Pimpinan Pakatan Rakyat perlu jelaskan pendirian
Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya
Soalan: Malaysiakini ada membuat laporan bahawa PM kita Dato Seri Najib enggan mengulas tentang kenyataan Chua Soi Lek. Apa pendapat ustaz?
Jawapan:
Bismillah,
Kata Allah di dalam Al-Quran,
فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Ertinya: “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (surah An-Nahl : 43)
Jadi sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada orang-orang yang ada autoriti untuk bercakap tentang agama.
Seperti mana jika orang bertanya tentang bajet kepada saya, saya tidak boleh jelaskan secara detil, hal itu mungkin boleh dirujuk kepada MP Kota Belud contohnya. Orang bertanya saya tentang jalanraya, insfrastruktur, saya mungkin tidak tahu, hal itu boleh dirujuk kepada Menteri Kerja Raya. Jadi masing-masing ada kepakaran dan pengetahuan masing-masing.
Jika dilihat dari aspek yang lain, pernah ditanya kepada ketua pembangkang tentang isu yang dikaitkan dengan beliau, beliau sendiri merujuk kepada Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Mengapa beliau tidak memberikan pandangan beliau sendiri? Kerana beliau bukan pakar dalam bidang tersebut.
Begitu juga saya katakan kepada Malaysiakini, sepatutnya rujukan hal-hal yang seperti ini tidak semestinya kita bertanya kepada seseorang dan kita mengharapkan jawapan secara langsung dan spontan. Mungkin perlu kepada rujukan dan analisa.
Yang lebih penting sebenarnya adakah kita bertanya kerana ingin mengetahui jawapan atau kita bertanya kerana ingin membuat provokasi? Saya tujukan soalan ini kepada kedua-dua belah pihak.
Kalau kita bercakap seperti itu, contohnya dalam isu Chua Soi Lek dan Karpal Singh, media-media pembangkang, Harakah, dalam twitter, facebook, beberapa tokoh pembangkang bertanya mana suara Fathul Bari, saya katakan di sini mereka meminta secara jelas, dan saya memberikan pendapat dan pandangan saya sekadar yang saya mampu dan sekadar ilmu pengetahuan yang saya ada.
Tetapi saya tidak pernah lagi bertanya kepada mereka atau meminta mereka datangkan pendapat mereka dalam isu sekian sekian. Dan hari ini saya ingin bertanya, apa pendapat ketua pembangkang dan tokoh-tokoh pimpinan pembangkang; sama ada TG Nik Abdul Aziz, TG Hj. Abdul Awang, kemudian timbalannya Mat Sabu, Dato Seri Anwar Ibrahim, pandangan mereka tentang Karpal Singh, pandangan mereka tentang DAP Kedah, dan DAP sendiri yang tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan juga negara Islam.
Saya ingin bertanya, mana jawapan mereka? Berikan jawapan secara jelas. Mereka asyik bertanya kita dan kita telahpun menjawab. Kemudian mereka mengatakan jawapan kita tidak adil. Dan PAS sehingga ke hari ini belum lagi mengeluarkan kenyataan, jadi saya minta TG Nik Abdul Aziz, atau TG Abdul Hadi Awang atau Mat Sabu untuk memperjelaskan perbezaan antara negara berkebajikan PAS dengan negara kebajikan DAP, di mana DAP secara jelas ada kecenderungan kepada negara kebajikannya.
DAP tidak pernah mengertikan negara kebajikan itu adalah negara Islam, sebaliknya mereka hanya mengertikan negara kebajikan itu adalah negara sekular. Sedangkan PAS mengatakan negara kebajikan itu adalah negara Islam.
Apa komen Pas? Mana suara pemuda Pas, daripada sibuk hendak membuat demonstrasi di depan pejabat MCA, jawab soalan ini dahulu.
Wallaahua’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:
itu bukan cara jawab soalan…ufb macam tak ikut perkembangan jerk.. saya rasa, dari dulu hingga sekarang.. TGNA tak pernah ubah pendirian beliau tentang hudud, ataupun mengambil sikap diam diri bila karpal lawan hudud…..hakikatnya setiap kali karpal singh pertikai hudud, TGNA akan memberikan respon… tidak sepeerti UFB…yang diam seribu bahasa bila CSL komen tentang hudud…. Sudah lah UFB…… Kamu memberi pendapat yang menguntungkan UMNO…. Kamu Bukan pejuang UMNO tapi benteng kemungkaran UMNO….. Kenapa UFB tak bersungguh menegur cua soi lek bila dia menghina islam??? sebagai mana UFB sangat bersungguh menegur pemimpin pas tentang isu2 lain….. Apakah islam juga mengajar UFB juga harus taat pada Cua Soi Lek????
sEBENARNYA CARA PAS NAK MELAKSANAKAN HUDUD TU DARI AWAL LAGI DAH TAK KENA CARA.SEKARANG DAH JADI KACAU BILAU.DAP &MCA DAH BUAT KACAU SUSAH LA.SEBENARNYA PAS PATUT BINCANG DGN KERAJAAN SECARA HARMONI DAN BERHEMAH BUKAN DGN MEMPERLEKEHKAN MEREKA.NASI DAH JADI BUBUR……..
PAs “KOSONG” out . nampak sgt jelas khawarij PAS. moga PAS diberi hidayah. InsyAllah