Skip to content

Lim Guan Eng tidak boleh disamakan dengan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Januari 3, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

394596_416135141756039_753616611_nSoalan: Saya Yusuf dari Pulau Pinang. Isu Pulau Pinang tentang Islam ini hangat dan ada segelintir masyarakat melayu Islam kita yang memberi satu gelaran kepada pemimpin yang kita tahu dia kafir yang menentang Islam di Pulau Pinang. Mereka menggelarkan Lim Guan Eng sebagai Umar Abdul Aziz. Di masjid-masjid di sekitar Pulau Pinang ada pula yang mendoakan kesejahteraan pemimpin yang kafir ini. Minta ustaz kupas dan berikan penjelasan.

Jawapan:

Kalau orang itu baik kita gelar dia Firaun, ini tidak boleh. Kalau orang itu tidak baik, kita menggelarkan dia Umar Abdul Aziz, ini juga tidak boleh. Tidak baik ini melihat dari pelbagai perspektif. Kita kena ingat bahawa untuk menyamakan seseorang dengan orang lain, di dalam kias ada satu kaedah kiasan yang dipanggil “kiasan pada dua benda berbeza.”

Lim Guan Eng dengan Umar Abdul Aziz tidak sama langsung. Ini pemimpin dalam sejarah Islam yang disepakati dia yang dimaksudkan di dalam hadis Nabi,

إَنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِيْنَهَا

“Sesungguhnya Allah akan mengutuskan bagi umat ini di atas kepala setiap seratus tahun, orang yang membawa tajdid (pembaharuan) bagi umat ini pada agamanya.” (Hadis sahih riwayat Imam Abu Daud no. 4291 dari Abu Hurairah)

Mujaddid yang disepakati oleh para ahli ilmu di zaman itu adalah Umar bin Abdul Aziz. Adakah Lim Guan Eng Mujaddid? La hawla wala quwwata illa billaah.

Orang yang hendak menjadikan negara Malaysia sekular, orang yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai republik, orang yang hendak menjadikan negara ini mengamalkan pluralisme, bebas memilih agama. Ini adalah kenyataan mereka; Negara Berkebajikan versi DAP, dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh PAS dan PKR. Takrifan yang Lim Guan Eng berikan, kami inginkan negara berkebajikan yang bermaksud negara sekular.

Sedangkan kita berusaha bermati-matian untuk memastikan negara kita negara Islam. Jika inginkan negara Islam, marilah kita bekerjasama, berikan idea dan pendapat. Bukan menjerit sahaja di belakang. Dalam Facebook hero belaka, apabila berdepan mereka beradab, sopan dan taat.

Doakan hidayah bagi pemimpin kafir

Saya setuju kalau di masjid kita mendoakan hidayah dan petunjuk baginya. Tetapi pada masa yang sama, doakanlah juga kebaikan bagi pemimpin kaum muslimin. Mengapa untuk kaum muslimin didoakan bagi K.O., pecah perut, hancur dan tenggelam? Doakanlah agar mendapat petunjuk, mempraktikkan Islam, beramal dengan Islam.

Jadi jangan kerana kepentingan politik kita menggadaikan prinsip dan nilai-nilai agama. Saya tidak setuju Lim Guan Eng diberikan gelaran Umar bin Abdul Aziz. Hendak beri gelaran seperti Martin Luther itu tidak mengapa lagi. Tetapi tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang hebat-hebat ini mana mungkin boleh kita samakan dengan mereka.

Jelas dari sudut iman dan kufur pun telah berbeza. Jadi saya minta kita semua bermuhasabah.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: