Skip to content

Hak agama Islam dan keistimewaan melayu semakin dihimpit pembangkang

Januari 4, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

406152_407703535971200_2139204057_nSoalan: Kenapa hak agama Islam dan keistimewaan melayu semakin dihimpit oleh pembangkang?

Jawapan:

Dalam banyak kenyataan kami, kami menasihatkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka akan lebih dihormati walaupun mereka minoriti. Mereka akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

PAS pada hari ini dilihat menggadaikan prinsipnya. Mereka diam dalam isu hudud yang tidak dibangkitkan lagi. Diam dalam isu negara Islam yang tidak dibangkitkan lagi. Diam dalam isu pendirian-pendirian yang suatu ketika dahulu PAS bersuara bahkan sampai tahap mengkafirkan kelompok yang tidak sealiran dan sependirian dengannya.

Tetapi pada hari ini, disebabkan kerana kuasa dan kerana Putrajaya, prinsip-prinsip tersebut digadaikan. Ini kerana kerjasama mereka dengan DAP dan PKR pada hari ini yang saya kira telah menggadaikan pegangan mereka yang asal.

Wallaahu A’lam, mungkin kerana Putrajaya, mungkin kerana kelemahan mereka, dan tidak dinafikan juga kerana kuasa. Dalam hadis Nabi SAW sendiri menyebut bahawa manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan juga kerana harta.

Ini juga satu muhasabah kepada UMNO sendiri, apabila berlaku perselisihan pendapat janganlah kerana kuasa semata-mata kita menggadaikan pendirian dan prinsip kita terhadap agama.

Wallaahu A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman sidang akhbar di Shah Alam, 26/12/2012.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: