Skip to content

iLMU seru PAS jelaskan pendirian rasmi tentang SYIAH

Januari 16, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

hh2Bukan sahaja ahli majlis fatwa kebangsaan, bahkan ulama-ulama Islam di Timur Tengah secara sepakat sejak dahulu sehingga kini menentang akidah Syiah yang majoriti pada hari ini iaitu Syiah yang berada di Iran, Iraq, Lubnan, Bahrain, Syria, Pakistan, Indonesia dan Malaysia; Syiah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah Ja’fariyyah dan yang seumpama dengannya.

Mengapa mereka dinamakan dengan Imamiyah Itsna Asyariah adalah kerana mereka percaya kepada Imam 12; bermula dengan Ali bin Abi Thalib RA, ditutupi dengan Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari yang mereka beriman dan percaya bahawa Imam ke-12 ini diangkat dan disembunyikan oleh Allah di dalam sebuah gua dan imam ini akan kembali dan muncul semula sebagai Imam Mahdi yang dinanti-nantikan. Inilah Muhammad Al-Mahdi yang menjadi pegangan akidah Syiah.

Mereka juga tampil dengan nama Ja’fariyyah menyandarkan diri mereka kepada Ja’far Ash-Shadiq RA. Syiah inilah yang ramai di Gombak sekarang. Begitu juga yang berada di Kedah, Kelantan, di Melaka, Johor dan mereka telah masuk juga di Perlis. Mereka sudah ramai di Malaysia pada hari ini.

Kita kena ingat rukun agama Syiah yang menjadi pendirian akidah mereka. Salah satu daripada rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah yakni selagi mereka belum mendapatkan kuasa politik selagi itulah rukun Islam mereka belum sempurna. Tidak sah pemerintahan dan kepimpinan mana-mana negara kecuali Imam mereka terdiri daripada Imam-imam Syiah. Sebab itu mereka masuk ke dalam mana-mana negara dan menghuru-harakan kestabilan politik dalam negara. Itu yang telah berlaku di Syria, Bahrain, Lubnan, Iraq dan Iran ketika revolusi Khomeini.

Dan sekarang ini sedang berlaku di Malaysia. Mereka menyusup masuk ke dalam parti politik. Tahun 90-an dulu saya sokong TG Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawasanya Syiah tidak diterima oleh Pas, apa yang Syiah bawa tidak sesuai untuk praktik di Malaysia katanya. Tetapi pada hari ini, beliau dalam kenyataannya seperti yang terakam dalam video yang boleh dilihat di internet hhmengatakan bahawasanya Pas menerima Syiah dan Khawarij untuk masuk ke dalam parti mereka.

Umno jangan beri ruang kepada Syiah. Mereka akan mengganggu kestabilan politik. Mereka akan membuat rusuhan. Syiah kaki merusuh. Ada seorang budak Syiah ini dia menyebarkan di dalam Facebook, katanya UFB telah masuk agama sesat Syiah. Dia marah kepada saya kerana saya kata dia Syiah dan memang dia sendiri mengakui bahawa dia itu Syiah. Dia membohong kerana kita banyak menghentam Syiah. Syiah memang agama pembohong.

Isu Syiah ini jangan dilihat pada perkara-perkara cabang; mut’ah, jama’ shalat. Itu bab cabang sahaja. Tetapi yang lebih perlu diberi perhatian adalah pada bab teras, akidah, kepercayaan tentang Al-Quran, kepercayaan tentang kedudukan sahabat-sahabat Nabi, kepercayaan tentang hadis-hadis Nabi. Ini bukan hal yang kecil. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza.

Al-Quran kita pada hari ini telah sempurna, tetapi Syiah mengatakan mushaf Al-Quran kita tidak lengkap, yang lengkap adalah mushaf mereka yang mengandungi 17,000 ayat (tiga kali ganda lebih banyak daripada Al-Quran kita). Kita katakan hanya para Nabi yang maksum, Allah SWT mengawal mereka daripada kesilapan dan kesalahan, tetapi Syiah mengatakan Imam-imam mereka turut maksum. Sebab itu mereka taat kepada imam mereka kerana mereka percaya imam mereka bebas dari salah dan silap bahkan disebut dalam kitab akidah bahawa mereka imam mereka lebih mulia daripada malakul muqarrab wa nabiyyun mursal (malaikat yang dekat dengan Allah dan Nabi yang diutuskan). Itulah Syiah yang ada dalam negara kita pada hari ini.

Satu masalah besar, mereka berpendirian dengan akidah taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat akidah mereka tetapi menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan masyarakat. Mereka adalah munafiq. Apabila bercakap dengan mereka, mereka akan menafikan akidah sebenar mereka. Tetapi apabila mereka di dalam majlis mereka, mereka menepuk-nepuk badan memaki Abu Bakar, memaki Umar. Tetapi apabila kita bercakap dengan mereka, mereka mengatakan Abu Bakar adalah sahabat Nabi, Umar adalah sahabat Nabi. Mereka ini pembohong. Apabila sesama mereka, mereka mengkafirkan Abu Bakar, mereka mengkafirkan Umar Al-Khatthab.

Umar sahabat Nabi yang syaitan pun takut kepadanya. Laluan Umar di dalam Madinah kata Nabi syaitan tidak berani lalu. Umar adalah orang yang tegas mempertahankan Islam, yang pantang mendengar orang mencerca Islam walaupun sepatah. Orang yang mencadangkan pembukuan Al-Quran, orang yang menghidupkan Baitul Mal yang kita manfaatkan idea Umar sehingga ke hari ini. Tetapi puak-puak Syiah mengatakan Umar itu kafir.

Ideologi Syiah adalah kafir-mengkafirkan dan sesat menyesatkan orang-orang Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini realiti yang berlaku. Modus operandi mereka banyak. Mula-mula mereka menceritakan kebaikan dan memuji-muji keturunan Nabi, mengatakan imam-imam mereka keturunan Nabi. Mereka juga menyebarkan agama mereka melalui perkahwinan, kahwinkan orang dengan orang-orang Iran yang kacak. Ini juga yang berlaku di Afrika. Mereka hantar perempuan-perempuan Parsi yang cantik kepada orang-orang berkulit hitam di sana.

Syiah juga masuk melalui penulisan dan sastera. Sekarang ini ada penulis sastera yang memasukkan unsur-unsur syiah ke dalam penulisannya. Dia memberikan nama watak-watak di dalam penulisannya dengan nama imam-imam Syiah. Watak-watak yang jahat diletakkan nama sahabat-sahabat Nabi; Muawiyah bin Abi Sufyan sahabat Nabi yang dijanjikan syurga, Umar, Abu Bakar. Wanita pelacur diletakkan dengan nama Aisyah.

Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa, cuma mungkin dari sudut penguatkuasaan perlu ditegaskan lagi. Kita puji Jabatan Agama Islam Wilayah dan Jabatan Agama Islam Selangor dan Melaka yang telah membuat tangkapan. Kita mahu perkara ini ditangani dengan lebih serius dan kita perlu bertegas.

Saya hairan melihat ada orang daripada pejabat agama ini yang mungkin terkejut ketika ditanya oleh orang Syiah, “apa yang kamu tahu bahawa kami ini salah, apa kesalahan kami.” Dia mungkin terkejut dengan soalan itu lalu dia berkata tidak ada yang salah. Apa yang tidak salah, sepatutnya dia mengatakan Syiah itu sesat, termasuk dalam senarai ajaran sesat.

Syiah mengatakan mesej Amman Jordan telah mengiktiraf mazhab mereka kerana pernah menyenaraikan mazhab Ja’fari termasuk dalam senarai mazhab-mazhab yang ada di dunia pada hari ini. Sedangkan ulama bukan mengiktiraf mazhab dan akidah mereka, sebaliknya ulama menyenaraikan mazhab-mazhab yang masih dipraktikkan di dunia ini, dan antaranya adalah mazhab mereka. Orang Iran memang mempraktikkan Syiah, di Bahrain 70% rakyatnya mempraktikkan Syiah, majoriti di Dammam, Saudi juga telah menjadi Syiah dan mempraktik kitab Syiah di sana, sebahagian daripada rakyat dalam negara ini juga ada yang mempraktikkan ajaran Syiah. Ulama tidak mengatakan mazhab mereka betul.

Bahkan di Madinah pun sekarang ini telah ada Syiah. Mereka ini yang masuk dalam perkuburan Baqi’ dan memijak-mijak dan mengorek kubur sahabat Nabi pada hari Asyura (Lihat video: http://www.youtube.com/watch?v=BhRfbXkXeaI). Kita ini puas beradab ketika masuk kubur, tetapi mereka memijak dan menghina kubur sahabat Nabi.

Inilah dia Syiah. Kelompok inilah yang akan diseru oleh Dajjal pada akhir zaman kelak. Dajjal akan muncul di luar Kota Madinah setelah munculnya Imam Mahdi, dan Dajjal akan menyeru golongan-golongan yang berideologi seperti dia, yang bukan Islam, yang munafiq, Syiah dan sebagainya, untuk mengikutnya dan menjadi tenteranya. Sebab itu para ulama ketika membahaskan hadis Nabi SAW, “Yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70,000 orang daripada Asbahan (Parsi)”, mereka merujuk kepada Syiah.

Dan sekarang ini mereka telah masuk ke dalam politik tanah air. Sebab itu kita minta sahabat-sahabat kita di dalam PAS tidak memandang remeh masalah ini. Antara yang tegas bercakap isu Syiah adalah Ustaz Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden Pas. Dia tegas di dalam isu Syiah sehingga dia diketepikan. Sehingga naik orang yang PRO-SYIAH dan menyokong Syiah di Syria iaitu Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas sekarang.

Saya ada satu video di mana TG Haji Hadi duduk sebaris dengan Mat Sabu dan Syaikh Musthafa Ali. TG Haji Hadi ditanya, apa pandangan beliau tentang isu yang berlaku di Syria di mana kerajaan di Syria pada hari ini menyiksa dan membunuh rakyat Ahli Sunnah. Haji Hadi menjawab, Basyar Asad kena turun, kerajaan ini kerajaan yang zalim. Mat Sabu yang duduk di sebelahnya duduk diam, sebab Mat Sabu telah membuat lawatan ke sana bertemu dengan kerajaan Syria dan memuji kerajaan Syria (Lihat video: http://www.youtube.com/watch?v=MY5RAiDoqbE).

Dia boleh pergi melawat kerajaan Syria dan bertanya menterinya sendiri apa yang berlaku. Mengapa kerajaan Malaysia dia tidak pergi berjumpa dan bertanya? Pergilah ke pejabat menteri minta penjelasan, bukti dan sebagainya, kenapa tidak pergi? Mengapa tidak pergi ke kerajaan Mesir bertemu dengan Hosni Mubarak, mengapa tidak pergi ke Kerajaan Bahrain, kenapa tidak bertemu dengan kerajaan Saudi? Syria mengkritik kerajaan Saudi, kenapa? Kerana kerajaan Saudi paling kuat menentang Syiah. Bahkan mereka melatih orang-orang Arab bercakap Parsi dan mengawal di sekeliling Masjid Nabi supaya apabila ada orang Syiah datang, mereka boleh berdakwah dan berdebat di dalam bahasa Parsi.

Mohamad Sabu ini mengkritik Saudi kerana menyekat Jemaah Haji Syria pada tahun tersebut. Mana tidaknya, mereka membunuh rakyat ahli sunnah! Jadi kerajaan Saudi tidak mahu menerima masalah di Saudi. Mengapa Mat Sabu tidak pergi merujuk kepada Raja Saudi dan kementerian di sana? Mengapa dia pergi ke Syria? Terdiam dia duduk di sebelah TG Haji Hadi yang menyuruh Basyar Asad turun.

Tetapi pelik juga, TG Haji Hadi menyebut di dalam kenyataannya yang terbuka bahawa Pas menerima semua mazhab masuk ke dalam partinya, Pas menerima Syiah dan lain-lain. Mana boleh kita terima Syiah? Mana mungkin kita hendak bersama-sama dengan mereka. Nabi menyebut di dalam hadis,

المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل

“Seseorang itu di atas pendirian agama temannya, maka perhatikanlah dengan siapa dia berkawan.” (riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi, dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani)

Jadi mana mungkin kita memilih Syiah sebagai kawan. Ada yang kata mereka bekerjasama dalam hal-hal kebaikan sahaja walaupun mereka mengakui Syiah memang zalim. Daripada mereka memilih Syiah, kawan-kawan kita di dalam Umno ini lebih ramai, yang bukan Syiah, yang Ahli Sunnah. Marilah bekerjasama dengan ahli sunnah.

Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sumber agama mereka berbeza, sumber Al-Quran mereka lain, sumber hadis mereka lain, pendirian yang berbeza, akidah yang berbeza. Sebab itu saya minta supaya Pas menjelaskan secara rasmi pendirian mereka tentang Syiah. Jika ada ahli mereka yang berpegang dengan Syiah, sila pecat cepat-cepat. Jangan benarkan mereka ini berada di dalam parti mengganggu kestabilan dan politik dalaman parti.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=pcrjypKPYuI

From → Akidah & Manhaj

3 Komen
  1. Amat bahaya serangan syiah ni.kalau mereka sanggup kafirkan 3 khalifah rashidin tentu merrka menolak quran yg dkumpul cetak zaman othman ra dan banyak hadis.

  2. Memang bahaya sunggub shiah yg mengaku mudlin ni sedsng mereka punya quran n hadith beza dgn kita sunni
    Ayoh gempor mereka. Sebarkan kesesata mreka supaya masyarakat thu dan menjauhi

  3. mantera permalink

    Ni da thap bhaya ni mat sabu ni mmang syiah k klau btol ya allah slamat kan lah parti islam ini dri ksesatan dn taqiyah syiah laknat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: