Skip to content

Chua Soi Lek dan Karpal Singh jangan permainkan isu berkaitan agama Islam

Oktober 24, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya

Isu ini sudah lama, ramai yang desak agar saya bersuara. Cerita ini daripada parti-parti politik seperti DAP, dan MCA, di mana mereka bercakap lantang tentang hudud, tentang negara Islam, dan mereka menolaknya. Kalau dulu ada cabaran yang berupa darah dari Karpal Singh “langkah mayat aku dulu”.

Walaupun perkataan itu simple, tetapi apa maksud langkah mayat aku dulu sebelum melaksanakan hukum Islam? Maksudnya bunuh aku dulu. Bererti dia mengangkat bendera perang bagi sesiapa yang hendak laksanakan hukum Islam di negara ini.

Perkataannya membawa makna yang sangat dahsyat bagi orang yang memahami Islam dan merasa bertanggungjawab ke atas Islam.

Chua Soi Lek dan wanita Mca juga mengatakan mereka tolak dan tidak terima hukum Islam, dan dia membuat analisa di mana analisanya saya sendiri pernah lihat dan saya sendiri pernah memberikan pembentangan kepadanya tentang hudud di Wisma Mca pada tahun lepas.

Saya tengok sendiri analisanya. Nampak sangat Chua Soi Lek jahil tentang hukum Islam. Dan dia membuat analisa berpandukan kajian ekonomi, pelaburan, GPI (Global Peace Index). GPI ini dijadikan satu kayu ukur untuk menentukan tahap keamanan sesebuah negara. Apabila negara itu aman, ia akan dikategorikan sebagai sebuah negara yang maju sebab pelabur dari luar akan datang melabur.

Siapa yang buat benda ini? Barat yang buat. Mereka buat dan mereka letakkan negara mereka di nombor satu.

Cara analisa Chua Soi Lek yang saya lihat pada masa itu, dia merujuk kepada GPI kemudian mengatakan negara-negara Islam yang melaksanakan hukum Islam; antaranya Saudi, walaupun tidak lengkap pelaksanaannya berada di antara negara-negara di kedudukan terbawah.

Jadi dia mengatakan kalau negara kita melaksanakan hukum hudud, Malaysia akan duduk di tangga ke-20 lebih, seingat saya. Kalau Malaysia laksanakan hukum hudud, Malaysia akan turun di kedudukan yang sama dengan negara-negara Arab. Negara kita akan mundur, ekonomi akan bermasalah, pelabur asing tidak akan datang ke negara kita, rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan. Itu analisanya. Dia cuba kaitkan isu keamanan menggunakan GPI di mana index tersebut disusun oleh barat.

Chua Soi Lek, Karpal Singh, Wanita MCA, DAP, mereka semua ini faham atau tidak apa itu hukum Islam? Faham atau tidak apa itu hukum hudud? Kalau tidak faham, panggil saya untuk ceritakan.

Yang peliknya, umat Islam di negara kita bergaduh sesama sendiri. Ketika DAP menentang hudud, Umno cucuk Pas, ketika Mca tolak hudud, Pas dan Pkr pakat cucuk Umno. La haula wala quwwata illa billaah.

Secara peribadi kalau ditanya kepada saya perkataan siapa yang lebih berat, saya katakan perkataan Karpal Singh lebih berat daripada perkataan Chua Soi Lek. Tapi sebagai umat Islam, semua perkataan ini adalah salah.

Kita perlu berikan penjelasan kepada mereka. Pas atau Umno, kedua-duanya bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada mereka. Walaupun orang kata dah berapa tahun berikan penjelasan. Saya tanyakan semula, kamu Pas dah berapa tahun berikan penjelasan kepada Karpal Singh? Apa yang Karpal Singh faham tentang hudud dan negara Islam?

Umno pula sudah berapa tahun berikan penjelasan kepada Chua Soi Lek? Apa yang dia faham tentang Islam? Setidak-tidaknya saya sendiri bersama dengan Pertubuhan Sekretariat Ilmuan Malaysia telah dijemput oleh Mca untuk memberikan penjelasan kepadanya. Soal dia terima atau tidak, hidayah milik Allah SWT.

Kita perlu bertindak lebih agresif memberi penjelasan. Mereka yang tidak faham dan tidak kenal dengan hukum Islam, mereka melihat dari satu aspek bahawa hukum Islam kejam.

Contoh isu rogol, di antara komentar Karpal Singh, bagaimana hendak buktikan isu rogol, Islam itu agama zalim, katanya. Katanya lagi, orang yang dirogol tidak ada empat saksi, tidak ada empat saksi maka tidak boleh dikenakan hukuman bagi perogol. Ini yang saya katakan dia tidak faham.

Dia tidak faham bahawasanya di dalam Islam, kalau tidak boleh disabitkan pembuktian melalui hudud, kita boleh gunakan sistem ta’zir. Ta’zir adalah hukum Islam juga. Gunakan CCTV, DNA, dan bukti-bukti sampingan yang ada. Perkara seperti ini yang perlu diceritakan kepada mereka. Sebenarnya hukum Islam ini adalah bersifat mengawal kerosakan, bukan bertujuan untuk menyiksa manusia.

Sebab itu saya katakan, sama ada Karpal Singh atau Chua Soi Lek, semua kena ingat sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti dalam negara ini, walaupun berbeza parti politik, Pas atau Umno, akhir sekali semua kena ingat bahawa kita semua perlu kembali kepada prinsip agama. Jadi jangan main-mainkan isu agama Islam.

Wanita Mca bangkitkan isu aurat umat Islam. Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mengatakan perempuan kalau tidak tutup aurat boleh kena rogol. Dia gambarkan di situ seolah-olah cabaran bagi orang bukan Islam akan dirogol kalau tidak menutup aurat.

Saya bukan hendak mempertahankan atau mengangkat TG Nik Aziz. Saya katakan kenyataan dia itu sebagai orang yang mengajar agama, antara hikmah orang menutup aurat adalah dia akan mudah terhindar dari pandangan-pandangan atau mata yang memandang. Sebab mata yang melihat wanita, macam-macam analisa dan andaiannya. Ada jenis orang bila memandang wanita dia boleh melihat dalam dan luar, dia nampak semua. Sebab itu kata Nabi SAW di dalam hadis,

العَيْنَانِ تَزْنِيَانِ وَزِنَاهُمَا النَّظْرُ

“Dua mata berzina, dan zina keduanya adalah melihat.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebab itu Islam mengajar untuk tutup aurat supaya tidak nampak bentuk badan kerana nanti akan terlihat anggota-anggota yang mungkin akan mendatangkan dan membangkitkan keghairahan dan hawa nafsu. Ini realiti.

Jadi saya setuju dengan kenyataan TG Nik Abdu Aziz dalam isu ini. Orang bukan Islam tolong faham, kerana kita bercakap dalam ruang lingkup orang Islam di mana antara hikmah kebaikan menutup anggota badan bagi wanita ini adalah agar dia terselamat dari pandangan-pandangan yang tidak baik.

Perlu ada etika dalam berpakaian. Pakaian bagaimana yang boleh dipakai oleh perempuan, ketat dan jarang boleh atau tidak, ini semua perlu diperhatikan dalam kaedah berpakaian.

Jadi saya minta kita semua bertanggungjawab tidak kira Pas atau Umno di dalam isu ini usahlah kita menuding jari antara satu sama lain.

Apabila Dato Chua Soi Lek bangkitkan semula isu ini, dalam twitter saya penuh orang Pas dan Pkr bertanya di mana suara Ustaz Fathul Bari. Sedangkan Presiden Angkatan Muda Keadilan sendiri mengatakan hudud tidak sesuai lagi dilaksanakan. Orang-orang Pas juga bertanya di mana suara Fathul Bari, masuk dalam Harakahdaily, di mana suara.

Suara saya ada lagi. Mereka mahu saya keluar dalam TV. Saya katakan, saya tidak ada saham dalam TV atau Utusan Malaysia. Kalau saya ada saham, mungkin saya boleh suruh masukkan kenyataan saya di muka depan sekali untuk jawab isu ini. Jika mereka mahu saya jawab isu ini, mereka hubungilah saya. Harakah tidak pernah hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan.

Kita hendak pergi ke arah perpaduan umat Islam. Dan non-muslim jangan bimbang, kalau betul-betul kita mempraktikkan Islam, hak-hak non-Muslim pasti terbela dan terjaga. Tetapi kalau Islam dipraktikkan sedikit, tidak secara menyeluruh maka hak-hak tidak akan terjaga. Sebab itu untuk memastikan hak non-muslim terjaga, Islam perlu dipraktikkan secara menyeluruh.

Jadi saya nasihatkan sekali lagi kepada diri saya, teman-teman, ahli politik dan sebagainya, isu-isu yang seperti ini kita perlu hati-hati. Kita minta non-muslim menjaga sensitiviti umat Islam. Dan ingat bahawasanya Islam adalah agama majoriti dalam negara ini, Islam adalah agama persekutuan, apa jua yang berlaku persengketaan di kalangan umat Islam akhirnya umat Islam akan kembali kepada agama mereka. Itu bagi orang yang betul-betul ada iman dan takwa kepada Allah SWT.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

One Comment
  1. ali permalink

    assalamualaikum utz, apakah hukum umat islam sendiri yg menolak hukum2 islam, cuba terangkan dengan lebih lanjut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: