Skip to content

Tuntutan kalimah Allah dan kebebasan beragama strategi tersusun Pakatan Rakyat untuk pluralisme dan meraih undi masyarakat Kristian

Januari 12, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

tuntutan kalimah AllahSoalan: Tidakkah tindakan Lim Guan Eng menuntut penggunaan kalimah Allah adalah usaha tersusun pembangkang untuk meraih undi?

Jawapan:

Isu penggunaan kalimah Allah ini ada kaitan dengan objektif atau matlamat kerjasama DAP dan Pas dalam Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam laman web rasmi Lim Kit Siang di mana beliau menyebut secara jelas bahawa kerjasama DAP dengan Pas dalam Pakatan Rakyat bukan bertujuan untuk membentuk negara Islam dan bukan untuk melaksanakan hudud, sebaliknya adalah untuk demokrasi, pluralisme dan seterusnya dinyatakan hak kebebasan, hak asasi dan sebagainya.

Kenyataan Lim Kit Siang yang sedemikian rupa menggambarkan bahawa usaha mereka adalah untuk mencapai salah satu objektif di dalam Pakatan Rakyat iaitu untuk pluralisme. Usaha penggunaan kalimah Allah di dalam negara ini oleh golongan Kristian juga merupakan usaha pluralisme kerana ia akan menimbulkan kecelaruan dan pertembungan.

Walaupun ada di sana ilmuwan-ilmuwan Islam yang berhujah dengan pandangan-pandangan ulama di Timur Tengah, saya berkata dalam konteks fiqhul waaqi’ iaitu fiqh yang meraikan persekitaran. Saya minta sebahagian daripada ilmuwan Islam ini jangan melihat di Timur Tengah sahaja. Golongan-golongan Kristian di Timur Tengah contohnya di Jordan, di Lubnan, mereka biasa menggunakan perkataan Assalamu’alaikum, Masya Allah, HayyaakAllah, Wallaahi, Wabillaahi, Watallaahi. Itu satu perkataan yang biasa digunakan dalam masyarakat mereka. Tetapi dalam konteks negara kita, adakah perkara tersebut telah biasa digunakan. Jawapannya sudah tentu tidak.

Jadi apabila dituntut penggunaannya oleh Lim Guan Eng, pertama sekali kita melihat dari sudut pluralisme. Pluralisme ini juga ada kaitannya dengan kenyataan-kenyataan beberapa pimpinan pembangkang seperti kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah dalam kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini yang hangat dibicarakan dan juga ada hubungkait langsung dengan kenyataan Lim Guan Eng.

Ini kerana pluralisme bukan sahaja dalam isu kalimah Allah, tetapi pluralisme juga ada kaitan dengan kenyataan melayu perlu diberi kebebasan untuk memilih agama.

Ini sebenarnya di antara bibit-bibit dan ideologi pluralisme. Melayu dalam perlembagaan diikat dengan perkataan Islam tetapi mereka datang dan tampil untuk cuba merungkaikan ikatan tersebut. Sedangkan ia merupakan satu perkara yang baik untuk bangsa kita dan seharusnya ia dipertahankan dan dijaga dengan baik.

Ini merupakan strategi mereka untuk mendoktrin ideologi pluralisme ke atas masyarakat melayu Islam dan lebih-lebih lagi untuk meraih undi 9.2% masyarakat Kristian dalam negara ini.

Sepanjang kehidupan kemerdekaan kita selama beberapa puluh tahun ini, belum pernah timbul isu yang seperti ini, bahkan kita boleh sahaja bekerjasama dengan orang Kristian, Hindu, Buddha mahupun lain-lain agama dalam hal-hal kebajikan. Kita berikan kebebasan beragama kepada non-muslim dan mereka bebas untuk memilih mana-mana agama dan beramal dengannya. Namun dalam hal-hal berkaitan akidah dan prinsip agama, ada garis panduan serta batasan yang tidak boleh dilampaui.

Petikan dari rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=amNaQQ5JTI4

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: