Skip to content

Muslim menghadiri perayaan non-muslim

November 7, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Kita sebenarnya telah terlepas banyak tentang prinsip-prinsip dasar agama. Dalam isu-isu seperti meraikan perayaan non-muslim tidak kira sama ada Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Thaipusam dan sebagainya, ia termasuk dalam perbincangan yang serius di kalangan para ilmuwan dan agamawan Islam.

Telah menjadi kesepakatan dan tidak ada khilaf di kalangan ulama keempat-empat mazhab sama ada Hanafiyah, Malikiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah bahawa sesungguhnya menghadiri majlis-majlis sambutan perayaan non-muslim yang wujud di sana kepercayaan dan akidah tertentu merupakan perbuatan yang haram.

Bahkan lebih tegas lagi dinukilkan daripada beberapa ilmuwan dalam mazhab Hanafi, bahawa sesiapa yang tetap meneruskan setelah dia mengetahui kebenaran maka jatuh kufur, a’udzubillaah.

Mungkin teman-teman atau sahabat kita yang pergi ke sambutan perayaan non-muslim melihat bahawasanya ia bergantung kepada niat. Niat mereka bukan untuk bersetuju dengan akidah non-muslim, mereka pergi sebagai pemimpin, kawan, atau sebagainya. Itu hujah yang selalu digunakan. Tetapi Nabi SAW apabila tiba di Madinah Al-Munawwarah dan melihat kaum Aus dan Khazraj yang pada ketika itu telah menjadi Anshar, Nabi melihat mereka masih lagi menyambut dua perayaan yang masyhur yang diraikan oleh nenek moyang mereka, di mana perayaan itu telah menjadi adat dan tradisi mereka. Kata Nabi SAW, sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan kepada kamu dua perayaan yang lebih baik dan lebih mulia daripada dua perayaan tersebut iaitu Al-Adha dan Al-Fithr.

Kalau kita lihat dalam hadis-hadis Nabi SAW, baginda turut mempunyai hubungan dengan non-muslim, Nabi menziarahi mereka ketika mereka sakit, Nabi berurusniaga dan bermuamalah dengan mereka, itu semua tidak ada masalah. Mereka bebas beragama dengan agama mereka dan Nabi tidak pernah memaki hamun Tuhan mereka. Bahkan Allah SWT melarangnya di dalam Al-Quran.

Jadi kita bertanggungjawab untuk memberi faham kepada non-muslim, bahawasanya kita tidak hadir ke perayaan mereka adalah kerana prinsip agama, bukan kerana kita memusuhi atau ekstrim, tetapi kita berpegang dengan prinsip agama kita.

Seperti mana mereka hendak memasuki tempat peribadatan kita, ada prinsip dan etika dalam menjaga adab dan sebagainya. Begitu juga apabila kita masuk ke tempat ibadat mereka, ada garis panduan dan etika yang perlu dijaga.

Kalau agama mereka membolehkan mereka mendatangi perayaan agama kita yang di dalamnya ada kepercayaan bahawa kedua hari raya kita adalah hari yang mulia, maka terpulang untuk mereka ikut turut serta bersama-sama dalam perayaan kita. Tetapi kita tidak boleh menghadiri perayaan agama mereka sebab ia dilarang dalam prinsip agama.

Ini yang disebut oleh Umar Al-Khatthab RA di dalam atsar yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dan Abdurrazzaq dalam mushannafnya,

Terjemahannya: “Jangan sama sekali kamu menghadiri majlis perayaan golongan-golongan kafir di dalam gereja-gereja mereka, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla akan menurunkan kemurkaan-Nya ke atas kalian.”

Jadi kita perlu berhati-hati dalam isu seperti ini, tidak kira siapa pun kita.

Kenapa orang tidak bercakap tentang isu ini? Sebab pemimpin-pemimpin parti masing-masing pergi menghadiri sambutan perayaan non-muslim, sebab itu masing-masing tidak bercakap. Kalau pemimpin satu parti pergi dan pemimpin parti satu lagi tidak pergi, pasti riuh orang bercakap. Itulah cerita politik, manusia bercakap untuk menghentam orang yang tidak sama fahaman politik dengannya.

Sedangkan isu ini adalah salah satu daripada prinsip dasar Islam, bahkan lebih besar dan lebih serius daripada isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Isu ini bukan isu yang remeh. Kalau ahli ilmu dari keempat-empat mazhab telah bersepakat tentang pengharamannya, maka kita perlu lebih berhati-hati dari terlibat dengannya.

Maka saya menyeru pada perayaan non-muslim yang akan datang, janganlah kita ikut bersama merayakannya, berilah peluang kepada non-muslim sahaja yang merayakan perayaan mereka.

Kesalahan orang yang ada ilmu lebih teruk daripada kesalahan yang dibuat oleh orang yang tidak ada ilmu. Jadi kita perlu saling nasihat menasihati antara satu sama lain, bukan hanya menegur kesalahan parti lawan dan apabila kesalahan dibuat oleh parti sendiri lalu kita mendiamkannya.

Benda yang bercanggah dengan syara’ harus dibetulkan, namun di sana ada kaedah-kaedah dan adab-adab dalam kita menegur dan memperbetulkan kesalahan pemimpin. Adapun membaca dan menyampaikan hukum adalah wajib. Hukum wajib disebut, tetapi mengaitkan hukum dengan orang-orang tertentu, itu termasuk dalam perbahasan yang lain. Tanggungjawab kita adalah membaca dan menjelaskan hukum, adapun menghukum individu bukan kerja kita.

Wallaahua’lam.

Sumber: Teks disediakan berdasarkan rakaman video Abu Aqif Studio

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

2 Komen
  1. nur permalink

    As slm, bagaimana pula keluarga mertua non-muslim, mereka menjumput kita ke rumah untuk perayaan, harus kah kita pergi?

  2. akn permalink

    macam mana dengan Dato Seri Najib yang datang untuk majlis makan malam sempena tahun baru cina baru2 ini….di pulau pinang walaupun itu majlis besar yg mana semua org boleh datang dgn adanya makanan ada bukan masyarakat cina punya dan ada isang…….apa hukumnya, ustaz?? rasanya ustaz tahu berita ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: