Lompat ke isi kandungan

Umno atau Pas gagal beri pemahaman tentang hudud?

Oktober 25, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya

Soalan: Adakah kenyataan ustaz baru-baru ini mengenai Chua Soi Lek menggambarkan betapa Umno gagal memahamkan orang-orang bukan Islam tentang Islam?

Jawapan:

Bismillah,

Isu ini tidak akan habis kalau kita asyik menuding jari, maksudnya orang Pas kata kepada Umno, orang Umno kata kepada Pas. Sebaliknya kita semua perlu bermuhasabah, tidak kira sama ada Umno mahupun Pas.

Teman-teman dan rakan seperjuangan kita yang bukan Islam sama di dalam Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, adakah mereka semua telah faham ataupun tidak dengan undang-undang dan hukum ini.

Saya secara prinsip dan secara terang hasil dari kenyataan Dato Chua Soi Lek, saya katakan sendiri bahawa beliau tidak faham tentang hukum ini. Mungkin beliau melihat apa yang dibentangkan oleh Pas selama ini mungkin hanya bersifat menjelaskan hukum hudud dari sudut pelaksanaannya semata-mata; kalau mencuri potong tangan, berzina bagi orang yang belum berkahwin sebat, bagi yang sudah berkahwin hukum rejam sampai mati, mungkin yang difahami hanya dari aspek kaedah perlaksanaan hukum semata-mata.

Adapun hikmah, contohnya dari sudut pengampunan, Chua Soi Lek atau Karpal Singh sendiri mungkin mereka tidak tahu; contohnya hukum qisas yang merupakan sebahagian dari hukum di bawah undang-undang jenayah Islam, sekiranya seseorang itu bergaduh lalu memukul kawannya sehingga putus telinganya, maka penjenayah tersebut iaitu orang yang memutuskan telinga kawannya itu perlu diputuskan telinganya semula. Tetapi sekiranya mangsa dan keluarganya mengampuni pelaku kesalahan tersebut maka di dalam Islam dia akan dibebaskan, tidak perlu kepada penghakiman. Hanya saja dia perlu membayar diyah (ganti rugi).

Pernah berlaku hukum bunuh di Saudi, hampir dipancung pembunuh tersebut, tetapi ahli keluarga mangsa memaafkannya maka dibatalkan hukuman tersebut. Kemudian hukuman tersebut digantikan dengan diyah yakni ganti rugi. Itu sahaja.

Mungkin perkara ini Dato Chua Soi Lek atau Karpal Singh sendiri tidak tahu. Jadi saya minta umat Islam sama ada Umno atau Pas, kita jemput mereka, adakan satu seminar untuk mereka dari kalangan DAP, MIC, MCA atau non-muslim secara umumnya, kita adakan seminar dan sesi soal jawab untuk mereka berkaitan hukum Islam ini.

Saya bukan hendak berbicara tentang perlaksanaannya di Malaysia. Sebelum kita ceritakan hal tersebut, kita perlu jelaskan kepada non-muslim akan hal ini. Kita tidak mahu berlaku lagi perbalahan yang seperti ini, hina menghina, tuduh menuduh, dan sebagainya. Wallaahua’lam.

Soalan: Kalau kita tengok balik dalam twitter Chua Soi Lek dan kenyataannya dalam perhimpunan MCA, dia kata yang dia tolak itu adalah hudud Pas. Jadi di sini masyarakat keliru antara hudud Pas dan hudud sebenar. Saya yakin masih ramai yang keliru tentang hudud sebab selama berpuluh tahun Pas nak buat tapi masyarakat masih tidak faham. Soalannya, adakah Umno yang gagal memahamkan orang bukan Islam atau Pas yang gagal mendakwahkan Islam.

Jawapan Ustaz Fathul Bari:

Pendapat saya, pertama sekali Alhamdulillah kita bersyukur ada kelompok manusia yang ingin hukum hudud dilaksanakan, iaitu parti Pas yang hendak membawa hukum ini. Itu secara umumnya suatu tindakan yang baik. Tetapi hal yang sangat penting sebenarnya adalah penjelasan dan memberi pemahaman kepada masyarakat. Tanpa memberikan kefahaman yang benar, akan berlaku isu yang seperti ini.

Mereka menyibukkan diri dengan kenyataan Chua Soi Lek, tapi bagaimana dengan kenyataan Karpal Singh? Bagaimana dengan kenyataan Dap di Kedah? Bahkan kenyataan-kenyataan non-muslim yang lain. Jadi kalian sewajarnya berusaha untuk memberikan penjelasan dan kefahaman.

Karpal Singh contohnya, dia sendiri tidak faham tentang bagaimana cara pembuktian kes seperti yang telah saya sebutkan dalam rakaman video yang lalu, contohnya pembuktian kes rogol. Sedangkan Islam telah mengajarkan cara dan kaedah pembuktian dalam kes-kes seumpama itu.

Wallahua’lam, mungkin Pas tidak sempat cerita habis kepada Dap ataupun Pas sudah cerita tetapi Karpal masih tidak faham. Jadi tidak perlu timbul soalan dan kenyataan seperti Umno tidak bagi faham atau Pas tidak bagi faham.

Saya kira dalam tempoh beberapa puluhan tahun ini, populariti Pas sebenarnya terletak pada hudud. Saya tidak katakan tidak ada kebaikan lain yang Pas buat. Tetapi sekiranya Umno melaksanakan hudud –mudah-mudahan insya-Allah- apa yang akan Pas bawa? Tetapi kata TG Nik Aziz dulu, dia akan bubarkan Pas kalau Umno laksanakan hudud. Itu yang saya ingat, wallaahua’lam.

Kebaikan yang dibawa oleh Pas dalam beberapa hal yang lain, seperti menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada agama, itu kita kena terima secara prinsip sebagai seorang muslim. Tetapi pada masa yang sama kita kena lihat usaha yang Pas bawa seperti hudud ini; ia perlu diterjemahkan dengan baik, dan perlu diberikan kefahaman yang baik. Saya kira kita telah jelaskan hal ini berulang kali.

Wallahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: