Skip to content

Syirik dalam ketaatan

Oktober 9, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Para ulama membahagikan syirik kepada dua; syirik besar dan syirik kecil. Menurut Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan, syirik besar ataupun dipanggil syirkul akbar dibahagikan kepada empat.

  1. syirik pada niat
  2. syirik pada doa
  3. syirik pada ketaatan
  4. syirik pada kecintaan

Saya akan jelaskan satu persatu melalui gambaran umum agar kita semua faham.

Syirik pada niat; iaitu kita berniat melakukan sesuatu perkara kerana sesuatu selain dari Allah SWT. Contohnya, berniat menyembelih binatang kerana kubur, bomoh, pemujaan, dan seumpamanya. Memang berlaku dalam masyarakat kita orang yang membawa kambing atau binatang lainnya untuk disembelih di tanah perkuburan, sebagai korban, nazar untuk mendapatkan sesuatu. Sabda Nabi SAW,

لعن الله من ذبح لغير الله

“Allah melaknat sesiapa yang menyembelih untuk selain Allah.” (riwayat Muslim)

Ulama sepakat mengatakan ini adalah perbuatan syirik besar yang membatalkan dan menggugurkan seluruh amal kebaikannya. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Jika kamu syirik, nescaya akan terhapuslah segala amal (kebaikan) kamu dan kamu termasuk orang-orang yang rugi.” (Az-Zumar: 65)

Sebanyak mana pun perbuatan baik yang dikerjakan, ianya akan terhapus disebabkan perbuatan syirik.

Syirik pada doa; iaitu memohon kepada sesuatu selain daripada Allah SWT. Seperti pergi ke kubur dan memohon kepada (atau melalui perantaraan) orang-orang shalih, wali-wali atau Nabi yang telah meninggal dunia. Itu semua syirik. Kita memohon hanya kepada Allah SWT.

Adapun kita meminta kepada orang yang masih hidup untuk mendoakan kita, itu tidak ada masalah bahkan dianjurkan di dalam Islam.

Adapun yang dimaksudkan sebagai syirik adalah seperti berdoa melalui perantaraan orang mati, binatang, atau benda-benda selain Allah SWT.

Syirik pada ketaatan; iaitu mentaati manusia dalam melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, mentaati manusia dalam menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan dan mengharamkan apa yang Allah SWT halalkan.

Seorang sahabat Nabi SAW yang bernama ‘Ady bin Hatim datang kepada Nabi SAW dalam keadaan memakai salib, pada ketika itu dia baru memeluk Islam. Nabi memerintahkannya agar menanggalkan salib tersebut dan baginda SAW membacakan firman Allah,

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Ertinya: “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan (tempat rujukan) selain Allah.” (surah At Taubah, 9: 31)

‘Ady Ibn Hatim RA berkata: “Wahai Rasulullah, kami tidak pernah menyembah paderi-paderi kami.” Rasulullah SAW lalu bersabda,

أليس يحلون لكم ما حرم الله فتحلونه، ويحرمون ما أحل الله فتحرمونه؟

“Bukankah mereka menghalalkan untuk kalian apa yang Allah haramkan sehingga kalian pun menghalalkannya, dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan sehingga kalian pun mengharamkannya?” Beliau (‘Ady bin Hatim) berkata : “Benar”. Maka Rasulullah SAW bersabda,

فتلك عبادتهم

“Itulah (yang dimaksudkan) beribadah kepada mereka.” (riwayat Ahmad, Tirmidzi, ‘Abd bin Humaid, Ibnu Abi Hatim, dan Ath Thabrani dari banyak jalur. Lihat Fathul Majid halaman 109, cetakan Darus Salam)

Kita perlu ingat, apabila kita menyebut Laa-ilaaha-illallaah (tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah) bererti kita telah membulatkan segala ketaatan, pengesaan, doa, dan kecintaan, niat, dan keikhlasan kita hanya kepada Allah SWT.

Jadi mana mungkin kita pada hari ini bersikap dengan mengatakan, tidak mengapa kita berakhlak tidak sesuai dengan tuntutan syariat kerana kita sedang berpolitik. Sebab politik kita boleh berakhlak dan bersikap seperti ini. Ini satu perkara yang salah dan boleh membawa kepada kesyirikan.

Wallaahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

 

 

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: