Skip to content
Tags

Hijrah Nabi kerana dihalau atau perintah Allah?

November 11, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Tadi ustaz ada bercerita tentang hijrah. Bagaimanakah Nabi dihalau dari Makkah? Bolehkah ustaz terangkan sedikit kerana saya kurang jelas adakah peristiwa hijrah itu berlaku kerana Nabi dihalau ataupun memang perintah Allah SWT.

Jawapan:

Apa yang saya ceritakan tadi adalah ujian yang Nabi hadapi walaupun hijrah itu sebenarnya adalah arahan dan perintah daripada Allah SWT. Kalau kita lihat di dalam sejarah bagaimana sahabat Nabi SAW; Khabbab ibn Al Arat yang tubuh badannya dipenuhi luka-luka datang bertemu Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW,

ألا تستنصر لنا ، ألا تدعو الله لنا ؟

Maksudnya: “Tidakkah engkau memohon pertolongan daripada Allah untuk kami, tidakkah engkau berdoa untuk kami?” (riwayat Al Bukhari)

Bilal Ibn Rabah disiksa, keluarga Yasir dibunuh, apa tujuan golongan kuffar ini menekan Nabi SAW? Kerana mereka tidak mahu Nabi SAW berada di situ, mereka tidak menginginkan Nabi SAW.

Apa yang saya ceritakan tadi ialah dugaan yang Nabi hadapi kerana ingin mempertahankan wahyu. Allah memerintahkan Nabi SAW berhijrah juga untuk mempertahankan wahyu.

Saya cuba samakan dengan realiti kita pada hari ini. Dulu betapa susah payahnya perjuangan itu sehingga Bilal sanggup dihempapkan batu di atas dadanya, keluarga Yasir sanggup mati, Khabbab Ibn Al Arat sanggup disiksa semata-mata untuk memastikan wahyu sampai kepada kita.

Sekarang ini wahyu sudah ada di depan kita, mengapa kita tidak mengambil manfaat daripadanya? Itu apa yang saya hendak cerita. Sedangkan asalnya hijrah itu memang arahan daripada Allah SWT.

Nabi SAW dibenci dan tidak disukai oleh masyarakat Arab Jahiliyah pada ketika itu hanya kerana Muhammad itu membawa ajaran Islam. Itu sebabnya mereka tidak mahu Nabi.

Sedangkan jika diperhatikan sejarah Nabi, Allah membina karakter Nabi SAW sebelum baginda dilantik menjadi Nabi dan rasul dengan menetapkan Nabi sebagai seorang yang bersifat amanah, dipercayai, dihormati, menyelesaikan permasalahan orang, mudah membantu orang, baik, tidak pernah berbohong menyebabkan orang-orang kafir ini tidak ada alasan apabila Nabi mengatakan dirinya adalah utusan Allah, mereka tidak mampu membangkangnya, sehingga apa yang mereka mampu katakan adalah Muhammad penyair yang gila.

Sehingga datang seorang lelaki (bomoh) yang bernama Dhimad Al Azdi kepada Nabi SAW yang pada masa itu memang terkenal dengan peribadinya yang mulia, beliau datang kepada Nabi untuk mengubatinya, seperti yang direkod oleh Imam Muslim.

Beliau menyuruh Nabi membaca apa yang selalu dibacanya. Lalu Nabi pun membaca,

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, ومِن سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

أَمَّا بَعْدُ

Maksudnya: “Sesungguhnya segala puji itu hanya bagi Allah, kami memujinya dan kami meminta pertolongan hanya daripada-Nya, dan kami memohon pengampunan hanya daripada-Nya. Dan kami berlindung dengan-Nya daripada keburukan diri kami dan keburukan amal perbuatan kami. Siapa yang Allah berikan petunjuk kepada mereka maka tiada yang dapat menyesatkannya, dan siapa yang Allah sesatkan maka tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Dan aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.”

Dhimad Al Azdi, bomoh hebat yang ingin mengubati Nabi itu terdiam seraya berkata,

والله سمعت قول الشعراء وسمعت قول الكهان فما سمعت بمثل هؤلاء الكلمات، أبايعك على الإسلام

Maksudnya: “Demi Allah, aku telah mendengar perkataan penyair-penyair, aku telah mendengar perkataan bomoh dan dukun, akan tetapi aku tidak pernah mendengar perkataan yang seperti ini. Aku terima untuk taat setia atas Islam.”

Dahsyatnya Nabi SAW. Orang kafir tidak ada alasan lagi. Apa yang mereka boleh buat, mereka menawarkan macam-macam seperti dalam surah Al Kaafirun; mereka menawarkan bulan ini kamu menyembah tuhan kami, bulan depan kami akan sembah tuhan kamu pula. Kemudian mereka menawarkan harta benda dan sebagainya, maka Nabi membacakan surah Al Kaafirun, “Bagimu agamamu, bagi kami agama kami.”

Mereka tidak mahu menerima Nabi sehingga ada usaha hendak membunuh Nabi. Bukankah itu bersifat untuk mengusir Nabi SAW daripada masyarakat arab?

Sebab itu ulama membahaskan mengapa di dalam Al Quran terdapat surah-surah yang dimulakan dengan huruf-huruf yang terputus seperti Alif Laam Meem, Alif Laam Raa, Yaa Seen, Thaa Haa, dan sebagainya, sedangkan maknanya tidak diketahui, hanya diketahui oleh Allah SWT.

Kata para ahli ilmu, antara sebabnya adalah untuk menarik perhatian, kerana jahatnya orang kafir ini, mereka tidak boleh mengatakan Muhammad berbohong kerana mereka sendiri telah mengakui dan memberi pengiktirafan bahawa Muhammad adalah orang yang jujur dan bercakap benar sebelum dilantik menjadi Nabi dan rasul lagi.

Jadi mereka sengaja membuat bunyi bising, tidak mahu mendengar apa yang Nabi katakan. Tetapi apabila Nabi menyebut “Alif Laam Raa.” Mereka pelik dan semuanya memberi tumpuan kerana apa yang disebut itu sesuatu yang asing dan tidak difahami.

Mereka benar-benar membenci Nabi SAW sehingga akhirnya Nabi mengambil pendekatan keluar (berhijrah).

Wallahu-A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=itTr7IYHAIA&feature=plcp

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

One Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: