Skip to content

Nga Kor Ming ceramah guna ayat al-Quran

Disember 27, 2012

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan: Orang bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Jawapan:

Kita sepatutnya berbangga jika mereka membaca ayat Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tetapi persoalannya adalah; 1) betulkah bacaannya? 2) betulkah pemahamannya terhadap ayat tersebut?

Al-Quran dan hadis tidak boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya. Kaedah ulama mengeluarkan hukum tidak boleh bergantung kepada Al-Quran sahaja. Kita kena tengok hadis Nabi SAW. Kedua-dua ini adalah sumber hukum.

Apabila kita mengambil hadis Nabi pula, kita tidak boleh mengatakan kita cuma ingin mengambil hadis di dalam Sahih Bukhari sahaja. Hendak dibuang ke mana hadis di dalam Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan Tirmidzi, sunan An-Nasa-i, sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Muwatha Malik, sunan Ad-Darimi, Mustadrak Al-Hakim, Mushannaf Abdurrazzaq, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah dan kitab-kitab hadis yang lain, semua kitab hadis ini hendak diletak di mana?

Sebab itu ulama kalau hendak mengeluarkan satu-satu hukum, dia perlu menghimpunkan kesemua dalil terlebih dahulu. Selepas himpun, dalil hadis perlu disemak; ada yang sahih, ada yang dhaif, ada yang palsu. Semua itu perlu disemak. Yang dhaif dan palsu tolak ke tepi, hanya dalil yang sahih sahaja diambil.

Peringkat seterusnya, lihat ada atau tidak dalil yang telah dibatalkan hukumnya. Contohnya sabda Nabi SAW,

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا

“Dulu aku melarang kalian untuk ziarah kubur, maka sekarang ziarahlah.” (riwayat Ahmad)

Hukum larangan menziarah kubur telah dibatalkan. Sebab itu perlu disemak ada atau tidak di kalangan dalil-dalil yang dihimpunkan itu di mana hukumnya telah dibatalkan.

Kemudian lihat kaedah bagaimana untuk dirangkumkan semua menghasilkan satu hukum yang sempurna kefahamannya. Tidak boleh hanya mengambil satu dalil sahaja.

Sebab itu saya ingin bertanya, mereka yang membaca ayat Al-Quran dan hadis itu, kaedah mereka berhukum dan memahami ayat yang dibacakan itu betul atau tidak?

Kita pula bertakbir apabila mereka membacakan ayat Al-Quran. Tidak kena cara yang demikian. Jadi saya minta kita sama-sama bermuhasabah, tegur dan perbetulkan, apatah lagi sekiranya kita bersama-sama dengan orang yang tidak mahu tubuhkan negara Islam, tidak mahu hukum Islam. Kita bimbang sekiranya ayat-ayat ini hanyalah untuk kepentingan peribadi, kuasa, dan kedudukan. Ini termasuk dalam kategori merendah-rendahkan dan menjual ayat-ayat Allah dengan nilaian yang murah.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

 

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: