan.

Itu yang kita tidak mahu.

Soalan: Adakah bidaan dibolehkan?

Jawapan:

Terpulang kepada mereka hendak menjualnya dengan harga berapa pun yang mereka suka. Wallahua’lam. Saya tidak mahu komen tentang bidaan dan berapa harga yang mereka letak, atau ke mana mereka ingin gunakan wang hasil bidaan mereka. Itu hak mereka.

Cuma perkara penting ialah hubungkaitnya dengan isu akidah. Kerana apabila mereka hendak mempertahankan hukum Islam, perkara yang terpenting adalah akidah Islam yang perlu dijaga terlebih dahulu.

Wallahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=ScthZTg15jk&feature=player_embedded

 

From → Akidah & Manhaj

One Comment
  1. ARMAND permalink

    Assalammualaikum Ustaz,

    Saya mengikuti video dan blog ustaz sejak beberapa bulan yang lalu,Alhamdulillah video dari Ustaz dan ILMU memberi pencerahan kepada saya.

    Walaubagaimanapun,terdapat satu blog ni yg membuat sy tertanya2 tentang tujuannya,tak perlulah sy mengulas panjang,disini sy pautkan link ke laman blog tersebut…dan meminta Ustaz dpt menerangkan kepada saya/kami tentang tuduhan2 yg dilemparkan kepada Ustaz dan ILMU..

    http://abu-syafiq.blogspot.ie/2011/12/pembohongan-si-fathul-bari-al-wahhabi.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: