Skip to content

Demokrasi tidak boleh disamakan dengan syura – Menjawab Mujahid Yusof Rawa

November 10, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Seorang tokoh berucap di dalam gereja di Petaling Jaya, dia menggunakan ayat 159 surah Ali Imran dengan dia menafsir ayat itu menolak autokrasi dan mengiktiraf demokrasi. Apa komen ustaz?

Jawapan:

Bismillah, was shalatu wassalamu ‘ala Rasulillah wa ‘ala aalihi wa shahbihi wa man waalah, ‘amma ba’d,

Ayat 159 surah Ali Imran,

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ

“Maka dengan rahmat dari Allah-lah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (surah Ali Imran, 3:159)

Kalau kita merujuk kepada penafsiran-penafsiran Al-Quran yang muktabar, antaranya tafsir Ath-Thabari, Al-Qurthubi, Ibnu Katsir dan tafsiran yang lain, tidak ada seorang ulama pun yang menyentuh atau mengaitkan ayat ini dengan demokrasi.

Sebaliknya apa yang ditimbulkan dalam ayat ini adalah berkaitan dengan syura. Jadi saya menafikan dan membantah kenyataan tokoh dalam gereja tersebut yang mengaitkan ayat ini dengan demokrasi. Sebaliknya ayat ini berkaitan dengan sistem syura.

Kemungkinan tokoh ini terpengaruh dengan tafsiran syura itu ada kaitan dan persamaan dengan demokrasi. Kiasan demokrasi dengan syura. Kita pergi satu per satu secara ringkas dan umum.

Demokrasi kalau ditafsirkan menurut Oxford Dictionary menafsirkan demokrasi ada hubungkait dengan majoriti. Adapun sistem syura tidak terikat dengan majoriti.

Kalau dikatakan ayat yang dibacakan tadi ada kaitan dengan demokrasi yakni berbalik kepada suara majoriti dan pilihan ramai, bagaimana dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-An’aam ayat 116,

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (surah Al-An’am, 6: 116)

Maka dalam Islam, majoriti bukan dalil untuk memastikan sesuatu itu benar ataupun tidak. Jadi untuk mengatakan demokrasi itu sistem Islam di mana asasnya adalah majoriti, ia berbeza secara total dengan sistem syura. Sistem syura bergantung kepada hujah dan kebenaran berasaskan nas-nas syar’i.

Sebab itu apabila Allah SWT berfirman, وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ bermesyuaratlah dengan mereka, dan disusuli dengan firmannya dalam ayat yang sama,

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Dan apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah SWT.”

Ini menunjukkan hubungkait keputusan itu dengan tawakkal kepada Allah SWT, berbeza dengan demokrasi yang menyerahkan secara mutlak kepada suara majoriti.

Dan satu lagi perkara penting dalam perbezaan antara demokrasi dan syura, syura meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempat yang tertinggi, manakala demokrasi meletakkan suara majoriti sebagai hujah dan keputusan yang muktamad.

Mengaitkan sistem syura dengan kata Ibn Mas’ud RA,

الْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَإِنْ كُنْتَ وَحْدَك

“Al-Jama’ah adalah apa yang menepati kebenaran walaupun engkau bersendirian.”

Maka sistem syura sebenarnya bergantung kepada kebenaran dan kebaikan dilihat dari kaca mata Islam, berbeza dengan demokrasi yang bergantung pada suara majoriti semata-mata.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: