Lompat ke isi kandungan

Golongan jahil hendak jadi pemerintah

Januari 10, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

374550_515780438440099_1970633032_nDalam negara kita, kita berhadapan dengan golongan juhalaa (orang-orang yang jahil). Golongan jahil yang pertama adalah jahil yang berkehendak untuk memerintah dan memimpin. Ini seperti yang disebut oleh Nabi SAW di dalam hadis,

يأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق، ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين، وينظق فيها الرويبضة. قالوا: وما الرويبضة يا رسول الله؟ قال: الرجل التافه يتكلم في أمر العامة

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Seorang pembohong akan dibenarkan, dan orang jujur akan didustakan. Di sana seorang pengkhianat akan diberikan amanah, dan orang yang amanah dianggap pengkhianat, lalu Ruwaibidhah pun berbicara”. Para sahabat bertanya: “Siapakah Ruwaibidhah ya Rasulullah?”, “Dialah orang lekeh (tidak ada ilmu) yang berbicara tentang urusan umat.” (Sahih Ibn Majah)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda,

إذا أسند الأمر إلى غير أهله ، فانتظر الساعة

“Apabila sesuatu urusan itu diamanahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka nantikanlah Hari Kiamat.” (riwayat Imam Al-Bukhari)

Orang ini jahil dan tidak layak, tetapi dia cuba untuk bercakap dan cuba hendak memerintah.

Kedua, kita berhadapan pula dengan golongan jahil yang menyokong. Perkara ini perlu diubah. Kita tidak boleh mengatakan, “Tidak mengapalah, kami cuma mengikut sahaja”. Kita tidak mahu lagi menjadi orang yang hanya menurut. Sekarang ini adalah zaman sumber maklumat mudah diperolehi. Kita perlu mengkaji kerana ini merupakan tanggungjawab.

Apabila sampai berita dan maklumat, jangan mudah percaya, jangan mudah terima, jangan mudah cerna. Kajilah dan bertanyalah dahulu. Jangan cepat sebarkan, jangan cepat beriman dan percaya. Tidak kira ianya datang dari siapa pun kerana isu inilah yang banyak memecahbelahkan umat Islam; iaitu maklumat.

Seseorang mungkin duduk di kedai kopi sambil bermain dam sahaja, tetapi dia bercakap seperti Perdana Menteri. “Orang itu tidak layak, kalau aku, aku bagi dia ini jadi Menteri Pertahanan, dia ini jadi itu dan ini.” Yang bercakap itu kerjanya cuma main dam sahaja. Ini realiti yang benar-benar berlaku pada hari ini.

Kita bukan hendak merendah-rendahkan tahap pengajian seseorang. Saya tidak setuju kalau kita merendahkan seseorang kerana dia tidak belajar di sekolah. Sebaliknya yang kita teliti adalah apa isi perkataan yang diucapkan; ada kebenaran atau tidak. Ada fakta atau tidak. Ada hujah, dalil, nash atau tidak. Sekadar bercakap kosong sesiapa pun boleh. Sebab itu Nabi SAW telah memberi kepada kita garis panduan dalam penyebaran maklumat di mana baginda SAW bersabda,

كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

“Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” (riwayat Muslim)

Kita tidak mahu terus menerus jahil dan mengikut secara membuta tuli. Kita menyokong kerajaan dan kita tahu mengapa kita sokong, kita kenal siapa yang kita sokong. Bukan sebab kerajaan bagi BR1M kita sokong, bukan soal itu. Soal kita berhadapan dengan pemimpin kita pada hari ini, mengapa kita memilih mereka, mengapa kita memberikan kepercayaan kepada mereka, dan mengapa kita tidak memberikan kepercayaan kepada pihak satu lagi. Ini adalah peranan dan tanggungjawab individu demi untuk menjaga Islam.

Menjaga Islam tidak boleh hanya dengan mengharapkan orang lain, mengharapkan ustaz-ustaz. Islam tidak mampu dijaga dengan cara begitu. Ustaz-ustaz hanya mampu memberi kata-kata nasihat dan motivasi, hujah-hujah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk kita masing-masing bangkit berperanan.

Petikan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=mlPH-UkQBAQ

 

One Comment
  1. Abah Kau permalink

    its still ok than golongan gay yg jadi pemerintah atau baca khutbah kat masjid…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: