Skip to content

Benarkah dakwaan demokrasi sebaik-baik dasar untuk menegakkan keadilan?

November 12, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Tokoh yang sama juga (Mujahid Yusof Rawa) menggunakan ayat 8 surah Al-Maaidah dan dia menafsirkan bahawa demokrasi adalah sebaik-baik dasar dalam menegakkan keadilan.

Jawapan:

Sekarang ini ramai di kalangan manusia keliru dengan terjemahan atau tafsiran adil dari kacamata Islam. Apa maksud adil dari kaca mata Islam? Saya berikan contoh yang mudah iaitu adil dari kacamata Islam jika seseorang itu murtad dalam hukum hudud, di mana menjadi kewajipan umat Islam untuk mengimani dan menerimanya, dan ia juga yang dibangkitkan oleh Pas. Antara hukum hudud adalah berkaitan dengan murtad. Murtad iaitu keluar daripada Islam, hukumannya adalah bunuh.

Maka adil dari sudut Islam bagi orang yang murtad adalah bunuh. Adil dari sudut Islam adalah elakkan dari fitnah. Adil dari sudut Islam adalah menjaga akhlak. Adil dari sudut Islam adalah menolak liberal, plural, dan LGBT. Adil dari sudut Islam adalah bersifat ihsan pada semua perkara.

Jadi keadilan di sisi Islam berbeza dengan keadilan yang cuba diterjemahkan oleh barat. Adakah kita hendak mengatakan Amerika sebuah negara yang adil? Adakah kita hendak terjemahkan bahawa negara yang adil adalah negara yang memberi kebebasan kepada rakyatnya, buatlah apa nak buat.

Adil di dalam Islam juga membawa erti mengawal daripada kita berkata sesuatu yang tidak baik, yang tidak benar, fitnah, maki hamun, cerca, mengumpat. Itu adil dari sudut Islam. Apabila orang melarang kita daripada melakukan kemungkaran, itu adil namanya. Apabila orang menegur kita daripada melakukan politik fitnah, itu adil namanya. Jadi berbeza tafsiran adil di sisi Islam dengan tafsiran adil di sisi barat.

Oleh kerana itu apabila hendak mentafsirkan ayat Al-Quran, rujuklah tafsiran daripada kalangan ulama-ulama Islam. Masalah timbul apabila kita merujuk kepada tafsiran-tafsiran barat dan penjelasan-penjelasan barat kemudian kita paksakan umat Islam untuk menerima tafsiran tersebut. Sedangkan kita telah ada ulama-ulama Islam, mufassir-mufassir Islam yang jelas meletakkan Islam di hadapan, meletakkan kepentingan Islam di hadapan.

Firman Allah SWT di dalam ayat ke-8 surah Al-Maaidah tadi, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu bangkit mempertahankan agama Allah dengan cara yang adil. Dan jangan kerana jenayah sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil ke atasnya. Berlaku adillah, sesugguhnya keadilan itu lebih dekat dengan takwa.”

Ayat ini jelas menyatakan keadilan dari sudut Islam ada kaitannya dengan takwa. Takwa adalah takut kepada Allah SWT. Jadi kita kena bezakan keadilan yang dibawa oleh barat dan diterjemahkan ke dalam negara Islam dengan keadilan yang dibawa oleh Allah dan rasul.

Masalah manusia pada hari ini adalah mereka keliru sehingga mereka membawakan terjemahan adil itu secara lebih luas dan tidak ada batasan. Adil menurut akal mereka dan bukan adil menurut wahyu. Sebab itu apabila Al-Hasan Al-Bashri menasihati Umar bin Abdul Aziz melalui suratnya kepada Umar bin Abdul Aziz, dia berkata,

والإمام العادل يا أمير المؤمنين, هو القائم بين الله وبين عباده, يسمع كلام الله, ويسمعهم

Terjemahan: “Imam yang adil itu wahai Amirul Mukminin adalah yang menjadi perantara di antara Allah dan hamba-Nya, dia mendengar Kalam Allah dan dia menyampaikannya..”

Itu ciri-ciri pemimpin yang adil, dia menyampaikan kalam Allah, bukan menyampaikan ideologi dan pemikiran barat, bukan dia membawa pemikiran liberal dan plural masuk ke dalam negara kita, bukan juga menjadi pendokong dan penyokong LGBT, membawa politik fitnah, persepsi dan seumpamanya.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: