Lompat ke isi kandungan

Antara ulama’ muktabar bertaraf dunia yang menjelaskan kesalahan Qaradhawi

Disember 18, 2012

(sambungan: siri 3)

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya

Beza Ahlus Sunnah dan Ahli Bid’ah

Sikap membid’ahkan adalah satu perkara biasa suatu ketika dahulu. Apabila melihat hal itu bid’ah, ia mesti diperjelaskan kebid’ahannya dan diperbetulkan, mesti dibezakan antara ahli bid’ah dengan ahli sunnah. Kerana itu jika kita melihat dalam penulisan-penulisan Al Jarh wat Ta’dil dalam ilmu hadis, kita akan mendapati banyak penilaian-penilaian ahli ilmu seperti fulan qadari (dia ini qadariyyah -menafikan qadar), fulan syi’i (dia ini adalah syiah), fulan raafidhi (dia ini adalah rafidhah), fulan mu’tazili (dia ini muktazilah), fulan khariji (dia ini adalah khawarij). Itu hal biasa yang digelar kerana dengan gelaran tersebut mereka memberikan satu garisan kepada penuntut ilmu agar berhati-hati dengan cara seseorang itu berfikir, nukilan-nukilan dan maklumat yang disampaikan olehnya.

Mengikuti ulama’ muktabar

Saya bersetuju dengan pendapat ulama seperti Syaikh Rabee’ Al Madkhali, Syaikh Muhsin Al ‘Abbad, Syaikh Bin Bazz, Syaikh Al-Utsaimin, Syaikh Al-Albani, Syaikh Abdurrazzaq Al-Badr, Syaikh Ibrahim Ar-Ruhaily, Syaikh Dr. Anis Thahir, Syaikh Shalih Fauzan Al-Fauzan, Syaikh Bakr Abu Zaid, Syaikh Shalih Abdul Azeez Alu Syaikh dan ramai lagi daripada kalangan ulama-ulama yang mana kalau saya hendak senaraikan ianya lebih daripada 20 atau 30 orang tokoh-tokoh ulama Islam yang muktabar dari serata dunia.

Kalau hendak lihat ulama daripada Yaman; Syaikh Abdullah Al Imam, Syaikh Abdullah Al Mar’i, Syaikh Abdurrahman Al Mar’i, Syaikh Yahya Al Hajurri yang lebih tegas dalam hal dan isu seperti ini, Syaikh Bamusa, Syaikh Taufiq Al-Mashiri, kemudian di Jordan; Syaikh Ali Al Hasan Al Halabi, Syaikh Masyhur Hasan Salman dan ramai lagi,

Juga di Mesir ada juga tokoh-tokoh ulama yang lantang mengkritik beliau (DYQ) seperti Syaikh Musthafa Al ‘Adawi, Syaikh Usamah Al Qusi, Abu Ishaq Al Huwaini dan mereka-mereka yang memahami akan bahayanya pemikiran dan ideologi Dr Yusuf Al Qaradhawi dalam menjelaskan isu-isu semasa dan kecenderungannya kepada ideologi khawarij.

Wallahua’lam.

Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=oZxiPRhPYRI&feature=relmfu

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan komen