Skip to content

Jangan gunakan agama untuk kepentingan

Disember 14, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

199063_482045821813561_821070639_nSoalan: Hari ini trend menggunakan Islam oleh umat Islam atau bukan Islam sebagai agenda politik semakin menjadi-jadi sehinggakan sensitiviti umat Islam tidak dijaga. Setahu saya, tidak ada Islam mengkritik agama lain. Saya minta ustaz bagi nasihat sedikit kepada yang Islam ataupun bukan Islam.

Jawapan:

Bismillah,

Umumnya, semua perlu tahu dan semua perlu sedar bahawa dalam perlembagaan negara kita Islam adalah agama persekutuan. Dan agama Islam adalah agama majoriti dalam negara ini. Pada masa yang sama, agama Islam dalam konteks negara ini ada kaitan rapat dengan bangsa melayu.

Walaupun di sana kita tidak bersetuju untuk kita mengumumkan kenyataan melayu itu adalah Islam, tetapi dalam konteks negara kita, Melayu itu adalah yang beragama Islam. Itu terjemahan dalam perlembagaan, jadi saya minta orang yang menganalisa dan bercakap tentang isu bangsa dan hubungkait dengan agama meneliti perlembagaan dan hendaklah berada di bumi yang nyata.

Kedua, isu yang saya hendak sentuh di sini adalah sikap sebahagian ahli politik dan sebahagian pihak yang menjadikan Islam sebagai agenda politik. Kalau kita lihat pada hari ini, di sisi umat Islam sekalipun, ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan agama; menjaja syurga, menjaja dosa pahala, menjaja neraka, perkataan-perkataan atau istilah-istilah Islam yang indah tetapi diberikan terjemahan yang salah. Sebagai contoh; hudud, hukum Islam, negara Islam, negara berkebajikan.

Ada satu lagi contoh, “vote against BN is a vote for Jesus”. Itu dari sudut golongan bukan Islam. Masing-masing ada agenda.

Saya sendiri menasihati parti yang cenderung kepada bangsa melayu contohnya agar tetap menjadikan Islam itu di tempat yang teratas melebihi kepentingan parti politik dan kepentingan bangsa. Jangan gunakan agama untuk kepentingan politik. Jangan apabila ada kepentingan politik baru kita hendak berbicara tentang agama. Kita hendaklah konsisten dalam berbicara tentang agama, keluar dari ruang lingkup kepentingan dan kedudukan masing-masing.

Begitu juga dengan bukan Islam di negara ini perlu memahami bahawasanya umat Islam dalam negara ini tidak pernah menyentuh sensitiviti agama dan bangsa lain. Contohnya kuil terbesar Buddha di Kelantan, tokong Hindu terbesar di Batu Caves Selangor. Bakal gereja terbesar di Asia juga di Selangor. Ini semua menunjukkan bahawasanya kita menjaga sensitiviti semua dan kebebasan beragama dalam negara ini.

Jadi kita kena hati-hati. Contoh yang boleh dibangkitkan, isu lagu yang Jacklyn Victor yang dibicarakan hangat. Apa maksud intipati dan kandungan lagu tersebut; hendak menjadikan Malaysia negara Kristian dan menggambarkan seluruh umat dalam negara ini adalah seolah-olah beragama Kristian. Lambang salib diletakkan di peta Malaysia dan sebagainya, ini semua menyentuh sensitiviti, dan ia boleh membawa kepada pemahaman yang pelbagai. Jadi elakkanlah daripada ianya berlaku.

Jadi semua pihak kena jaga sensitiviti, dan golongan bukan Islam kena faham bahawa mereka berada dalam sebuah negara yang memberikan kepada mereka hak kebebasan beragama. Bayangkan suatu ketika dahulu, hasil daripada perjanjian nenek moyang kita di mana mereka memberi ruang kepada non-muslim bertapak di dalam negara ini, dengan mulanya hanya 10% sehingga ke hari ini mereka menjadi 40%.

40% dalam negara ini bukan beragama Islam. Maknanya hak kebebasan beragama itu diberikan maka setiap pihak perlu jaga sensitiviti. Tidak pernah berlaku lagi sekatan seperti gereja ditutup atau dirobohkan dan sebagainya. Polis dan penguatkuasa memainkan peranan menjaga keselamatan masjid, gereja dan rumah ibadah lain agar tidak berlaku seperti di negara luar.

Keamanan yang merupakan hasil usaha nenek moyang kita ini perlu dijaga selama-lamanya. Mudah-mudahan insyaAllah. Kita tidak nafikan ada kelemahan dan ada kekurangan, sama-sama kita perbaiki supaya negara kita aman dan tenteram.

Saya meminta sekali lagi umat Islam dan bukan Islam agar jangan menggunakan agama untuk kepentingan politik. Kalau dilihat di Sarawak; Undi BN bererti menolak Jesus. Ini juga mempergunakan agama. Adakah ini yang diajar oleh teman mereka sendiri?

Saya minta agar sama-sama kita bermuhasabah. Jangan gunakan agama. Sebaliknya kita tampilkan akhlak yang dituntut di dalam Islam untuk kita sama-sama membawa negara ini ke arah suasana yang lebih sentosa berteraskan prinsip-prinsip agama yang ditentukan oleh Allah SWT dan rasul-Nya.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

http://www.youtube.com/watch?v=LZ_RkjxGfC0

Advertisements

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: