Skip to content

Agenda & Bahaya Gerakan Civil Society

Disember 17, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

size_550x415_cs_logo_2.bmp-convSoalan: Cabaran di luar sana amat besar terutama kepada anak muda. Apa yang Ustaz sampaikan kepada kami berbanding dengan gerakan civil society yang ditaja oleh Barat yang berterusan pelaksanaannya, cabaran yang dihadapi anak-anak muda di luar sana cukup banyak. Masalahnya mereka tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis seperti ini. Malangnya ramai yang tidak peka dengan gerakan civil society ini dan ancamannya yang begitu halus yang telah beredar begitu lama. Mereka cukup cekap. Mereka tidak terus menyerang dengan isu liberalisme. Pertamanya mereka akan pecahkan dulu umat Islam. Daripada 4 agenda yang dibawa, agenda pertama mereka adalah agenda demokrasi kerana agenda demokrasi ini adalah agenda yang paling diminati oleh orang-orang politik. Jadi mereka melagakan sesama kita menerusi agenda demokrasi. Maka kita nampak ada puak-puak politik yang ditaja oleh institusi seperti NDI (National Democratic Institute). Pertama mereka pecahkan orang Islam dan mereka berjaya. Kedua mereka sasarkan golongan muda supaya marah kepada kerajaan. Maka mereka berjaya juga memecahkan dan menjauhkan lagi anak-anak muda dengan marah kepada kerajaan. Kemudian mereka bawa agenda ketiga iaitu hak asasi manusia, dan ini menarik minat ramai lagi golongan professional dan ahli politik. Kemudian baru mereka masuk agenda keempat; personal freedom. Pada bulan November tahun sudah di Turki, bagaimana Naib Presiden Amerika menyuruh kerajaan Turki menghimpunkan ramai usahawan muda Turki dan dia bercerita mengenai kaitan Personal Freedom dan keusahawanan. Seminggu selepas itu Hillary Clinton pergi kepada kumpulan yang sama bercerita tentang personal freedom include freedom of believe. Nampak tak bagaimana cara dia menyalurkan begitu halus sekali. Budaya ini sekarang telah menular ke negara kita. Bulan September lepas kami berkumpul, Tan Sri Harussani ada bersama dan kami membincangkan bahaya apa yang berlaku di Indonesia kerana di Indonesia sekarang ini kerajaan telah menerima Pancasila. Kalau lihat video itu, meremang bulu roma dan ada yang menangis. Mereka menukar agama anak-anak muda Islam kepada Kristian di dalam dewan besar secara beramai-ramai, dan budaya itu cuba hendak dibawa masuk melalui Pulau Pinang baru-baru ini. Jadi di dalam rumah ini Alhamdulillah kita memang bersyukur, kita ada kesempatan untuk berkumpul. Tetapi bagaimana kita hendak mendekati anak-anak muda di luar sana yang amat terdedah. Pada masa itu oleh kerana tekanan politik telah mengatasi tekanan agama, kerajaan hendak bertindak pun kurang berani. Jadi apabila hendak usik isu ini umpamanya, nanti ada juga menteri contohnya Idris Jala, menteri ekonomi adalah menteri kristian. Program ini sebenarnya dianjurkan kerana amat bimbang dengan masa depan anak-anak muda. Saya dapati tidak ramai orang yang seperti ustaz yang sanggup buat kerja ini melawan arus yang begitu kuat dari golongan yang begitu besar dan berterusan. Kita jumpa sekali dalam sebulan, jadi bagaimana kita hendak melawan arus ini. Saya sendiri pun menerima banyak dokumen mengenai gerakan civil society ini. Jadi saya rasa ini adalah cabaran yang besar di luar sana. Kalau ada kumpulan ustaz di kalangan generasi muda bersedia untuk bergerak, tapi memang, berhadapan dengan generasi muda professional ini bukanlah perkara yang mudah kerana daya pemikiran mereka terlampau kritikal. Mereka terlampau kritis, malah apabila kita membawakan Al-Quran dan Sunnah, mereka pun membawa kitab dengan tafsiran mereka. Malah kami juga banyak kali cuba hendak mendampingi mereka tetapi cukup susah kerana mereka ini boleh dikatakan kritis tak bertempat dan juga kerana pengaruh daripada Barat iaitu gerakan civil society tadi. Mereka memulakan dengan kebencian dan perpecahan dan itu telah terjadi. Kami telah berjumpa dengan Nik Aziz sekalipun, dia tidak minat berbincang tentang hal ini. Dia kata Umno lagi jahat, untuk apa bincang hal agama. Jadi bagaimana atas nama Islam pun sudah tidak boleh bincang lagi. Jadi bagaimana menurut pandangan ustaz kita boleh berdepan dan mengatasi agenda politik semasa kerana nampaknya agenda politik yang merumitkan lagi keadaan ini.

Jawapan:

Saya tertarik dengan apa yang disebutkan tadi. Memang susah kita hendak mendengar orang mengatakan demokrasi tidak bagus. Jadi saya bersyukur ada juga yang menyokong hal ini dan saya sendiri di antara yang berpendapat demokrasi sebenarnya bukan menyatukan manusia. Sebaliknya demokrasi ini sistem kufur yang berusaha untuk memecahbelahkan manusia.

Itu sememangnya adalah asas demokrasi dan demokrasi bukanlah sistem syura. Ini kerana syura meletakkan pilihan Al-Quran dan As-Sunnah di tempat yang tertinggi, sebaliknya demokrasi meletakkan pilihan majoriti manusia. Kita kena ingat firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

“Dan jika kamu menuruti jumlah yang ramai di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.” (surah Al An’am: 116)

Maksudnya di sini bukanlah yang ramai itu pasti salah, tetapi maksudnya adalah majoriti dan jumlah yang ramai bukan neraca yang betul untuk menentukan yang mana benar dan yang mana salah. Saya berikan contoh mudah, sekiranya di sesebuah negara itu 90% rakyatnya suka menyanyi, mereka mesti memilih pemimpin yang suka menyanyi atau yang menyokong minat mereka.

Jelas demokrasi ini bukan berasal dari Islam, sistem Islam yang asal adalah syura. Namun keterpaksaan kita berada kita di dalam sistem ini pada hari ini mengharuskan kita meminimumkan mudharatnya.

Demokrasi mengharuskan demonstrasi, demokrasi juga mengharuskan kebebasan bersuara. Demokrasi juga mengharuskan kebebasan berpolitik, demokrasi mengharuskan manusia memilih hidup yang bagaimana mereka suka.

Atas asas demokrasi juga menyebabkan apa yang telah berlaku di Mesir. Sekarang ini, mereka yang menjatuhkan Hosni Mubarak, golongan dan kelompok yang sama juga hendak menjatuhkan Morsi. Mereka yang menggelarkan Hosni Mubarak Firaun, mereka juga yang menggelarkan Morsi Firaun. Sebab apa hal ini terjadi adalah kerana mereka membudayakan demokrasi itu masuk terus dalam kehidupan mereka.

Maka kita sepatutnya meminimumkan keberadaan kita di dalam sistem demokrasi ini. Seperti yang disebutkan tadi, kita harus melawan arus, contohnya melawan arus tuntutan hak kebebasan. Hak kebebasan ini merupakan satu agenda yahudi untuk memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam. Yahudi menggalakkan manusia menuntut hak untuk bebas sedangkan Islam telah meletakkan garis panduan dan batasan dalam manusia menjalani kehidupan.

Adapun hak asasi yang dibawa oleh manusia, mereka tidak menjadikan agama sebagai batasan dan panduan untuk mendisiplinkan hak asasi tersebut. Mereka menginginkan kebebasan sepenuhnya menurut keinginan manusia. Seperti mana yang berlaku di Sweden, tidak ada masalah bagi mereka kayuh basikal dan keluar rumah tanpa memakai baju, semua ini atas nama hak asasi dan kebebasan serta paling demokratik.

Ini semua adalah permainan. Mereka melaungkan hak kebebasan bersuara. Hak kebebasan bersuara bagaimana yang mereka inginkan? Sedangkan di dalam hadis Nabi SAW baginda bersabda,

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Maknanya jika tidak ada perkataan yang baik untuk dilafazkan maka hendaklah seseorang itu diam. Itu hak asasi dan hak bersuara yang Islam tetapkan, iaitu bersuara perkara yang baik sahaja. Jika tidak ada perkara baik untuk dibicarakan maka Islam memerintahkan agar kita diam.

Ini garispanduan yang terdapat dalam syariat. Tetapi golongan kuffar menyeru kita untuk bebas bersuara dan bertindak sesuka hati.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

One Comment
  1. Safwan permalink

    Mashallah..perkongsian yang sangat bermanfaat..terima kasih ustaz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: