Komen atas kenyataan Karpal Singh & Chua Soi Lek
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Soalan: Saya secara peribadi setelah melihat video itu melihat ada perbezaan antara kenyataan Soi Lek dan Karpal Singh. Maksudnya kesannya ke atas kedudukan agama Islam. Saya nampak perbezaannya. Apa pendapat ustaz?
Jawapan:
Bismillah,
Kalau kita lihat secara adil, di sana ada persamaan dan di sana ada perbezaan.
Persamaan antara Karpal Singh dan Chua Soi Lek kedua-duanya menyentuh sensitiviti umat Islam. Karpal Singh mengatakan langkah mayat aku dulu sebelum hendak melaksanakan hukum Islam manakala Chua Soi Lek mengatakan hudud tidak mampu mengawal jenayah sedia ada, jadi tidak mungkin kedua-duanya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam.
Perbezaannya pula saya melihat daripada beberapa sudut. Pertama, dari segi isi kandungan. Isi kandungan kenyataan Dato Chua Soi Lek ini saya lihat sangat naïf, kajiannya kurang menganalisa merujuk kepada bahan-bahan atau sumber agama Islam. Sebaliknya dia memilih bahan-bahan rujukan yang berkemungkinan dari internet atau sumber lain yang semestinya bukan bersumberkan kitab-kitab dan ilmuan-ilmuan Islam.
Mungkin juga dia melihat dari apa yang Pas bawa dan perjuangkan selama puluhan tahun selama ini sehinggakan beliau sendiri terjerat dan terbabit dengan perkataan hudud ala Pas. Jelas, saya melihat beliau kurang faham.
Berbeza dengan kenyataan Karpal Singh. Beliau secara jelas menyebut langkah mayat aku dulu. Beliau tidak pernah mengklasifikasikan hudud Pas, hudud Umno atau sebagainya, saya ragu apakah Karpal Singh faham atau tidak dengan hudud.
Kalau hendak bersangka baik, kita menganggap Karpal Singh faham tentang hudud, bererti ada penjelasan tentang hudud kepada Karpal Singh. Tetapi saya hairan, adakah kefahaman tersebut menyebabkan Karpal Singh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Mungkin juga Karpal Singh tidak faham.
Saya kira ungkapan “over my dead body” merupakan satu ungkapan yang mencabar umat Islam. Berbeza dengan kenyataan Chua Soi Lek yang mengatakan hudud tidak mampu mengawal jenayah.
Saya melihat isu ini dari sudut objektif kenyataan itu dibuat; iaitu untuk menunjukkan hudud tidak semestinya mampu mengawal jenayah. Manakala tujuan kenyataan Karpal adalah untuk menolak secara total. Saya tidak nampak Karpal membuat analisa pada isu rogol yang beliau bangkitkan, walaubagaimanapun kenyataan beliau saya kira salah dan bercanggahan dengan system perundangan Islam.
Jadi dari kenyataan Chua Soi Lek kita fahami bahawa beliau menolak hudud di mana disebut berulang kali oleh beliau sebelum ini menolak hudud ala Pas, adapun Karpal menolak hudud secara umum.
Itu persamaan dan perbezaan antara keduanya. Kalau dilihat kesimpulan secara keseluruhan, kedua-dua kenyataan ini menyentuh sensitiviti umat Islam dan tidak sepatutnya mereka berdua mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Kedua-dua kenyataan mereka adalah berat. Tetapi jika ditanya kenyataan mana yang ringan implikasinya, saya melihat kenyataan Chua Soi Lek lebih ringan implikasinya jika dibandingkan dengan kenyataan Karpal Singh kerana di sana ada unsur mencabar.
Saya kira umat Islam perlu lebih adil dalam menghukum. Bukan kerana mempertahankan Chua Soi Lek atau mengkritik Karpal Singh tetapi untuk mengajar kita menilai sesuatu dengan cara yang ilmiah tanpa ada kecenderungan dan tanpa ada bias.
Wallaahua’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:
chua sok lek n karpal singh dua2 kafir,kita dah tahu mereka itu kafir.so x perlu takut pada mereka.yg dok susah la ni orang islam sendiri,yg tu pun x mau ikut islam.macamana?ada yg kata hudud ni dari ahli fikah yg salah tafsir.