Lompat ke isi kandungan
Tags

,

Shalat qasar dengan imam shalat tamam

November 3, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Bagaimana shalat qasar dengan imam yang shalat tamam?

Jawapan:

Syaikh Abdullah bin Shalih bin Fauzan Al-Fauzan memberikan beberapa perbahasan di dalam isu ini, antaranya;

Pendapat pertama, tidak perlu mengikut orang yang shalat tamam bagi orang yang bermusafir kerana orang yang bermusafir shalat qasar yakni 2 rakaat.

Pendapat kedua, afdhal shalat seperti orang yang bermuqim iaitu mengikut imam shalat tamam berdalilkan hadis Ibnu Abbas RA bila mana dia bermusafir, dia shalat di belakang imam dan dia pun mengikut seperti mana imam itu shalat tamam.

Pendapat ketiga, mengikut imam seperti biasa, tetapi apabila imam bangkit pada rakaat ketiga, makmum yang qasar tidak perlu bangun dan teruskan duduk setelah tasyahud dan tunggu sehingga imam selesai memberi salam dan mengikuti imam memberi salam.

Berlaku tiga pendapat atau kecenderungan ini adalah kerana hal ini tidak berlaku pada zaman Nabi SAW. Pada zaman Nabi SAW, apabila mereka ke tempat orang, mereka akan mengikut cara imam shalat.

Cuma berlaku pertembungan apabila ada riwayat mengatakan Nabi SAW apabila keluar bermusafir tidak pernah shalat melainkan 2 rakaat sahaja. Ini menunjukkan afdhal bagi orang yang bermusafir memendekkan shalat menjadi 2 rakaat.

Dari situ muncullah 3 pendapat seperti di atas. Walaubagaimana pun, bagi orang yang bermusafir, gugur kewajipan shalat jamaah bagi dirinya. Maka secara peribadi saya memilih pendapat pendapat pertama atau pendapat kedua.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

One Comment
  1. Abu Alhaya permalink

    Salam Ustaz, kalau kita pergi ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, yg mana lebih afdal….ikut Imam tamam atau kita qasar solat kita?JazakaALLAHu Khairan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: