Skip to content

Ulama sertai Umno hanyut

November 6, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Ulama sertai Umno hanyut. Kenyataan yang dibuat ini saya kira terlalu umum dan ia memberi satu persepsi yang negatif. Sedangkan ini seolah-olah memberi hukuman kepada semua ilmuwan-ilmuwan agama yang berada di dalam Umno.

Ini perkataan yang sangat tidak adil. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (surah Al-Maaidah, 5: 8)

Maka orang yang mengeluarkan kenyataan yang seperti ini sewajarnya lebih adil dalam menghukum. Sewajarnya dia spesifikkan dalam bab apa dan siapa yang terlibat walaupun tidak dinyatakan nama tetapi dinyatakan permasalahan dan konflik yang berlaku, kerana keadilan itu lebih dekat dengan takwa.

Jadi saya mohon kepada orang yang mengeluarkan kenyataan seperti ini agar bertakwa kepada Allah SWT agar lebih adil dalam berhukum yang akhirnya membawa kepada ketakwaan.

Kalau dia katakan ulama dalam Umno hanyut, adakah ulama dalam Pas tidak hanyut? Bagaimana di dalam Pkr?

Bagaimana dengan ulama yang tidak ada di dalam mana-mana parti tetapi apabila dia berada di atas pentas parti tersebut dia menyokong parti tersebut, tapi apabila dia berada di atas pentas parti yang lain dia bercakap menyokong parti tersebut pula. Ini lebih teruk dan lebih parah.

Sumber: Media Umno

Advertisements
3 Komen
  1. Asri Juga permalink

    Sejak akhir2 ini y agak hairan dengan Dr. Asri.. beliau melihat UMNO sepertimana PAS menilai UMNO – yakni bukan dengan Ilmu tetapi dgn nafsu dendam. Kadangkala sy terfikir.. mungkingkah unsur2 fanatik PAS sudah meresap ke dalam jiwa Dr.Asri??

  2. usaini hj sulaiman permalink

    Telah lebih 2 tahun saya meninggalkan blog dr. asri kerana sikapnya kian hari kian meninggi diri. Artikel beliau di dalam akhbar utusan saya gunting setiap minggu, hampir menjadi sebuah buku, itu dulu… Bagaimanapun saya doakan agar dr, asri akan kembali seperti yg saya kenali dulu… InsyaAllah…

  3. kan bagus kalau ulama semua bersatu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: