Lompat ke isi kandungan

Mesir inginkan keamanan di Malaysia

Disember 25, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

thousands-demonstrators-march-cairo-336Sebelum saya pulang dari Gaza, saya ke Kaherah Mesir merasai dan melihat sendiri realiti yang berlaku. Saya pusing di sekeliling bandar di Kaherah dan melihat orang membuat demonstrasi. Tidak habis lagi demonstrasi setelah jatuhnya Hosni Mubarak hampir setahun lalu. Golongan dan kelompok yang sama yang menjatuhkan Hosni Mubarak dan yang mengangkat presiden Morsi pada hari ini, golongan yang sama jugalah yang hendak menjatuhkan Morsi pada hari ini.

Dulu mereka panggil Hosni Mubarak sebagai Fir’aun, sekarang mereka juga yang menggelar Morsi sebagai Firaun. Kenapa jadi begini? Kerana demonstrasi sudah menjadi budaya. Apabila mereka melihat mereka berjaya menjatuhkan Hosni Mubarak dengan demonstrasi, maka apabila mereka tidak berpuas hati dengan Morsi, mereka berdemonstrasi.

Jalan-jalan raya menjadi sesak. Sempat kami berbual dengan penulis akhbar apabila Dato Mukhriz memaklumkan kepadanya bahawa ada orang di Malaysia hendak membawa Arab Spring yakni pergolakan yang berlaku di Tanah Arab sebagaimana mereka menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka. Mereka hendak membawa pergaduhan di Tanah Arab itu ke Malaysia.protesters-riot-police-islamist

Orang Arab itu berkata, “Laa Ilaaha illallah. Kami sedang menunggu untuk membawa keamanan di Malaysia itu ke sini, kami sudah tidak larat, kami sudah letih dengan apa yang berlaku di persekitaran.”

Orang sana inginkan keamanan kita, kita pula inginkan rusuhan di sana untuk dibawa ke sini. Fikirlah betul-betul.

Saya individu Muslim, kita tidak menafikan mana-mana pemimpin di atas muka bumi ini, termasuk pemimpin dalam negara ini tidak bebas daripada kesilapan dan kesalahan. Namun bukan bererti apabila ada kelemahan kita menjatuhkan, bukan bererti apabila berlaku kelemahan kita dibolehkan mengumpat, tuduh, fitnah dan sebagainya.

Islam agama nasihat. Kita tegur, perbetulkan, dan perbaiki. Mana yang kurang disempurnakan. Ini seharusnya sikap kita.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=Yv3E35d-EE0

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: