Skip to content
Tags

Peranan wanita di sebalik kejayaan lelaki

Disember 7, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

32309_521558654528944_985026338_nKalau bercakap tentang diri saya sendiri, tidak saya nafikan pengaruh ibu dan isteri memberikan kesan yang amat mendalam dalam kejayaan hidup saya. Tetapi saya hendak menyentuh perkara yang lebih bersifat umum di mana ia datang dari agama itu sendiri. Bagaimana agama melihat kuasa wanita memberi kesan kepada kejayaan seorang lelaki.

Di dalam Al-Quran Allah SWT adakan surah khusus yang bertajuk An-Nisaa (wanita). Begitu juga jika dilihat sejarah turunnya wahyu kepada Nabi SAW, wanita yang mendampingi Nabi SAW dan yang memberikan kekuatan kepada baginda adalah isteri baginda sendiri, Khadijah. Di dalam keadaan baginda ketakutan, gemuruh, terketar-ketar, yang menyelimuti baginda SAW dan memberikan kata-kata semangat kepada baginda SAW adalah isterinya.

Bercakap tentang wanita secara umum, mungkin yang memberikan semangat kepada seseorang lelaki itu adalah ibunya, mungkin yang memberi semangat itu adalah isterinya, mungkin bagi yang belum berkahwin dan sudah kematian ibu dia mempunyai kakak atau adik perempuan yang masing-masing merupakan pemberi kata-kata semangat dalam memastikan kejayaan dalam hidupnya.

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam pernah mengarahkan Nabi Ismail untuk menceraikan isterinya. Bagaimana peristiwa ini berlaku? Ketika Nabi Ibrahim ‘alaihissalam menziarahi rumah anaknya Ismail, Ismail pada ketika itu tidak berada di rumah. Yang ada di rumah adalah isterinya.

Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT agar meninggalkan kaum keluarganya sebagai satu ujian. Lalu apabila Nabi Ibrahim datang ke rumah anaknya, isteri Ismail yakni menantu Nabi Ibrahim tidak mengenalinya. Lalu Nabi Ibrahim a.s. berbicara dengan menantunya.

Ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh menantunya tentang kehidupan seharian mereka, dia menceritakan kehidupannya yang susah, susah mendapatkan makanan dan seumpamanya. Nabi Ibrahim setelah mendengar keluhan menantunya, dia tidak memaklumkan kepada menantunya bahawa aku adalah bapa mertuamu. Tetapi sebelum dia pulang, dia berpesan kepada menantunya supaya memaklumkan kepada Ismail agar menukar pemegang pintu.

Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, si isteri menyampaikan pesan Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail agar menukar pemegang pintu rumah. Maka Nabi Ismail berkata, “Itu adalah bapaku dan dia memerintahkan agar aku menceraikanmu.”

Kiasan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim sangat tinggi. Ia menggambarkan betapa peranan seorang wanita itu adalah memegang seorang lelaki, menjadi tongkat dan tulang belakang kepada seorang lelaki ke arah kejayaannya.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman:

http://www.youtube.com/watch?v=zM_qfJ9GrcQ

From → Uncategorized

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: