Dr MAZA sahkan Pas zalim makan duit anak yatim
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Jawapan:
Memali ini satu isu yang saya lihat akhir-akhir ini mantan mufti Perlis dalam twitter beliau mengiyakan atau mengesahkan PAS menzalimi rakyat Memali dengan wang tabung Memali yang entah ke mana.
Itu kenyataan mantan Mufti Perlis yang saya kira jelas dalam twitter beliau. Saya juga mendengar penafian daripada beberapa pemimpin PAS bahawasanya tabung Memali itu selamat dan tidak ada masalah. Jadi saya tidak mahu menghukum sesiapa seperti mana prinsip kita.
Wallaahua’lam, mantan Mufti Perlis mungkin ada bukti dan hujahnya, mungkin dia akan kemukakan nanti, saya tidak pasti. Dia harus kemukakan bukti untuk mengatakan tabung Memali itu hilang wangnya, makan harta anak yatim dan sebagainya. Pemimpin PAS menafikan dan saya kira penafian itu juga perlu disusuli juga dengan hujah, bukan sekadar menafikan.
Maka untuk menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya khusus untuk menyiasat tabung Memali; ke mana pergi wang tersebut. Seperti mana saya puji Ketua Pemuda PAS yang mengisytiharkan hartanya, begitu juga saya mahu Pas sendiri mengisytiharkan kedudukan tabung Memali sekarang. Sekadar satu pengisytiharan, maklumkan ke mana pergi berjuta-juta wang yang telah dikutip. Ini memang betul-betul 100% wang rakyat.
Jadi tolong isytiharkan sahaja, saya tidak mahu menuduh sesiapa. Mantan Mufti sudah keluarkan kenyataan maka beliau perlu kemukakan bukti. Pihak satu lagi menafikan maka sewajarnya dia mengisytiharkan di mana kedudukan wang tersebut. Saya minta pemimpin Pas mencontohi sikap Ketua Pemuda Pas yang mengisytiharkan hartanya.
Wallaahua’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut: