Skip to content

iLMU jawab Nik Aziz – Sertai Umno perbuatan mungkar? Adakah boleh sertai PAS?

Disember 27, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Gambar Imam Syiah diangkat dalam banyak perarakan PAS

Gambar Imam Syiah diangkat dalam banyak perarakan PAS

Sebelum TG Nik Abdul Aziz memberikan kata-kata ataupun hukuman bahawa orang yang menyertai Umno itu satu perbuatan yang mungkar, saya kira fatwa perlu dikeluarkan terlebih dahulu bagi orang Islam yang menyertai DAP atau PKR.

Di mana fatwa tersebut? Apabila kita tanyakan kepada sebahagian pemimpin Pas, mereka mengatakan masuk DAP tidak mengapa, DAP ini wadah sahaja. Jadi ini sangat-sangat tidak seimbang dan dilihat fatwa tersebut berkepentingan. Untuk mereka halal, untuk Umno haram. Jadi tidak adil sedemikian rupa.

Jika kita hendak keluarkan fatwa, banyak perkara yang perlu diraikan. Bahkan menyertai PAS sekalipun, adakah boleh?

Adakah PAS merupakan parti yang membawa kebenaran secara keseluruhannya? Atau masih ada kelemahan? Apabila isu Syiah dalam Pas pun masih lagi celaru.

Pada tahun 90-an, TG Haji Hadi menyebut secara terang bahawa Pas tidak menerima Syiah di dalam keratan akhbar. Kemudian baru-baru ini pula TG Haji Hadi menyebut secara terang juga di dalam kenyataannya bahawa Syiah boleh masuk Pas. Bahkan dikatakan secara terang, kalau Khawarij nak masuk Pas pun boleh masuk.passyiah1[1]

Kenyataan dia juga baru-baru ini ketika perhimpunan besar-besaran Pas di Kelantan, dalam satu temubual media, dia menyebut secara terang bahawasanya Bashar Al-Asad pemimpin Syiah di Syria perlu turun. Tetapi kita dapat lihat Timbalan Presiden Pas membuat lawatan menziarahi kepimpinan Bashar Al-Asad bahkan memuji kepimpinan Bashar Asad.

Jadi yang mana satu? Bercelaru. Sekejap mereka kata Pas tidak terima Syiah, kemudian terima pula. Kemudian tidak setuju dengan Presiden Bashar Asad yang kecenderungannya Syiah Alawiyyin. Kemudian Timbalan Presiden membuat lawatan menziarahi dan bersetuju dengan kepimpinan Syiah.

Di sini berlaku pertembungan dalam Pas itu sendiri. Jadi sebelum hendak mengeluarkan kenyataan tentang orang masuk Umno, bicarakan terlebih dahulu siapakah ahli-ahli Pas. Bicarakan dulu siapa yang bersama-sama dengan Pas.

Timbalan Presiden PAS di dalam laman web dan penulisannya secara terang mengangkat Imam Syiah sebagai 'idola'nya

Timbalan Presiden PAS di dalam laman web dan penulisannya secara terang mengangkat Imam Syiah sebagai ‘idola’nya

TG Haji Haji telah mengiktiraf bahawasanya Syiah dan Khawarij boleh masuk Pas. Bersihkan yang ini dulu. Adapun kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin Pas di Selangor yang mengatakan bahawa di dalam Pas tidak ada Syiah, ini perlu merujuk kepada TG Haji Hadi. TG Haji Hadi sendiri mempersilakan Syiah masuk Pas, maka bertembung dengan kepimpinan Pas di negeri Selangor.

Sebelum menghukum orang lain sebagai mungkar, perlu dikeluarkan terlebih dahulu fatwa berkaitan hukum orang Melayu masuk DAP, orang Syiah masuk PAS, Khawarij masuk PAS, dan orang melayu Islam masuk PKR. Jawab semua ini dulu secara terperinci kemudian baru cerita tentang orang melayu masuk Umno.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

Advertisements
One Comment
  1. Abi naura permalink

    Bismillah Assalamualaikum.saudara saudariku Muslimin muslimat Ahlussunnah Waljama’ah,supaya kita tak menyesal di kemudian hari.ada baiknya kita semak cerama agama Islam yg di sampaikan oleh.Ustaz Armen Halim Naro
    Hakikat Si’ah dan Hizbullah
    Di http://www.radiorodja.com./archive/
    Semoga bermamfa’at.wassalamuakaikum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: