Skip to content

Kenyataan Nurul Izzah buka ruang untuk melayu murtad

November 8, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Boleh ustaz ulas sedikit tentang ucapan seorang YB di dalam sebuah gereja yang mengatakan kebebasan mutlak untuk semua agama termasuk bangsa melayu. Bukankah ini satu kaedah ataupun membuka ruang untuk orang murtad di Malaysia.

Jawapan:

Bismillah,

Sebenarnya kenyataan beliau itu panjang dan apabila diteliti balik beliau ada memetik mufti Al-Azhar dalam isu dan hal ini, di mana beliau sendiri telah menjelaskan tentang pengertian ijtihad di dalam ucapan beliau, beliau menyebut secara jelas mengaitkan ijtihad itu dengan waqi’ iaitu suasana, persekitaran, keadaan semasa. Jadi untuk mengeluarkan sesuatu fakta atau ijtihad perlu ada hubungkaitnya dengan semasa.

Maka beliau juga seharusnya ketika hendak bercakap tentang isu kebebasan beragama dalam negara ini beliau perlu melihat kepada waqi’ atau keadaan semasa dalam negara ini.

Keadaan semasa di negara ini, manifesto Pakatan Rakyat sendiri mempertahankan perlembagaan persekutuan yang termaktub di dalamnya bahawa melayu itu beragama Islam. Namun beliau menyatakan bahawasanya seolah-olah wujud di sana diskriminasi antara melayu dan bukan melayu. Orang bukan melayu diberi kebebasan memilih agama sedangkan melayu tidak.

Saya kira beliau kurang faham dan jahil dalam memahami tafsiran firman Allah SWT ,

لا إكراه في الدين

“Tidak ada paksaan dalam beragama.”

Ayat ini sebenarnya diturunkan kepada non-Muslim. Bukan kepada orang yang beragama Islam atau yang dilahirkan dalam keadaan beragama Islam. Tafsiran ayat ini seperti mana yang dijelaskan oleh Ibnu Abbas RA dalam tafsir Ibnu Katsir; seorang lelaki dari kalangan bangsa Anshar mengadu kepada Nabi SAW untuk memaksa kedua-dua anaknya yang beragama Kristian memeluk Islam, maka turun firman Allah “Tidak ada paksaan dalam beragama.”

Jelas ayat ini dikhususkan untuk orang kafir. Kita tidak berhak untuk memaksa mereka berpegang dengan agama kita. Tidak ada hak untuk kita memaksa mereka memeluk Islam.

Tetapi untuk orang Islam pula bagaimana? Mengapa kita tiba-tiba hendak membuka ruang kepada orang Islam untuk keluar daripada agama?

Kenyataan itu membawa implikasi sebegitu. Yang difahami daripada perkataan tersebut adalah membuka ruang kepada orang muslim keluar daripada agama.

Saya kira sahabat-sahabat dari parti Islam perlu bersuara kerana mereka sudah berapa lama memperjuangkan untuk menegakkan hukum Islam, dan jika kita lihat salah satu daripada hukum-hukum had (hudud) adalah hukum hudud bagi orang yang murtad, iaitu bunuh bagi orang Islam yang hendak keluar daripada Islam.

Jadi apa gunanya hukum hudud sekiranya kenyataan ini disebarkan dan dijadikan salah satu daripada manifesto Pakatan Rakyat. Seolah-olah berlaku kontradiksi yang jelas kerana mereka mengeluarkan kenyataan untuk memberikan kebebasan yang sama kepada melayu untuk memilih agama. Bererti terpulang kepada orang Islam untuk keluar daripada agamanya, tidak lagi terikat kepada undang-undang sebab dia berhak untuk memilih agamanya.

Islam tidak mengajar sedemikian rupa. Siapa memeluk agama Islam maka dia terikat dengan undang-undang Islam.

Namun kita tidak nafikan beliau telah memberikan penjelasan kedua terhadap kenyataan beliau di mana beliau menyatakan bahawasanya orang Islam yang memeluk Islam ada keterikatan dengan syariat Islam. Ini satu kenyataan yang baik, tetapi beliau perlu perbetulkan kenyataannya sebab kenyataan itu sangat jelas kesalahannya di mana beliau mengatakan bahawasanya berlaku diskriminasi antara melayu dan bukan melayu di mana orang melayu tidak bebas beragama dengan mana-mana agama sedangkan bukan melayu bebas beragama dengan mana-mana agama.

Kita sewajarnya bersyukur kepada Allah kerana di situlah merupakan ruang dan peluang untuk memastikan orang melayu terus berpegang dengan agama Islam, dalam konteks negara ini. Saya tidak bercakap tentang negara lain, tetapi saya bercakap tentang Malaysia yang dulu dikenali sebagai tanah melayu.

Wallaahu A’lam.

Disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xBNJ_fyhyw0

From → Akidah & Manhaj

4 Komen
  1. Hardcore permalink

    Penjelasan diatas sgt jelas, tidak dinafikan.
    Masalahnya Melayu – Bangsa, Islam – Agama, adakah wujud persamaan Melayu=Umno=Islam?
    Adakah melayu yg tidak beramal dengan berlandaskan syarak = Islam?

    • hope permalink

      jd mari lah kt bersama sama ngajak mrk ke arah islam🙂 di indonesia, org yg mabuk kaki clubbing semua, boleh kembali ke landasan yang betul. tp nak ngajak dgn cara yg sgt lembut….
      kt patut nyer bersatu….. bukan berpecah belah..
      dn we shud not judge people…

  2. usaini bin haji sulaiman permalink

    Assalamu’alaikum ustaz…. Tidak ramai orang berani bersetuju bahawa kenyataan nurul izah sangat bahaya kpd orang Melayu serta berbaur hasutan… tetapi ramai orang bersetuju nurul izah telah membuat kenyataan yng membuka RUANG kpd orang bukan Islam untuk menghina orang Melayu serta mempersoalkan mengapa orang Melayu tidak boleh bebas beragama…

    Saya telah membaca Surah Al Baqarah ayat 256 dan faham akan maksud terjemahannya.. tetapi setelah membaca ayat 257… saya kira kenyataan nurul izah itu termasuk di dalam orang yg berada di dalam golongan ini… Saya kira ayat 256 wajib dibaca bersama ayat 257. Saya tidak layak membuat tafsiran… oleh itu mohon tafsiran dan penjelasan dari ustaz

  3. arzlee abdul rahman permalink

    Slm ustaz,

    Ayat itu jelas tak tertulis utk bukan Muslim. Ia utk semua.

    Cerita mengenai sebab turun ayat tersebut tak ada asas dalam ayat2 Allah.

    “Tiada Paksaan Dlm Agama” 2:256

    Jgn lah kita terlalu ikut akal mrk sampai pengertiannya jadi “Ada Paksaan Dlm Agama”.

    Ikhlas,
    Arzlee
    arzlee@yahoo.com

    012 320 9632

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: