Skip to content

Teks Al-Quran bercanggah dengan akal?

November 9, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya

Soalan: YB yang sama ketika berucap di dalam gereja membuat kenyataan berbunyi, jika akal mendahului teks, maka teks harus diterjemahkan semula.

Jawapan:

Untuk isu yang berkaitan dengan akal bertembung dengan teks, saya tidak pasti teks mana yang dia maksudkan. Saya tidak mahu melontarkan persepsi, jadi saya akan mengulas daripada dua sudut.

Berkemungkinan dia mengulas tentang teks Bible. Jika itu yang dimaksudkan, saya serahkan hal itu kepada paderi untuk mengulas. Tetapi sekiranya yang dia maksudkan itu adalah teks Al-Quran, di sana ada dua isu;

Pertama, orang yang mengatakan teks Al-Quran bercanggah dengan akalnya, lihat bagaimana autoriti orang yang berkata. Orang yang tidak sekolah mungkin apabila dia membuka Al-Quran dia mengatakan teks Al-Quran itu bercanggah dengan akalnya. Adakah orang ini layak mentafsir dan menterjemahkan semula Al-Quran?

Kedua, orang yang benar-benar ada autoriti iaitu di kalangan ulama-ulama Islam. Tetapi sejak dahulu hingga ke hari ini, tidak ada seorang pun di kalangan ulama-ulama Islam Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang mengatakan bahawasanya sekiranya  teks Al-Quran bercanggah dengan akal maka akal didahulukan, dan tidak ada seorang pun juga yang mengatakan teks tersebut perlu diterjemahkan semula untuk disesuaikan dengan akal manusia. Tidak sama sekali.

Allah telah menyebut hal ini di dalam Al-Quran,

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (surah Al-Jatsiyah, 45: 23)

Mereka menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan, yakni mereka membuat pilihan menurut kehendak mereka. Kalau mereka lihat teks Al-Quran itu tidak sesuai dengan logik mereka, mereka mentafsirkannya semula. Maknanya Al-Quran ini terdedah dengan tafsiran yang pelbagai mengikut sesuka hati manusia.

Islam tidak mengajar sedemikian. Sebenarnya pembawa dan pengasas kepada ideologi ini adalah mu’tazilah. Mu’tazilah berasal dari perkataan i’tizal. Ideologi ini diasaskan pada zaman tabi’in iaitu pada zaman Hasan Al-Bashri. Pada masa itu seorang muridnya Wasil bin ‘Atha menafsirkan ayat Al-Quran dan hadis Nabi dengan akalnya.

Prinsip mu’tazilah adalah untuk mengatakan sesuatu itu baik atau buruk adalah akal. Tetapi perkataan mereka sebenarnya telah ditempelak oleh Ali bin Abi Thalib RA ketika beliau mengatakan tentang sunnah menyapu di atas khuf ketika berwudhuk,

لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْىِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلاَهُ وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ

Terjemahan: “Seandainya agama itu dengan akal, nescaya bahagian bawah khuf lebih layak disapu daripada bahagian atasnya. Namun sungguh aku sendiri telah melihat Rasulullah SAW menyapu bahagian atas khufnya.” (riwayat Abu Dawud no. 162. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Jika diikut logik akal, bahagian tapak kasut itu yang kotor dan patut disapu, tetapi kata Ali bin Abi Thalib, Nabi mengajar kita menyapu di bahagian atas.

Ini menunjukkan bahawa agama tidak boleh diserahkan kepada akal untuk menentukannya secara mutlak. Agama berasaskan wahyu. Jadi kalau teks agama bercanggah dengan akalmu, sebenarnya akalmu itu yang tidak sihat. Agama tetap berada di tempat yang tertinggi.

Kamu yang tidak faham, bukan agama yang salah. Rujuklah kepada ulama-ulama yang mu’tabar, bukan menjadikan akal dan hawa nafsumu sebagai tuhan, matlamat, dan objektif sedangkan agama diketepikan malah diselewengkan berdasarkan kemahuan dan kehendakmu.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

From → Akidah & Manhaj

2 Komen
  1. usaini haji sulaiman haji sulaiman permalink

    Assalamu’alaikum Ustaz… yg terbaik… saya suka kisah Ali bin Abi Thalib RA…

    ________________________________

  2. arzlee abdul rahman permalink

    Slm ustaz,

    Setuju tu, sepatutnya Quran didahulukan.

    Tapi masalahnya, mengapa ulama2 muktabar tak ikut Quran, lebih ikut akal mrk.

    Contohnya “Tiada Paksaan Dlm Agama” 2:256

    Bila ulama2 buat tafsir, mrk ikut akal mrk sampai pengertiannya jadi “Ada Paksaan Dlm Agama”.

    Apa padangan ustaz?

    Arzlee
    arzlee@yahoo.com

    012 320 9632

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: