Skip to content

Boleh tegur pemimpin terang-terangan. Bila & bagaimana caranya?

November 2, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Saya lihat di youtube forum di antara Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Wan Ji. Di hujung-hujung itu ustaz membuat kesimpulan bahawa ada cara tegur pemerintah secara terang-terangan dan juga secara sembunyi. Di sana Ustaz Fathul Bari menyebut secara sembunyi itu tidaklah mutlak, kedua-duanya ada. Saya kurang faham di situ, kalau kedua-duanya ada, bila masa kita boleh menegur pemerintah secara terang dan bila masa secara sembunyi.

Jawapan:

Bismillah,

Itu perbincangan atau diskusi ilmu dua tahun lepas, berkaitan dengan maqasid syar’iyyah dalam menasihati pemimpin.

Asal dalam menasihati pemimpin itu adalah secara sembunyi, walaubagaimana pun ia bukanlah hal yang mutlak. Kita perlu faham maksud sembunyi dan maksud terang-terangan.

Apabila pemimpin melakukan kemaksiatan contohnya sekarang dia sedang melakukan kemaksiatan di Sunway, kita tidak melihatnya tetapi kita dimaklumkan tentangnya. Maksud tersembuyi adalah kita berusaha untuk mencari dan bertemu dengannya, bersama-sama dengannya, bersendirian dengannya, memimpin tangannya dan sampaikan teguran kepadanya.

Adapun maksud terang-terangan ialah apabila kemungkaran itu berlaku di hadapan mata kita, kita melihatnya dan dia ada dihadapan kita. Pada ketika itu ia kembali kepada autoriti untuk kita bercakap (siapa kita).

Kalau kita bukan orang yang dihormati, atau keadaan dan masa tidak mengizinkan seperti di tengah orang ramai dan boleh mengaibkannya, maka tidak sesuai untuk kita menegurnya terang-terangan pada ketika itu.

Namun sekiranya kita adalah orang yang memiliki autoriti, orang yang apabila bersuara yang lain akan mendengar seperti yang berlaku pada zaman sahabat Nabi RA, teguran-teguran yang disampaikan secara langsung kepada pemimpin, teguran kepada Muawiyah bin Abi Sufyan, teguran Aisyah kepada Ali, teguran Muawiyah bin Abi Sufyan kepada Ali bin Abi Thalib yang dilakukan secara berhadapan dan secara langsung. Itu kaedah menegur secara terang-terangan.

Masalah yang kita salah faham pada hari ini, ramai yang menegur secara terang-terangan bukan di hadapan pemimpin, tetapi mereka menegur di surat khabar, di pentas-pentas ceramah, di blog, facebook dan sebagainya. Itu bukan teguran di hadapan pemimpin tetapi itu menegur di belakang pemimpin.

Teguran secara terang-terangan di zaman Nabi SA, sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’ut tabi’in adalah dilakukan secara langsung di hadapan pemimpin tersebut. Tetapi kita hari ini bagaimana? Semasa berada di hadapan pemimpin, salam cium tangan, ambil gambar, senyum, seronok, gembira. Setelah pemimpin itu pergi, lalu dia menulis artikel mengkritik, menyindir dan menjatuhkan pemimpin tersebut.

Apabila dikatakan tidak boleh menulis seperti itu, katanya kita mesti menegur kesalahan pemimpin secara terang-terangan. Kenapa semasa di hadapan pemimpin kamu tidak bercakap dan menegur kesalahannya? Adakah ini sikap yang benar dalam menegur kesalahan pemimpin?

Jadi itu maksud saya, menasihati secara sembunyi bukan secara mutlak, tetapi apabila kita tidak melihat kemungkaran berlaku di hadapan mata kita tetapi kita mengetahuinya melalui bukti-bukti yang sampai kepada kita, maka kita pergi bertemu dengannya.

Dan terang-terangan apabila kemungkaran itu berlaku di hadapan mata kita, maka di saat itu kita boleh menegurnya di hadapannya sekiranya kita ada autoriti untuk menegur dan memperbetulkan kesalahannya.

Wallaahu A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

 

One Comment
  1. i love this article.. mcm ni barulah negara aman..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: