Skip to content

Ciri-ciri Khawarij si anjing-anjing neraka

Januari 17, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

292535_346493125386908_110097339_nكل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يُسمى خارجياً سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين بإحسان والأئمة في كل زمان

“Setiap orang yang memberontak kepada pemimpin yang sah yang disepakati oleh rakyat sebagai pemimpin mereka maka dia disebut sebagai Khariji (kata tunggal dari Khawarij). Sama saja apakah dia melakukan pemberontakan itu pada masa sahabat masih hidup kepada para pemimpin yang lurus, atau setelah masa mereka iaitu kepada para tabi’in yang sentiasa mengikuti pendahulu mereka dengan baik, serta para pemimpin di setiap zaman.” (al-Milal wan-Nihal [1/28] as-Syamilah)

Sejarah pemikiran kafir mengkafir adalah dari satu kelompok yang dinamakan Khawarij. Perkataan Khawarij berasal dari perkataan kharaja yang bermaksud keluar. Golongan ini digelar sebagai Khawarij kerana mereka seringkali melakukan pemberontakan ke atas pemimpin Islam yang sah. Itu takrifannya. Rujuk kitab karangan Imam Shahrustani, Al-Milal wan-Nihal yang menceritakan tentang agama-agama dan kelompok-kelompok yang menyandarkan diri mereka kepada Islam, antaranya adalah Khawarij. Beliau menceritakan tentang sejarah Khawarij di mana pemikiran ini muncul pada ketika Nabi SAW masih ada.

Sikap mereka ini agresif dan suka melakukan provokasi iaitu melakukan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang kepada pihak lain, dalam konteks ini adalah khusus merujuk kepada pemerintah. Contoh slogan mereka adalah dengan mengatakan kerajaan zalim, makan duit rakyat, kroni, tidak menegakkan hukum Allah, dan sebagainya di mana perbuatan tersebut pasti membangkitkan emosi, kemarahan serta kebencian rakyat terhadap pemerintah. Sikap ini mula muncul pada zaman Nabi masih hidup lagi.

Pengasas kepada sikap ini yang disebut di dalam sejarah Islam adalah seorang lelaki yang bernama Dzulkhuwaisirah. Ketika mana Nabi sedang membahagi harta rampasan perang setelah baru pulang dari peperangan, di tengah-tengah sahabat dalam keadaan letih, ada yang cedera dan luka, dan masing-masing sedang menunggu Nabi membahagikan harta rampasan, bangkit Dzulkhuwaisirah dan berkata, “Wahai Muhammad, berlaku adillah.”

Saya ingin memberikan contoh mudah, kita beratur panjang dari pagi sampai ke tengah hari untuk mendapatkan bantuan BR1M. Tiba-tiba ada seorang keluar dari barisan dan menjerit kepada orang yang menyerahkan bantuan, “Berlaku adillah!” Dalam keadaan panas, letih, apabila berlaku hal seperti ini akan menimbulkan satu persepsi dalam pemikiran orang lain bahawa orang yang sedang menyerahkan bantuan itu tidak adil. Timbul perasaan marah dan tidak puas hati.

Ini yang dinamakan provokasi, melahirkan persepsi atau sangkaan buruk orang kepada orang tertentu. Inilah yang dilakukan oleh Dzulkhuwaisirah. Sebab itu sahabat-sahabat Nabi apabila melihat perbuatan Dzulkhuwaisirah, mereka lantas bangkit dan berkata, “Ya Rasulullah, lepaskan aku, biar aku pancung kepala lelaki ini.” Orang seperti ini tidak boleh hidup kerana dia akan mengganggu pemikiran manusia. Nabi tidak mengatakan haram membunuhnya, tetapi Nabi bersabda, “Jangan membunuhnya kerana nanti orang akan mengatakan Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya sendiri.” Bererti sekiranya tidak ada orang yang akan berkata demikian, Nabi mengizinkan untuk membunuhnya. Kemudian Nabi menyebut tentang Dzulkhuwaisirah dan keturunannya,

“Akan keluar dari tulang sulbi keturunan lelaki ini satu kaum yang muda usianya tetapi bodoh caranya berfikir, perkataan yang keluar daripada lisan mereka adalah perkataan-perkataan wahyu (Al-Quran), tetapi perkataan mereka itu tidak lepas dari kerongkong mereka (mereka tidak memahami apa yang mereka bacakan), shalat kamu jika dibandingkan dengan mereka, shalat mereka lebih baik. Puasa kamu jika dibandingkan dengan mereka, puasa mereka lebih baik, mereka akan keluar daripada agama seperti mana keluarnya panah daripada busurnya.”

Di dalam hadis lain Nabi menyebut tentang mereka, kata Abu Umamah Al-Bahiliy RA di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ketika orang membawa kepala puak-puak Al-Azariqah (salah satu cabang daripada golongan Khawarij), dibunuh mereka ini kerana Nabi memerintahkan supaya mereka dibunuh. Kepala-kepala mereka dibawa dan diletakkan, Abu Umamah Al-Bahiliy sahabat Nabi melihat kepala-kepala mereka dan dia menangis, lantas dia berkata, “Anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka!”

Sahabat Nabi bertanya kepada Abu Umamah, mengapa engkau mengatakan mereka ini anjing neraka? Adakah ini dari pendapatmu sendiri atau perkataan yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW? Jawab Abu Umamah, “Sekiranya aku mengatakannya atas dasar pendapatku sendiri, maka sesungguhnya terlalu berani aku ini. Tetapi ketahuilah bahawa perkataan tersebut telah aku dengar daripada Rasulullah SAW tidak hanya sekali, bahkan tidak hanya dua kali atau tiga kali.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi. Syaikh Al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth menilainya sahih)

Anjing-anjing neraka, itu yang disebut oleh Nabi. Bukan kita yang menyebutnya. Kemudian Nabi bersabda,

فَإِذَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْراً لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Apabila kalian bertemu dengan mereka (Khawarij), bunuhlah mereka! Sesungguhnya orang-orang yang membunuh mereka akan mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat.” (riwayat Muslim dalam Shahihnya, dari ‘Ali bin Abi Thalib RA)

Itu Khawarij sejati. Sekarang ini kita tidak boleh menghukum individu tertentu itu Khawarij. Cuma pemikiran serta ideologi mereka itu ditinggalkan dan diwarisi. Di antara ideologi Khawarij adalah mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar. Tidak ada maaf lagi, terus menghukum orang ahli neraka. Itu cara pemikiran mereka. Mereka seringkali memberontak kepada pemimpin. Dan mereka akan seringkali melakukan rusuhan atau demonstrasi. Namun kita jangan menghukum kawan-kawan kita yang menyertai demonstrasi itu Khawarij. Tetapi kita bimbang pemikiran itu menular di kalangan rakyat negara ini.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=W4KtmXMukVk

From → Akidah & Manhaj

4 Komen
  1. i never respect fathul bari permalink

    pemimpin yang sah yang disepakati oleh rakyat ???? saya rasa mungkin terpakai sekiranya undian dijalankan secara bersih dan adil. Tiada pengundi hantu dan tiada pengundi-pengundi yang diberi taraf kewarganegaraan oleh pemimpin yang ada sekarang.

    • Assalamualaikum. Lihat penjelasan Imam Asy-Syathibi di dalam Al-Muwafaqat tentang definisi pemimpin, hatta seseorang itu menjadi pemimpin dengan apa cara sekalipun; demokrasi, rampasan kuasa atau pembunuhan sekalipun, dan dia diiktiraf sebagai pemimpin maka dia adalah pemimpin yang wajib ditaati dalam hal makruf. wallaahua’lam.

  2. Karim Razlan permalink

    Adakah dalam konteks ini kita tidak perlu ada sistem pelbagai parti? Kita gunakan sistem tiada parti mcm Arab Saudi? Bagaimana dgn perjuangan rakyat Syria dan Mesir?

    • reverse gear permalink

      Demokrasi bukan dari ajaran Islam, tapi dari yunani greek. terang sistem ni sistem jahiliyah (dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat) walhal Islam dari Allah, untuk Allah & semata2 kerana Allah. kita pakai demokrasi kerana terpaksa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: