Skip to content

Faisal Tehrani menggunakan sastera untuk menyebar fahaman Syiah

Januari 22, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

4Pada hari ini unsur-unsur yang merosakkan akidah juga masuk melalui penulisan yang semakin banyak. Alhamdulillah pada hari ini di JAKIM ada bahagian penapisan buku. Cuma ianya perlu dipertingkatkan dan diperkasakan lagi. Setidak-tidaknya telah ada badan yang menapis buku-buku yang dilihat ada unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah.

Banyak buku-buku yang diharamkan; antaranya buku-buku syiah, liberal dan yang terbaru buku Irshad Manji, walaupun sebenarnya ia diterbitkan oleh syarikat penerbitan  milik anak seorang tokoh politik di sini. Orang politik dan juga agamawan (Jakim secara khususnya) sepatutnya berperanan dan berkolaborasi untuk menangani isu ini. Kadang-kadang orang politik bertindak lebih daripada ilmunya. Tindakan yang melulu mengakibatkan perkara-perkara seperti ini berlaku.

Ada orang mengatakan tidak ada masalah kerana ini akademik. Ini bukan soal akademik, ini soal kita bertanggungjawab memelihara akidah umat Islam. Di Universiti Madinah, ada perpustakaan besar di dalam universiti di mana di dalamnya terdapat sebuah bilik yang menghimpunkan buku-buku yang tiada siapa pun boleh membawa keluar iaitu buku-buku sesat seperti Syiah, Duruz, Ismailiyah, Baha-iyah, dan sebagainya. Ia seperti satu bilik yang dikuarantin, buku-buku di dalamnya tidak boleh dipinjam dan tidak boleh dibuat salinan. Mereka betul-betul menjaga, kerana dengan cara ini barulah mampu untuk memelihara akidah umat Islam.

Sebaliknya di sini buku-buku telah tersebar, apabila mendapat laporan barulah kita mula mengkaji, sedangkan buku-buku itu telah habis dibaca oleh orang ramai. Sebahagian pihak menggunakan alasan akademik, seperti buku-buku Syiah yang keluar, contohnya buku-buku tulisan Faisal Tehrani yang menggunakan kesusasteraan untuk memasukkan ideologi dan fahaman Syiah, mengetengahkan nama-nama pimpinan Syiah, Imam-imam 12. Orang mengatakan ini akademik, ini nilai, kalau disekat seni kita tidak berkembang. Ini bukan soal berkembang atau tidak berkembang seni. Tetapi soalnya adalah adakah kita ingin menjaga akidah atau kita ingin menjaga seni.

Jadi biarlah kalau hendak berseni, seni yang sesuai dengan nilai-nilai, prinsip dan dasar-dasar akidah. Kita perlu memikirkan mekanisme, kerana pihak di Jakim pada hari ini menunggu laporan, bukan sebelum sesebuah buku itu diterbitkan ia perlu melalui Jakim terlebih dahulu. Sebab itu kita masing-masing perlu ada sikap yang bertanggungjawab dan memainkan peranan. Ini kerana dari semasa ke semasa, untuk mempertingkatkan bahagian, mereka menyemak satu persatu. Buku yang ada ayat Al-Quran, disemak bagaimana ayat Al-Quran dipetik, tulisannya, dan bagaimana penjelasannya. Ini dilihat merupakan satu usaha yang baik untuk mengawal selia penulisan-penulisan yang ada.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

From → Akidah & Manhaj

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: