Skip to content

UFB jawab isu jihad di Palestin; Mereka tidak faham konsep jihad

Januari 20, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

uai makan di mcdSoalan: Saya ada terdengar kenyataan yang mengatakan bahawa tiada jihad di Palestin. Isu ini menimbulkan beberapa kekeliruan, jadi mohon ustaz berikan penjelasan.

Jawapan:

Isu jihad ini lama dimainkan dan saya mengikuti perkembangannya di internet. Isu ini dimainkan (oleh pihak yang tidak bersetuju dengan iLMU) saya kira hampir dua bulan, mereka mengatakan macam-macam terhadap sahabat saya, salah seorang ahli majlis syura iLMU iaitu Ustaz Idris hafidzahullah. Termasuklah ikon lawak saya, Azhar Idrus turut menyerang Ustaz Idris dengan kalimah-kalimah bodoh dan sebagainya.

Ceritanya mudah sahaja, yang memainkan isu ini faham atau tidak tentang jihad? Faham atau tidak tentang isu di Palestin? Jihad satu topik, manakala hukum syahid satu bab yang lain. Ianya dua perkara yang berbeza.

Syahid bab lain, mengurus jenazah orang yang berjihad di jalan Allah adalah satu bab yang lain. Bukan bererti apabila kita menguruskan jenazah orang yang berperang dan kita tidak memandikan dia, kita tanam dia dengan darah-darahnya bererti dia itu syahid. Ketentuan syahid hanya datang dari Allah. Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah meletakkan satu bab di dalam kitab Sahihnya. Bukalah Sahih Bukhari. Saya hairan, ada seorang mantan mufti ini telah mengajar Sahih Bukhari berapa lama, jelas ada satu bab di dalam Sahih Bukhari,

باب لا يقول فلان شهيد

“Bab jangan dikatakan si fulan syahid.”

Bab ini jelas menyatakan larangan mengatakan seseorang itu syahid. Tidak boleh kita katakan orang itu syahid, orang ini syahid. Tetapi kita boleh berkata orang itu mati berjihad di jalan Allah.

Adapun bab jihad di Palestin, kita perlu faham ada dua jenis jihad; 1) Jihad Ad-Difaa’ (jihad pertahanan ketika diserang), 2) Jihad menyerang.

Kalau kita duduk saja-saja, tiba-tiba kita diserang lalu kita melawan semula untuk mempertahankan diri, itu adalah jihad yang syar’i, dan kalau kita mati bererti mati berjihad di jalan Allah. Hukum syahid atau tidak, itu perlu diserahkan kepada Allah.

Al-Fadhil saudara saya yang saya kasihi, Ustaz Idris hafidzahullah tidak pernah menafikan jihad untuk mempertahankan diri. Dan ini adalah fatwa para ulama. Syaikh Al-Albani rahimahullah mengeluarkan fatwa fardhu ain jihad di Palestin. Wajib jihad di Palestin. Namun beliau turut mengkritik dengan mengatakan bahawa jihad menyerang pada hari ini dilakukan tanpa memerhatikan syarat-syaratnya. Mereka melancarkan jihad dengan tidak cukup syarat.

Kita yang duduk di kedai mamak, tiba-tiba melaungkan jihad di Palestin. Adakah kita tahu apa yang berlaku di sana? Kita setakat menyeru rakyat Palestin supaya berjihad, kita tidak tahu apa masalah yang mereka hadapi. Nombor satu, persiapan. Allah memerintahkan di dalam Al-Quran supaya membuat persiapan.

Ini juga yang Tun Mahathir sebutkan. Bukan saya katakan ucapan Tun Mahathir itu adalah dalil, tetapi pengalamannya sebagai Mantan Perdana Menteri yang mengurus tadbir negara, menjadikan beliau mengetahui betapa pentingnya persiapan persenjataan dan kekuatan untuk menghadapi peperangan.

Ini yang diucapkan oleh Tun Mahathir berdasarkan pengalaman. Beliau sendiri tidak bersetuju perang di Palestin, bahkan Tun Mahathir membuat kempen tentang jenayah perang, jatuhkan hukuman ke atas orang yang melancarkan perang. Kerana beliau tahu bahawasanya negara Islam belum bersedia untuk perang.

Kita di sini seronok melaungkan “Jihad! Perang! Perang!” Engkau tahukah apa sahaja senjata yang dimiliki oleh rakyat Palestin jika dibandingkan dengan senjata musuh?!! Tercedera sedikit seorang tentera Yahudi, mereka membalas rakyat Palestin dengan bom. Kita di sini senang menjerit “Jihad! Jihad! Jihad!” Adakah engkau tahu apakah syarat-syarat untuk berperang?!!

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) dengan segala kekuatan yang kamu mampu dan juga pasukan-pasukan berkuda yang siap sedia untuk kamu menakutkan musuh Allah dan juga musuh kamu.” (surah Al Anfaal, 8: 60)

Allah mensyaratkan kekuatan dan persenjataan yang menakutkan musuh sebagai antara syarat untuk berjihad. Para ulama telah membahaskan perkara ini secara terperinci. Syaikh Albani walaupun mengatakan fardhu ain untuk berjihad di Palestin, tetapi beliau mengatakan jihad di Palestin pada hari ini adalah salah kerana rakyat Palestin masih kurang persenjataan dan kurang persediaan. Mereka hanya berjihad dengan emosi dan semangat.

Apatah lagi pada hari ini ada orang yang mengatakan jihad di sana bukan kerana isu agama, mereka mengatakan ini adalah isu kemanusiaan, ini adalah isu negara dan tanah!! Jelas ini adalah satu kebatilan. Kita sedang berperang dengan mereka, peperangan akidah, peperangan agama! Ironinya, orang yang mengatakan ini adalah perang kemanusiaan tetapi orang ini juga yang melaungkan jihad. Mereka tidak faham konsep jihad.

Jihad tidak boleh dilakukan secara semberono. Jihad memerlukan amir (pemimpin). Hamas dan Fatah sampai ke hari ini masih ada lagi ketegangan. Saya telah pergi melihat sendiri keadaan di sana. Saya melihat keadaan kaum Muslimin di Ghaza. Kesedaran akidah di dalam perjuangan mereka di sana masih kurang. Alhamdulillah, ramai yang pergi ke sana untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan, tetapi yang lebih penting adalah pergi ke sana untuk mengingatkan mereka tentang akidah dan kepentingan ibadah. Ini yang sewajarnya kita bawa dan motivasi mereka.

Pentingnya untuk kembali kepada akidah dalam keadaan sekarang. Peperangan rakyat Palestin dengan Yahudi kerana matlamat Yahudi memperluaskan jajahan mereka sampai ke bumi Syam secara keseluruhan. Tertulis di dalam kitab mereka. Mereka hendak memperluaskan sampai ke Lubnan.

Ini adalah perjuangan akidah. Bahkan Nabi SAW menyebut bahawa Dajjal akan menuju ke Baitul Maqdis, dan bersama-sama dengan Dajjal adalah 70,000 tentera daripada Asfahan (Parsi). Maknanya mereka masih menguasai Baitul Maqdis pada ketika itu dan akan berperang dengan Isa dan juga Imam Mahdi. Inilah isu sebenar jihad.

Namun ada orang yang cuba mengambil kesempatan disebabkan iLMU banyak bercakap dan pro-kerajaan, maka mereka cuba mencari ruang untuk melabel iLMU. Untuk berhujah secara ilmiah mereka tidak mampu. Yang menyeru dan melaungkan “Boikot, boikot, boikot” tengok-tengok dia sendiri makan Mc Donalds. Saya tidak katakan haram makan Mc D. Terpulang kalau mahu makan, tapi jangan berdegar suruh orang boikot tapi diri sendiri yang makan Mc D. Ini yang berlaku apabila kita mengata orang, Allah SWT tunjukkan kepada kita.

Kesimpulannya, jihad mempertahankan diri apabila diserang memang ada (fardhu ain), adapun jihad menyerang balik hanya menjadi fardhu ain apabila cukup persediaan, kelengkapan dan kekuatan untuk mengalahkan musuh.

Sekarang ini kelengkapan dan persediaan untuk jihad menyerang belum cukup, baik persediaan dari sudut akidah mahupun persediaan dari segi persenjataan dan bilangan. Sebab itu ada ulama yang mencadangkan supaya rakyat di Palestin keluar berhijrah ke negara Islam yang lain untuk membina dan mengumpulkan kekuatan dan persediaan untuk berperang.

Betapa jahatnya Yahudi, tahukah kita apa yang mereka buat? Mereka membunuh umat Islam di Palestin secara senyap tanpa melancarkan perang! Nelayan-nelayan di Palestin tidak dibenarkan menangkap ikan di laut dalam. Mereka hanya dibenarkan menangkap ikan di sekitar 6 kilometer dari pantai. Di sekitar 6 km itu kaum Yahudi melepaskan najis dan kekotoran dari Israel.

Tahukah kita pada hari ini rakyat Palestin antara yang tertinggi di dunia mati tanpa sebab. Mereka bukan mati kerana dibom, bukan mati kerana ditembak, tetapi mereka mati tanpa sebab. Timbul kajian-kajian oleh saintis Islam yang mengesyaki bahawa kaum Yahudi telah memasukkan sesuatu ke dalam sumber air rakyat Palestin.

Bayangkan anak-anak kecil yang melihat ibu bapa mereka mati, apa perasaan mereka. Akan wujud dendam dalam hati mereka. Yahudi tidak mahu generasi ini bangkit, maka mereka mengambil apa sahaja kesempatan dan peluang untuk membunuh mereka semua. Sebab itu ulama Islam mencadangkan supaya generasi ini berhijrah dan keluar daripada Palestin untuk beberapa tempoh. Bukan untuk mengalah dan menyerahkan Palestin kepada Yahudi, tetapi untuk membina semula kekuatan, untuk menambahkan bilangan dengan beranak pinak yang ramai, menceritakan sejarah yang berlaku di Palestin kepada mereka. Itu cadangan ulama Islam.

Mereka yang tidak bersetuju mengatakan kami bodoh kerana suruh berhijrah tinggalkan Palestin, tinggalkan Baitul Maqdis. Mereka sedap bercakap sahaja, lepas ceramah jual ubat. Tetapi mereka ini tidak faham keadaan sebenar apa yang berlaku di sana. Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=6hkZ0rdHxJE

5 Komen
  1. Penerangan yang jelas. Secara keseluruhan, saya telah memahami isu jihad dan syahid. Dan juga perbezaaan antara istilah tersebut. Yes! memang ada puak2 tertentu yang terlalu taksub untuk berperang di sana tanpa membuat persiapan. Kalau live di sana sure terketak lutut.

    Dulu saya pernah terfikir bahawa alangkah baiknya jika rakyat Palestin di bawa ke negara2 Islam lain dan membina kekuatan semula. – Tapi negara manakah yang berani dan sanggup menerima mereka sebagai warga negara ? – Then baru boleh fight back. – Seperti mana orang2 Yahudi dahulu yang disorok dari ditemui oleh tentera Nazi.

  2. Jahil Murakab permalink

    Ustad..ustad kat kita perlukan pemipin…pemimpin tu siapa ye yang dimaksudkan hehehe.. satu lagi bab persiapan ustad tak seru ker kerajaan hari ini buat persiapan??? asyik2 beli senjata dari musuh negara kafir harbi amerika yg berhubungan langsung dengan zionis … inilah ‘ulama’ carik makan ….nauzubillah

    • public permalink

      Yes jahil.. anda mmg jahil.. bercakap harus dengan ilmu.. menulis jg begitu..

  3. Assalamualaikum, terima kasih Dr. Fathul Bari kerana penjelasan saudara.

    Penerangan saudara jelas menangkis tuduhan melulu sesetengah pihak.

    Namun saya rasa soalnya di sini ialah tiada penjelasan susulan berkenaan keluar dari bumi Palestin dan berhijrah ke negara lain.

    1. Jika benar sebagaimana dakwaan saudara bahawa rakyat Palestin diracun dari segi makan minum dan dizalimi sedemikian rupa, maka saya rasa ada satu kewajipan untuk menjatuhkan hukum secara rasmi dan bukan sekadar melontarkan pandangan. DAN
    2. Seandainya hukum yang dijatuhkan adalah wajib untuk rakyat Palestin keluar, maka sudah tentu wajib pula negara Islam lain menerima rakyat Palestin utk bermastautin di negara mereka. Kalau ada negara yang tidak mampu memberi bantuan sedemikian, sekurang-kurangnya mereka tidak punya alasan lagi utk menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan sebagainya kerana bantuan tidak lagi boleh disekat oleh Israel. Barangkali dengan cara ini kita sebagai umat Islam secara umumnya dapat menilai siapa kawan dan siapa lawan.

    Ada lagi pendapat2 yg lain tapi saya rasa Dr faham maksud saya.

    Penjelasan susulan yang diikuti dengan tindakan boleh memberi gambaran yang lebih jelas dan Insyaallah kita dapat jumpa lebih banyak titik persamaan sesama kita.

    Harap Dr dapat beri pencerahan lagi.

  4. abdullah permalink

    perbetulkan niat anda fatul bari.. ikhlaskan diri anda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: