Skip to content

Jauhi politik membenci, Umno perlu tunjuk contoh politik kasih sayang

Oktober 16, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya

Umno perlu melawan semula politik benci membenci yang cuba diterapkan oleh sesetengah parti politik dengan politik kasih sayang. Kita menegur dan membantah orang lain kerana kasih kita kerana Allah dan benci kita kerana Allah. Sabda Nabi SAW di dalam hadis,

أَوْثَقُ عُرَى الْإِيْمَانِ الْحُبُّ فِي اللهِ وَالْبُغْضُ فِي اللهِ

Ertinya: “Ikatan iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (riwayat Ath-Thabarani dan dihasankan Asy-Syaikh Albani dalam Ash-Shahihah no. 998)

Maka kita membenci perkataan-perkataan yang mereka sampaikan kerana Allah, kita hormati kebenaran-kebenaran yang mereka sampaikan juga kerana Allah, bukan kerana kepentingan parti.

Ini yang perlu kita bawa. Umno perlu menjadi perintis kepada perubahan ini. Umno perlu tunjukkan contoh untuk diikuti oleh masyarakat secara keseluruhannya.

Gagasan 1Malaysia

Negara kita ada masyarakat cina, india, dan pelbagai lagi. Usaha Perdana Menteri memperkenalkan konsep gagasan 1Malaysia bertujuan untuk memastikan kehidupan masyarakat dalam negara kita berlangsung dengan baik.

Umno tidak boleh menggunakan dalil di dalam Al-Quran “sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu..” sebagai dalil 1Malaysia, saya tidak setuju jika dalil ini digunakan untuk hal ini. Tetapi kita boleh berkata konsep yang diketengahkan oleh Perdana Menteri untuk memastikan keamanan, ketenteraman, perpaduan, itu memang konsep daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni konsep daripada Islam.

Sebagai umat Islam kita beriktikad ini adalah ajaran agama kita, dan Islam memberikan kebebasan ini dan menganjurkan hormat menghormati. Islam melarang cercaan dan Islam tidak pernah mengajar kita mencerca agama lain.

Bahkan Islam melarang mencerca sembahan-sembahan agama lain. Allah SWT menegur di dalam Al-Quran,

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Ertinya: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa ilmu.” (surah Al An’am: 108)

Sebab itu pada zaman Nabi SAW, walaupun berbeza agama, mereka hidup dalam keadaan yang aman damai, melainkan setelah kaum yahudi mengingkari perjanjian; mereka mendatangkan kaum kafir dari Makkah menyerang umat Islam di Madinah.

Ketika itu Nabi SAW bertegas mengutus tentera ke kabilah-kabilah dan kampung-kampung mereka dan berperang dengan mereka. Betapa Islam memberikan ruang dan mengajar hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Kita tidak mahu Islam digambarkan di peringkat antarabangsa sebagai agama yang menakutkan dan ganas. Sebenarnya itu semua adalah salah faham tentang Islam.

Dulu Salman Rushdie pernah mengeluarkan buku menghina Islam, Irshad Manji membawa ideologi liberal dan plural, filem pendek Fitna, kemudian yang terbaru Innocence of Muslim yang menghina Nabi kita SAW.

Apabila umat Islam bertindakbalas dengan apa yang berlaku, kita dituduh sebagai terroris. Saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang membunuh duta Amerika Syarikat di Libya. Pembunuhan tersebut adalah salah kerana dia berada di Libya sebagai wakil yang dibenarkan duduk di sana. Tidak boleh dia dibunuh sewenang-wenangnya.

Disebabkan hal seperti ini, umat Islam terus dihukum dari hari ke hari, masa ke masa, digambarkan terroris, fanatik, ashabiyah, sedangkan lihatlah apa yang berlaku di Rohingya. Mereka melakukan pemusnahan etnik. Mereka menghalau keturunan Rohingya sebab beragama Islam.

Jadi adakah kita menginginkan perkara yang sama berlaku dalam negara kita? Kita tidak mahu terjadi pergaduhan antara melayu dan cina, melayu dan india, india dan cina. Oleh itu kita mesti kekalkan keamanan yang sedia ada.

Sebab itu kita selalu tekankan, negara kita walaupun demokrasi tetapi ia berperlembagaan.  Itu adalah batasan dan hadnya. Kita tidak boleh memberikan kebebasan mutlak. Ada orang berkata, kita inginkan kebebasan bersuara. Impak kebebasan bersuara adalah seperti pembikinan filem-filem yang menghina Islam itu sendiri.

Nanti akan ada orang Islam yang membuat filem yang mengkritik dan menghina agama lain. Masyarakat agama lain pula akan membuat filem yang menghina agama Islam. Adakah kita mahu keadaan seperti itu berlaku?

Atas sebab itu saya menyeru diri saya sendiri dan teman-teman dari parti komponen; Mic, Mca, Gerakan, termasuk Dap sekali, agar hormat menghormati terhadap sensitiviti beragama dalam negara kita. Umno perlu memberi contoh kepada seluruh masyarakat. Mca, Mic dan gerakan perlu beri contoh kepada Dap, betapa kita menyeru kepada hormat menghormati walaupun berbeza agama dan bangsa. Keamanan yang ada ingin kita teruskan.

Kita jangan mudah terpengaruh dengan strategi yang dimainkan oleh teman-teman kita. Politik membenci, politik ala Iblis. Kita mahu kita menyampaikan sesuatu dengan fakta, kita mahu kita memberikan kefahaman, bukan menyerang. Kita mahu kita menasihati, bukan membenci.

Sabda Nabi SAW di dalam hadis,

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْـرًا يُـفَـقِـهْهُ فِي الدِّيْنِ

Ertinya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, Dia akan menjadikannya faham tentang (urusan) agamanya.” (Hadis shahih, diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu ‘Abdil Barr dalam Jami’ Bayanil ‘Ilmi, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA)

Wallaahua’lam.

Sumber: Petikan tazkirah di majlis perasmian perwakilan Umno Puchong

Advertisements

From → Adab & Akhlak

One Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: