Skip to content

Masih Ada Lagikah Hijrah

November 15, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Sabda Nabi SAW,

وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ

Terjemahan: “Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah.” (riwayat Bukhari no. 10 dan Muslim no. 40, dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash RA)

Topik hijrah telah kita bahaskan sebelum ini dalam hadis innamal a’maalu bin-niyyaat. Hijrah dalam bahasa arab bermaksud,

الهجرة هي الترك

Terjemahan: “Hijrah adalah tinggalkan.”

Sebab itu di dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda,

لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ: يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ

Terjemahan: “Tidak halal bagi seorang muslim memulaukan saudaranya lebih dari tiga hari, keduanya bertemu tetapi saling memalingkan muka. Dan yang terbaik dari keduanya adalah yang memulai mengucapkan salam.” (riwayat Al-Bukhari no. 6077 dan Muslim no. 2560 dari Abu Ayyub al-Anshari RA)

Nabi SAW menggunakan perkataan “yahjur” yang berasal dari perkataan “hajara” yang bererti memulaukan iaitu meninggalkan. Semua itu adalah asal maksud “hajar” di dalam bahasa arab. Dan kalau kita pindahkan istilah ini ke dalam pengertian menurut syariat, hijrah itu adalah meninggalkan negara kufur dan pergi ke negara Islam.

Adapun asal sejarah hijrah ini adalah meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Nabi menyebut di dalam hadis,

لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ

Terjemahan: “Tidak ada lagi (tidak boleh) hijrah selepas pembukaan kota Makkah.” (riwayat Al-Bukhari No. 2783 kitab al-Jihad wa as-siyar dan Muslim No. 1864 kitab al-Imaarah)

Maka sekarang ini ada atau tidak hijrah? Hijrah yang Nabi SAW sebutkan sebagai tidak boleh lagi berhijrah sebenarnya merujuk kepada zaman Nabi dan zaman para sahabat RA secara khusus. Itu hijrah yang asal.

Adapun sekarang ini, umat Islam dibenarkan melakukan hijrah sebab berdalilkan hadis Nabi SAW yang lain,

لاَ تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ حَتَّى تَنْقَطِعَ التَّوْبَةُ وَلاَ تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Terjemahan: “Tidak terputusnya hijrah sehingga terputusnya taubat, dan tidak terputusnya taubat itu sehingga terbitnya matahari dari barat.” (riwayat Abu Dawud No. 2479 kitab Al-Jihad dan Ahmad dalam Musnadnya, serta di Shahihil Jami’ no. 7469)

Apa yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam hadis di atas adalah bahawa hijrah tidak akan terputus sehingga hari kiamat. Jadi kita perlu melihat pada keseluruhan teks hadis. Kalau kita hanya melihat satu hadis yang pertama tadi sahaja, seolah-olah yang dapat difahami adalah tidak ada lagi hijrah.

Hijrah yang paling utama

Ulama membandingkan dan membahaskan tentang hijrah yang kedudukannya paling tinggi, iaitu sudah semestinya hijrah Nabi dan para sahabah RA. Dari situ para ulama contohnya Syaikh Al-Albani pernah mengeluarkan fatwa yang memang fatwanya dikritik oleh ulama-ulama kontemporari dari sudut berkenaan rakyat Palestin.

Ketika beliau ditanya tentang rakyat Palestin, beliau mengatakan bahawa dianjurkan kepada mereka untuk berhijrah, yakni meninggalkan negara mereka dan pergi ke mana-mana tempat. Apa sebab beliau mengeluarkan fatwa seperti ini? Orang yang mengkritik tidak melihat kepada sebabnya tetapi mereka melihat hanya pada fatwa itu semata-mata.

Zaman dulu pada tahun 80-an, 70-an, umat Islam menggunakan apa untuk melawan Israel? Lastik dan batu. Seketul batu terkena tentera yahudi, tentera yahudi membalas mereka dengan bom dan mati beratus-ratus orang. Bahkan setiap hari golongan yahudi masuk ke kawasan Muslimin untuk menindas orang Islam.

Maka seorang ulama seperti Syaikh Al-Albani dalam mengeluarkan fatwa dia melihat dan menimbang antara maslahah dan mafsadah. Kita di sini memang mudah bercakap “kita perlu berjuang menghapuskan Israel!” tetapi kita di sini selesa dan selamat naik kereta hendak ke mana-mana. Sedangkan mereka di sana berhadapan dengan pelbagai masalah dan penindasan.

Oleh kerana itu ulama merekomendasi untuk mereka berhijrah sementara waktu seperti mana juga Nabi SAW keluar meninggalkan kampung halaman, harta benda, dan keluarga di Makkah.

Syaikh Bin Bazz rahimahullah juga pernah dikritik oleh sebahagian ilmuwan kontemporari. Ilmuwan-ilmuwan kontemporari yang bercakap itu duduk di mana? Di Qatar, Kuwait, Mesir. Mereka bukan tinggal di Palestin. Hanya sebahagiannya sahaja yang tinggal di Palestin.

Syaikh Bin Bazz memberi cadangan untuk membuat perdamaian dan genjatan senjata terlebih dahulu oleh kerana umat Islam belum mampu untuk melawan Israel dengan kelengkapan senjata yang cukup. Dan memang telah diketahui dalam sejarah bahawa Yahudi adalah pembohong.

Yang dimaksudkan dengan Bani Israel adalah anak-anak Israel dan Israel itu adalah Nabi Ya’qub. Jadi Israel adalah keturunan Nabi Ya’qub seperti Nabi Yusuf, Musa, Harun, Sulaiman, Dawud. Yahudi adalah bangsa yang paling ramai Nabi yang Allah SWT utuskan kepada mereka, tetapi semuanya mereka hendak bunuh dan mereka memang pembohong seperti yang Allah SWT telah gambarkan tentang mereka di dalam Al-Quranul Karim.

Jadi adakah kita menyangka Nabi SAW tidak tahu mereka ini pembohong? Nabi tahu. Tetapi Nabi membuat juga perdamaian dengan mereka di Madinah. Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran,

وإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله إنه هو السميع العليم

Terjemahannya: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (surah Al Anfal, 8: 61)

Apabila kita berdamai, kita mesti mengambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga, serta melihat dari pelbagai aspek. Jangan sampai kita ditindas dan ditipu. Itu yang berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat. Mereka membuat perjanjian dengan Bani Quraidzah dan Bani Nadhir, dan Bani Quraidzah dan Bani Nadhir telah mengingkari dan mengkhianati perjanjian tersebut. Maka Nabi menghantar tentera perangi mereka. Contohnya seperti peperangan Khaibar, peperangan Ahzab, perang Khandaq, Nabi perangi kaum yahudi yang bersepakat dengan golongan musyrikin Makkah.

Jadi ini adalah hakikat yahudi. Walaubagaimanapun, sekiranya kita berada dalam keterpaksaan, tidak ada apa yang boleh membantu, maka pada ketika itu kita mempunyai pilihan sama ada untuk hijrah ataupun gencatan senjata. Ini fatwa para ulama seperti Syaikh Albani dan Syaikh Bin Bazz rhm. Bukan mereka mengatakan kita perlu redha dengan yahudi. Tidak, mereka ini adalah ulama yang tidak pernah memberi ruang kepada yahudi.

Kita yang berdegar hendak melawan yahudi di sini, menjerit tidak boleh makan Mc D, coca cola haram, sedangkan yahudi ada di dalam rumah kita; televisyen, filem, muzik, perlawanan bola sepak, liga inggeris, MU, Chelsea dan sebagainya. Perlawanan bola sepak siapa yang ciptakan bagi memecah belahkan umat Islam? Yahudi.

Kita di sini bercakap dengan bahasa yang sangat mudah. Tapi sebenarnya kita sendiri yang membudayakan budaya yahudi dalam kehidupan seharian kita.

Syaikh Abdurrazzaq Al-‘Afifi yang merupakan antara ulama senior sebelum Syaikh Bin Bazz rhm mengatakan bahawasanya hijrah boleh dilihat melalui dua sudut; Pertama, hijrah al-makaaniyyah (tempat). Kedua, hijrah al-haal (keadaan).

Hijrah tempat adalah berpindah tempat dari satu negara ke negara yang lain, contohnya dari negara kufur ke negara Islam. Bagi negara yang bermasalah dengannya di mana Islam tidak dapat dipraktikkan, syiar Islam tidak dapat dilaksanakan maka perlu kita tinggalkan negara itu dan pergi ke negara lain yang syiar Islam boleh dipraktikkan. Sebab itu umat Islam tidak dianjurkan pergi dan menetap di negara-negara yang syiar Islam tidak boleh ditonjolkan.

Cuma masalahnya sekarang adalah dunia telah dinegarakan. Maksudnya negara umat Islam telah dipecahkan kepada negara-negara tertentu. Perpecahan ini telah berjaya dilakukan oleh Yahudi dan mereka mencipta perkara-perkara yang boleh mewujudkan ashabiyah, kebangsaan, negara masing-masing, seperti perlawanan bola sepak, pertandingan-pertandingan sehingga membuat umat Islam berkelahi dan bergaduh sesama sendiri. Indonesia dan Malaysia sendiri boleh bergaduh semata-mata kerana bola dan rancangan Yahudi ini telah berjaya sebenarnya.

Umat Islam tidak ada kekuatan kerana tidak ada sistem kekhalifahan. Namun ada kelompok yang sebenarnya tersasar tetapi mereka menyeru kepada khilafah islamiyyah. Sebenarnya ada perkara yang lebih penting sebelum khilafah islamiyyah. Perkara-perkara berkaitan tauhid, akidah, ibadah harian, akhlak, perkara-perkara inilah sebenarnya yang boleh membentuk suasana dan negara Islam apabila Islam itu telah dibudayakan di dalam kehidupan masyarakat.

Adapun hijrah al-haal (keadaan) adalah penghijrahan diri kita dengan meninggalkan kemaksiatan-kemaksiatan, keburukan dan kekurangan kepada perkara yang lebih baik.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: