Padan muka kena rogol – Nik Aziz
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan: Apa ulasan ustaz tentang komen Nik Aziz tentang aurat apabila beliau mengatakan padan muka kena rogol (kerana tidak menutup aurat)?
Jawapan:
Bismillah,
Saya melihat video tersebut berulang kali. Seingat saya -wallahua’lam- video tersebut sudah lama. Dibangkitkan ketika kempen aurat di Kelantan, ada pihak yang mengatakan ia merupakan satu pembaziran dan sebagainya.
Saya menyokong usaha Pas di Kelantan, usaha TG Nik Abdul Aziz dalam kempen aurat dan saya kira umat Islam perlu sokong dan tidak perlu kaitkan ia dengan pembaziran. Cuma kaedah dalam menjawab yang perlu diteliti.
Sebelum saya ceritakan kaedah dalam menjawab, mungkin kalau boleh satu nasihat saya kepada mereka yang mengatakan sedemikian, dikaitkan dengan Umno, wanita dan sebagainya, dalam isu aurat ini kita kena berhemah, sebab ia merupakan sebahagian daripada prinsip-prinsip dan pegangan Islam.
Soal pakaian menutup aurat atau tidak itu soal nombor dua, tetapi soal penerimaan hukum itu sebagai hukum syara’ yang ditentukan oleh Allah SWT jangan kamu melampaui batasannya. Tidak kira Umno mahupun Pas perlu ingat bahawa aurat adalah hukum Allah SWT.
Kedua, kaedah beliau menjawab bagi yang tidak menutup aurat dikaitkan dengan kebarangkalian akan dirogol dan kemudian beliau berkata “padan muka kena rogol”. Saya kira kenyataan seperti itu merupakan kenyataan yang tidak berhemah. Mengapa saya katakan tidak berhemah? Kerana bukan seperti itu cara nasihat Nabi SAW.
Nabi sendiri tidak pernah berkata kepada bapa saudara baginda yang meninggal dunia dalam agama Abdul Muthalib, bukan agama Islam. Abu Thalib meninggal bukan dalam agama Islam. Nabi tidak kata pada nmuka kepada Abu Thalib masuk neraka Jahannam. Nabi tidak sedemikian kepada Abu Jahal mahupun Abdullah bin Ubay walaupun Allah SWT menetapkan masuk neraka kepada mereka semua.
Jadi kita ada adab. Saya suka memetik ayat Al-Quran di dalam surah Al-Maaidah,
وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (surah Al-Maaidah, 5: 8)
Al-Imam Ibn Katsir berkata,
استعملوا العدل في كل أح دصديقاً كان أو عدواً
“Praktikkanlah keadilan itu untuk semua sama ada untuk teman atau kepada musuh.”
Dan ulasan Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah dalam hal dan peristiwa ini, beliau membawa peristiwa mutslah, iaitu mencincang mayat di dalam peperangan. Apabila berlaku peperangan di antara orang Islam danbukan Islam pada zaman Nabi SAW, orang-orang bukan Islam mencincang mayat orang Islam.
Tetapi bagi orang Islam, Nabi SAW melarang mencincang mayat bukan Islam. Mengapa Nabi melarangny aadalah kerana kembali kepada sikap berlaku adil, walaupun mereka membunuhwanita muslimah, walaupun mereka telah membunuh tentera-tentera Islam, tetapi Nabi tidak mengizinkan umat Islam mencincang mayat mereka.
Betapa indahnya Islam. Jadi kalau kita hendak sampaikan kepada orang tentang kempen menutup aurat, janganlah sampai katakan padan muka kena rogol.
Mungkin kita berhadapan dengan ramai juhala dan sebagainya, namun kita boleh berikan semangat kepada orang dan menasihati mereka bahawa kebarangkalian dirogol itu ada. Sebab berdasarkan kajian psikologi sendiri, sekiranya kita menampakkan bentuk tubuh badan, ia akanmemberi daya tarikan seksual bagi mata yang memandang. Mungkin itu yang cuba diterjemahkan oleh TG Nik Abdul Aziz, tetapi saya tidak bersetuju dengan cara dan kaedah beliau mengulas.
Walaupun ianya merupakan video yang lama, tetapi apabila dibangkitkan kembali ulasan tentangnya, saya kira kita semua perlu faham kaedah dalam memperbetulkan dan menegur. Dan bagi wanita MCA yang menegur hal yang seperti ini, kalian perlu faham; pertama, beliau bercakap kepada orang Islam. Kedua, saya sendiri tidak bersetuju dengan cara beliau mengulas isu tersebut. Jadi saya minta wanita MCA faham bahawa isu yang dibahaskanadalah isu yang berkaitan dengan Islam, bukan orang Islam hendak merogol orang bukan Islam kerana tidak memakai pakaian yang menutup aurat. A’udzubillah.
Wallaahua’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut: