Lompat ke isi kandungan

Orang Islam menyokong kafir perjuang hak kebebasan

November 16, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Kebanyakan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia adalah dipimpin oleh orang bukan Islam. Ada juga orang Islam yang menyokong secara langsung atau tidak langsung.

Jawapan:

Mereka sebenarnya sampai ke hari ini belum mampu untuk menjelaskan apakah itu hak asasi manusia. Hak asasi ini hendak diterjemahkan mengikut nilai-nilai Islam ataupun hak asasi yang diterjemahkan oleh barat yang memberikan kebebasan mutlak kepada rakyatnya.

Amerika Syarikat sendiri tidak memberikan kebebasan. Di UK sendiri mereka tidak membenarkan Dr. Zakir Naik masuk ke negara mereka. Mereka menyekat Dr Zakir Naik yang merupakan pakar dalam bidang perbandingan agama dan merupakan murid kepada Ahmad Deedat. Ini menunjukkan bahawasanya dia tidak memberikan hak kebebasan bersuara walaupun dia di antara negara yang terkenal memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

Jadi apa yang umat Islam inginkan? Kalian fahamkah apa yang kalian ikut? Ini satu persoalan yang perlu kita ajukan kepada mereka. Mereka hanya memikirkan tentang pilihanraya, tetapi mereka tidak memikirkan impak dan kesan sekiranya perkara yang mereka perjuangkan itu benar-benar berlaku di negara ini.

Mampukah kita halang suatu hari nanti apabila orang-orang kafir datang berdakwah kepada orang-orang Islam, berdakwah agama mereka kepada anak-anak kita atas nama hak kebebasan? Sedangkan kalian yang tuntut hak tersebut pada hari ini.

Kita perlu berhati-hati. Kita perlu ada ilmu pengetahuan. Akibat kita tidak tahu, akibat kita terlalu mengikut emosi dan perasaan, kita menjadikan orang-orang yang jelas ada agenda dan benci kepada Islam sebagai pemimpin kita. Kita ikut arah tuju dan telunjuk mereka.

Islam membenarkan kita bekerjasama dengan non-muslim, Islam tidak melarang. Tetapi dalam hal-hal yang bagaimana? Dalam hal-hal kebajikan. Contohnya bersedekah, buat jalan, dan sebagainya. Tetapi dalam hal-hal berkaitan takwa, aqidah, hal-hal dasar dan prinsip agama, Islam tidak membenarkan, tidak ada kompromi.

Ada perkataan yang keluar dari mulut seorang tokoh, “lebih baik makan khinzir dengan si fulan yang nonmuslim daripada makan ayam dengan Perdana Menteri”. Takkanlah sampai perkataan seperti ini terbit daripada lisan seorang yang mengaku Islam?

Ini perkara yang perlu kita muhasabah. Dalam keadaan Islam pada hari ini ditekan, umat Islam dan agama Islam diancam, umat Islam perlu bangkit dan sedar, seru kepada perpaduan Islam, itu yang paling utama untuk menyelesaikan permasalahan.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: