Skip to content

Undi Umno parti sekular, sesat masuk api neraka sampai bila-bila –Ustaz Azhar Idrus

Januari 13, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

252231_521241324560677_1326040536_nSoalan: Saya takut nak undi Umno sebab Ustaz Azhar Idrus kata Umno ini parti sekular, sesat, masuk dalam api neraka sampai bila-bila. Tahun ini saya boleh mengundi. Bagaimana ustaz?

Jawapan:

Ustaz Azhar Idrus banyak mengulas isu-isu semasa. Apabila Cikgu Non Afghani yang menulis buku Kafirkah Aku, orang bertanya kepada TG Haji Abdul Hadi Awang tentang komen isi kandungan buku tersebut. Apa jawab TG Haji Abdul Hadi? “Cikgu sekolah rendah sahaja. Apa kelulusan dia?”

Saya hendak katakan di sini, kalau TG Haji Hadi peka, penceramah-penceramah Pas pada hari ini, artis-artis yang telah berubah kembali ke jalan Allah dan berceramah di atas pentas-pentas Pas, termasuk Al-Fadhil Al-Allaamah Al-Imam Azhar Idrus berceramah juga di atas pentas Pas. Mengapa TG Haji Abdul Hadi tidak mempersoalkan kelulusan mereka, tahap pengajian Islam mereka? Apakah tahap sekolah rendah, KAFA atau bekas guru ta’mir?

Jadi saya minta secara adil. Islam tidak menilai dari sudut lambakan sijil. “Ini sijil aku, engkau kena terima semua pendapat aku.” Kalau begitu senanglah, pakat lawan buat sijil. Nak pergi berdebat, bawa tiga lori sijil. Takkan kita nak buat seperti itu?

Kita membawa Islam dengan ilmu, dengan hujjah, dengan nash. Bukan dengan emosi dan merendah-rendahkan orang lain. Kita kena ingat Nabi berpesan dalam hadis tentang kibr (sombong dan takbur). Sabda Nabi SAW,

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Sifat al-kibr adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia lain.” (riwayat Muslim)

Itulah realiti yang berlaku. Nilailah dulu orang dalaman serta penceramah-penceramah di dalam Pas.

Kemudian, Ustaz Azhar Idrus berkata bahawa Umno ini parti sekular, kekal di dalam neraka selama-lamanya. Hadis yang saya bacakan tadi adalah jawapannya, tentang orang yang kuat buat ibadat menghukum orang yang kuat buat dosa. Apakah hukumnya? Allah tidak akan masukkan dia ke dalam syurga. Allah akan bangkitkan mereka berdua dan Allah masukkan orang yang kuat buat ibadat ke dalam neraka kerana dia mendahului ilmu Allah. Seolah-olah dia lebih berkuasa daripada Allah. Sedangkan orang yang berbuat dosa, Allah SWT dengan rahmatnya memasukkannya ke dalam syurga.

Pelacur yang memberi minum seekor anjing, dunia melihatnya sebagai pelacur, siapa tahu dia dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing.

Jadi jangan kita menilai seseorang itu dengan kita mengukur banyak mana dosa orang lain. Adakah pekerjaan kita membawa buku catatan amalan dan mencatat dosa pahala orang lain?

Lihatlah amalan engkau terlebih dahulu, amalan ahli keluarga engkau, amalan golongan terdekat daripada kalangan engkau. Firman Allah di dalam Al-Quran,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (surah At-Tahrim: 6)

Bukan sibuk memasukkan orang lain ke dalam neraka, orang itu masuk neraka, orang ini masuk neraka, dia itu masuk neraka, dia ini masuk neraka. Neraka itu hak siapa?

Pembawa neraka yang boleh tawarkan orang dengan neraka dengan izin Allah; pertama adalah Nabi, kedua adalah Dajjal.

Di dalam hadis Nabi SAW menceritakan bahawasanya Dajjal akan datang di akhir zaman menawarkan syurga dan neraka kepada manusia. Jika ingin masuk syurga hendaklah mengikutinya, jika tidak akan masuk neraka. Nabi mengatakan bahawa syurga Dajjal adalah neraka Allah, dan neraka Dajjal adalah syurga Allah SWT.

Itu sahaja yang membawa neraka dan syurga. Yang ketiga dan baru saya tahu adalah Ustaz Azhar Idrus. Pangkah parti ini masuk syurga, pangkah parti itu masuk neraka. Kita kena bermuhasabah. Kita tidak mahu penyakit ini ada di dalam Umno dan kita mesti bersihkan perkara ini.

Ya, kita berhak membuat amalan dan mengharapkan syurga. Namun kita kena ingat bahawasanya kita masuk syurga dengan rahmat Allah dan kita bebas daripada neraka juga adalah dengan rahmat Allah SWT.

Wallaahu A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

3 Komen
  1. ustaz ensem permalink

    Anda berilmu…jgn smp ilmu anda songsang

  2. Salam UFB.

    Adalah lebih baik Ustaz letak jawapan UAI tentang “Undi Umno parti sekular, sesat masuk api neraka sampai bila-bila –Ustaz Azhar Idrus” supaya kami boleh buat rujukan.

    Terima kasih

  3. sesungguhnya kemenangnlah untuk org yang benar.. terima kasih Ustaz…atas perkgsian ilmu dan penjelasan… semoga Allah membantu kita ke jalan yg benar.. Amiin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: