Lompat ke isi kandungan

TG Abdul Hadi Awang perlu tarik balik kenyataan mengajak Syiah & Khawarij sertai PAS

Disember 21, 2012

Kenyataan TG Abdul Hadi Awang: http://www.youtube.com/watch?v=gsRhyCQaYoE

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

hadi awangIsu syiah merupakan satu isu yang serius. Kekhilafan antara kita dan syiah bukan khilaf kecil. Saya ingin bertanya, Abu Bakar As-Siddiq, sahabat Nabi juga bapa mertua Nabi SAW, juga orang yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT yang Nabi sebut namanya sebagai antara 10 orang yang akan masuk syurga, yang Allah SWT sebut tentangnya di dalam Al-Quran ketika beliau menemani Nabi SAW,

لَا تَحْزَنْ إنَّ اللَّهَ مَعَنَا

“Jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (surah At-Taubah: 40)

Beliau menemani Nabi di dalam perjalanan hijrah, menjadi imam ketika Nabi SAW dalam keadaan sakit, dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama, memperjuangkan Islam dengan nyawa, tenaga, harta, benda, semuanya, namun beliau dikafirkan oleh Syiah. Beliau dikeluarkan daripada Islam oleh Syiah. Saya bercakap tentang syiah yang majoriti pada hari ini iaitu syiah yang berada di dalam negara kita, syiah yang ada di Selangor, Kelantan, Kedah, Johor, Melaka.

Akidah Syiah tentang Abu Bakar As-Siddiq yang kita puji, mereka mengatakan khalifah ini kufur. Umar bin Al-Khatthab RA yang Nabi sebut di dalam hadis, kalau ada Nabi selepas kewafatanku, itulah Umar. Umar yang Nabi sebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak akan berani lalu di jalan-jalan yang dilalui oleh Umar Al-Khatthab dalam Bandar Madinah, sahabat Nabi yang kenyataannya sama dengan wahyu di dalam beberapa bab dan keadaan.

Khalifah Umar Al-Khatthab dituduh dan difitnah oleh tokoh Syiah sekarang Yasir Al-Habib yang telah dibuang negara, dia adalah orang Kuwait dan kini berada di UK. Dia mengatakan bahawa Allah menimpakan bala ke atas Umar dengan menimpakan penyakit di lubang duburnya dan penyakit tersebut tidak akan sembuh melainkan dengan air mani. Maka Umar apabila sakit memerlukan orang lelaki untuk meliwatnya. Ini tuduhan besar ke atas Khalifah Islam yang kedua, Umar Al Khatthab RA yang mana apabila ada sahaja orang menyakiti Nabi, dia akan berkata, “Ya Rasulallaah! Lepaskan aku, biar aku pancung kepalanya.”

Beliau yang mempertahankan Islam dengan seluruh jiwa dan raganya. Beliau yang menyumbangkan idea penubuhan Baitul Mal yang sampai ke hari ini kita memanfaatkannya, tetapi tiba-tiba puak syiah mengatakan Umar diliwat. Takkan kita mengatakan ini isu kecil? Isu sahabat-sahabat Nabi yang memperjuangkan dan mempertahankan Islam dikufurkan. Ini masalah besar yang melanda umat Islam pada hari ini.

Sebab itu saya betul-betul kecewa apabila mendengar kenyataan TG Haji Abdul Hadi Awang apabila dia mengatakan Pas menerima semua, menerima Syiah, Khawarij, dan Ahli sunnah. Bagaimana kita boleh terima Syiah? Pengasas syiah iaitu Abdullah bin Saba adalah orang yang mula-mula mengangkat Ali bin Abi Thalib RA sebagai Tuhan. Ali hendak menghukum bunuh kepadanya. Ali sendiri tidak menerimanya. Bagaimana Pas boleh terima?

Umno sama sekali tidak menerima Syiah. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di dalam sebuah wacana anjuran Sinar Harian sendiri mengatakan Umno tidak menerima Syiah di dalam Umno, orang Syiah tidak boleh masuk Umno. Kerana ini membabitkan akidah dan kepercayaan.

Syiah adalah agama politik. Pada zaman Utsman mereka membuat kacau, mereka mengkucarkacirkan dan menimbulkan pergaduhan sehinggalah terbunuh sahabat Nabi, Utsman bin Affan. Kemudian naik Ali bin Abi Thalib, mereka menimbulkan pula sikap melampau terhadap Ali bin Abi Thalib. Ali sehingga tidak dapat mengawal keadaan disebabkan sikap melampau mereka. Mereka mengatakan Ali sebagai Tuhan, melebih-lebihkan Ali sehingga mereka mengkafirkan Mu’awiyah bin Abi Sufyan sahabat Nabi RA dan sahabat-sahabat Nabi yang lain.

Aisyah isteri Nabi yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi dikufurkan dan dituduh sebagai wanita pelacur. Kita pada hari ini memuji Aisyah, meletakkan nama anak sebagai Humaira’, walaupun kesahihan gelaran Humaira’ itu kepada Aisyah masih lagi menjadi pertikaian di kalangan ahli ilmu. Sayangnya kita kepada isteri-isteri Nabi, ummahaatul mukminin. Tetapi Syiah mengatakan mereka ini pelacur. Bagaimana kita boleh mengatakan tidak mengapa kita bersama-sama mereka dan membiarkan mereka menyertai parti kita? La haula wala quwwata illa billah.

Syiah juga mengatakan mushaf Al-Quran yang kita baca pada hari ini tidak lengkap. Mereka mengatakan mushaf yang sempurna adalah mushaf Fathimah yang mengandungi 17 ribu ayat. Mushaf kita baru ada 6,232 ayat. Sedangkan itu adalah kesepakatan jumhur ulama-ulama tafsir. Bukalah kitab Itqaan fi ‘uluumil Qur-aan. 6232 ayat Al-Quran kita, 17,000 ayat Quran mushaf Fathimah milik Syiah. Maknanya mereka mengatakan Quran kita tidak lengkap. Bagaimana kita boleh terima semua ini? Bagaimana hal ini dapat membawa kepada perpaduan dan kesatuan?

Pas menerima Khawarij

Bagaimana Pas boleh mengaku menerima Khawarij? Siapakah khawarij? Perkataan Khawarij berasal dari perkataan kharaja yang bermaksud keluar. Keluar yang dimaksudkan adalah keluar memberontak ke atas pemimpin Islam yang sah.

Sejarah diasaskan ideologi pemikiran khawarij ini oleh seorang lelaki yang bernama Dzulkhuwaisirah pada zaman Nabi, ketika mana Nabi sedang membahagi harta rampasan perang setelah balik dari peperangan. Di tengah-tengah sahabat dalam keadaan letih, cedera dan luka, bangkit lelaki yang bernama Dzulkhuwaisirah ini dan berkata, “Wahai Muhammad, berlaku adillah.”

Contoh, kita beratur panjang di tengah panas untuk mendapatkan bantuan BR1M. Tiba-tiba ada seorang keluar dari barisan dan berkata kepada orang yang menyerahkan bantuan, “Berlaku adillah!” Dalam keadaan panas, letih, apabila berlaku hal seperti ini akan menimbulkan satu perasaan marah dan tidak puas hati. Ini yang dinamakan provokasi, membangkitkan kemarahan orang. Ini yang Dzulkhuwaisirah cuba buat. Tetapi disebabkan sahabat Nabi beriman dengan Nabi, cepat-cepat mereka bangkit dan berkata, “Ya Rasulullah, lepaskan aku, biar aku pancung lehernya.” Nabi bersabda, “Jangan, supaya nanti orang tidak mengatakan Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya sendiri.”

Kemudian Nabi menceritakan tentang Dzulkhuwaisirah dan keturunannya. Kata Nabi, “Akan keluar dari tulang sulbi orang ini satu kaum yang membaca Al-Quran (atau dalam riwayat lain, mereka ini bercakap dengan perkataan yang datang dari Tuhan), tetapi perkataan mereka itu tidak lepas dari kerongkong mereka (mereka tidak memahami apa yang mereka bacakan), shalat kamu jika dibandingkan dengan mereka, shalat mereka lebih baik. Puasa kamu jika dibandingkan dengan mereka, puasa mereka lebih baik, mereka akan keluar daripada agama seperti mana keluarnya panah daripada busurnya.”

Walaupun Nabi mengatakan shalat mereka lebih baik, puasa mereka lebih baik, mereka berbicara dengan wahyu, tetapi Nabi mengatakan bahawa mereka akan keluar daripada agama. Ini kerana sikap mereka yang sering ingin memberontak, sentiasa tidak berpuas hati, dan sentiasa bersangka buruk. Inilah dia golongan khawarij.

Nabi menyebut di dalam hadis Abi Umamah Al-Bahiliy RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ketika orang membawa kepala puak-puak Al-Azariqah yakni salah satu cabang daripada golongan khawarij, dibunuh mereka ini kerana Nabi memerintahkan supaya mereka dibunuh. Kepala-kepala mereka dibawa dan diletakkan, Abu Umamah Al Bahiliy sahabat Nabi melihat kepala-kepala mereka dan dia menangis, lantas dia berkata, “Anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka!”

Sahabat Nabi bertanya kepada Abu Umamah, mengapa engkau mengatakan mereka ini anjing neraka? Adakah ini dari pendapatmu sendiri atau perkataan yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW? Jawab Abu Umamah, “Sekiranya aku mengatakannya atas dasar pendapatku sendiri, maka sesungguhnya terlalu berani aku ini. Tetapi ketahuilah bahawa perkataan tersebut telah aku dengar daripada Rasulullah SAW tidak hanya sekali, bahkan tidak hanya dua kali atau tiga kali.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi. Syaikh Al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth menilainya sahih)

Nabi sendiri mengatakan bahawa khawarij ini adalah anjing daripada anjing-anjing neraka. Khawarij bukan masalah kecil. Namun ini bukan bererti kita boleh mengatakan kawan kita yang memberontak itu sebagai khawarij. Jangan. Saya tidak bermaksud sedemikian rupa. Kita tidak disuruh oleh Allah untuk menghukum manusia lain. Namun perbuatan dan tindakan yang salah kita kena perbetulkan.

Menerima golongan khawarij untuk masuk ke dalam parti Umno pun saya tidak setuju. Saya minta agar kita lebih berhati-hati di dalam isu dan hal yang seperti ini. Bagaimana mungkin golongan yang disebut oleh Nabi sebagai anjing daripada anjing-anjing neraka boleh diterima oleh kita? La haula wala quwwata illa billaah. Sedangkan Nabi menyebut,

فَإِذَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْراً لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Apabila kalian bertemu dengan mereka (Khawarij), bunuhlah mereka! Sesungguhnya orang-orang yang membunuh mereka akan mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat.” (riwayat Muslim dalam Shahih-nya, dari ‘Ali bin Abi Thalib RA)

Itu yang Nabi perintahkan kepada sahabat, bagaimana ada orang pada hari ini boleh mengajak mereka menyertai parti? Jadi saya minta kenyataan tersebut ditarik balik dan diperbetulkan.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: